ARKIB

KATEGORI

Buletin

PANAS : Gambar P3-21A bocor lagi, Group Marketing Proton tak pantau agensi pengiklanan???

Views

* UPDATE : Versi Photoshop dari bro g-mie

Versi Photoshop

Apa yang boleh kita huraikan untuk gambar di atas? Yang pastinya memang kita dapat melihat rupa sebenar P3-21A yang kemungkinan besar sedang dalam proses “shooting” iklan tv. Tapi disebaliknya timbul persoalan bagaimana orang luar boleh berada di kawasan ini. Adakah tiada kawalan ketat dibuat oleh pihak agensi yang ditugaskan dalam pembikinan iklan ini? Adakah pihak Group Marketing Proton terlepas pandang & tidak memantau agensi pengiklanan tersebut?

Sepatutnya untuk pembikinan iklan sebuah model baru, lokasi tersebut perlulah secara tertutup dengan kawalan ketat oleh pihak pengiklanan. Jika dilihat pada gambar di atas, nampaknya lelaki yang berbaju hitam itu cuba menghalang gambar kereta ini daripada diambil. Tapi silap diorang juga tak jaga lokasi tu, betul tak?

Apa pendapat anda? Yang pastinya semua amat teruja dengan gambar baru ini & mungkin ada yang tak setuju dengan pendapat saya mengenai gambar ini, apapun.. kita layan je la ye.. 🙂

* UPDATE : Terima kasih kepada owner sebenar gambar ni bro Zuzu Zhafri kerana dapat gambar yang betul-betul TERHANGAT ni… 🙂

sumber : forum.lowyat.net

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

224 Comments


  • Dah pun kwsn awam, proton atau pihak bkuasa mana boleh larang org awam dari lalu tmpt2 tu, mcm paparazzi mana dorang leh ambik tindakkan


  • ermmm.. my personnel comment adalah…

    since appoinment new advertising company last year & appoinment new director of marketing at Proton, saya dapati marketing/advertising/promotion program Proton teramat huru-hara, tak termasuk kaler gmbr kereta yg over saturated..

    kenapa saya berkata huru-hara, cuba anda semua buat analysis, model2 yg dilancarkan oleh Proton berdsarkan advertising company yg dilantik..

    (previous advertising company with Proton around 10 years)


  • proton elok lantik agensi pengiklanan yg sama mcm Petronas, iklan yg diorg buat mmg bagi kesan mendalam bile kite tgk……sampai akng aku igt psl kasut buatan gombak


  • yg pasti kalau orang jumpa dan amik gambar… apa kuasa dorang melainkan tutup kereta tuh… kereta itu saja milik dan hak dorang… kamera dan tempat itu bukan dorang punya.. hehe


  • Macam grille merc AMG plak. Smart, simple n stylish. Ngan bumper bawah bg profile X, n silver (colour plg smart utk merc) I loike 🙂

    Kalo ad iridescent white, plg cantik, tp cam takde colour tu je huhu. Apape pun, diharapkan pelancaran p3-21a ni tak ditangguhkan atas sbb2 DRB baru acquire Proton, nak rombak management etcetc.


  • normal la tu gambar leak time shooting iklan macam ni. kalau korang baca blog2 automotif US pun banyak je gambar leak time ni. tapi kalau kat US kalau tak silap aku memang ada paparazi yang tukang amik gambar curi2 time shooting iklan. correct me if i’m wrong


    • setahu aku yg banyak kat europe.. US ni jarang skit.. coz kereta kay us apa lah sangat setakat chevy… ford pn buat testing kat europe


  • tak payah nak lindung,nanti dah launching sapa nak beli,dia ada ada boleh beli..tak ada duit boleh prepare awal awal…jangan nanti telan air liur je..


    • Hidup lagi ke Atos? i mean Inokom…ke dah stop production??
      nampak model Santa Fe agak laku sekarang. Sektor kerajaan beralih angin pakai model Korea..


    • pug 408 turbo 163bhp hehe..apa pun, turbo kick off kat 1,500rpm, bagi aku taknak la awal sgt mcm tu, nak save minyak sbb biasa klu jln sesak, selalu dari pegun (standstill) aku tekan sampai area 2,000. dgn kata lain mmg lps la area 1,500rpm tu. lainla klu enjin prince bole gerakkan mcm 2,000rpm kat enjin aku tu mcm 1,500rpm je…mgkn ada yg dh prnh drive bole komen…


  • hmm aku sorang jer ker yg rasa front view kereta nie mcm out of proportion / versi tepung gomok??? ala Honda City previous model???


  • Mmm… mmg cantik , simple, kemas, sporty n elegence:)

    Tak bleh nak kawal sangat bila buat shooting kat luar. Lain ar dlm hutan ker atau gurun. Dah sah2 tak de org nak amik gambar tu:)

    Tapi kalau proton nak save (x nak gambar kena spyshot masa shooting), buat jer shooting dlm studio, segala2nya animate buat gempak2 punya. Tapi kos plak tinggi. hehe..

    cheers!


  • takmo banding dgn Vios & City ke?
    hahaha.. apa klas banding dengan kelas bawahan dari jepun kan? sekrang ni compare dengan higher class dan brand european je la.. conti cars woo..

    tapi, market kat europe tengah merundum, susah gak ni. apa pun, segalanya bukanlah mustahil. KIA berjaya meningkatkan sales walaupun brand lain berkurangan kat europe. tawarkan ‘style’ dan ‘spec’ pada harga lebih murah berbanding kereta european, Proton pun boleh berjaya 🙂

    GOOD LUCK


    • Vios dan City bersaing dengan Persona.. so, harapnya kekalkan production Persona beberapa tahun lagi, buat facelift pun cun kat lampu depan, kasi letak lampu apanama daylight tu..

      Civic, Altis, Mazda 3, Sylphy bersaing dengan P321A..

      So, Proton kena pandai main harga la, jangan jatuhkan sales Persona dan Inspira..


  • boleh thn la lawa…tp….hahaha logo proton tu spoil lah..apa x besar lak..x sesuai dgn mata lampu yg kecik tu..btw thumb up to proton. 🙂


  • ada mirip BMw 3 series.Masih belum menyeluruh lagi dapat tengok,Belakang dan interior yg lebih clear masih belum nampak macam gambar ni.Kesimpulannya sapa yg order vios dan city tu,tarik baliklah depositnya.


  • Besar ye lubang idung (yg ada lmbng proton tuh) dia… yg amat!! enjin besar kot. tgk side dia mirip2 inspira pn ade. overall smart! Aku rsa, nk amik yg kaler fiery red (dlm tenet baru ni ckp ade kale ni). Sbb kale merah ble ‘tutup’ lampu blkng yg pda aku x brapa nk lawa tuh (yg kt boot dia tuh). bila nk launch nih? da bosan tgk gmbr2 leak dlm tenet.


    • walaupun rupamu baru ku kenal…..tetapi lubang idungmu tetap menjadi pooojaaan hatikuuuuu……………memang nak tempah bila launch ni.


    • tak sama bro… susah nak dapat render yang seolah real macam transformers tu. kalo budget marketing besar pun aku rasa lagi berbaloi buat print dan web marketing, lagi byk info bleh include. lgpon, org bleh belek & baca slow-slow.
      kalo pakai CGI tak brape umphhhh.. kalau nak tunjuk handling proton yang mantop tu, kena tunjuk real-live driving, nak lagi best suruh Karamjit Singh atau PG Andersson demokan….
      p/s: aku dah lbh 10 tahun buat 3D…


  • Tak sabar nak tgk kereta ni secara live, yg paling penting aku nak tgk yg dah siap ada bodykit. Biasanya bila pelancaran nanti mesti dah model yg dah siap bodykit mcm Exora dulu, siap ada model Prime. Pas tue nak tunggu model P321A konsep R3. Neo R3 dan Saga R3 pun mantap, ni kan plak model baru ni.


  • versi facelift nanti aku rasa lagi garang dengan pertukaran bumper, bumper ada taring cam exora , bodykit, twin tailpipe ekzos dan rim baru…ops terlupa dgn tambahan warna baru yg lbh menawan


    • mungkin juga tu bro. tapi aku dah menunggu nak beli keter ni sejak KLIM tunjuk konsep Tuah lagi. Kesian aku kan. terpaksa la beli aje apa yg ada ni. Harap2 Proton ada jual R3 bodykit utk pembeli2 yg dah beli keter ni nanti. amin ramai2 jom! Aminnnnnnnnnnnnnn….. 🙂


  • Now…I definitely can say that this car has a ‘wow’ factor. Good simple design from proton. I m sure this can make it in malaysian market considering the specs given before and perhaps for global market as well. Thumbs up from me. Can wait to hop in it and test drive. Thank you ppl….:-)


  • lps ni honda lak nk buh enjin turbo dlm keta penumpg kot , pakai enjin yg diubahsuai dr enjin baru , yg dibina utk perlumbaan WTCC tu..1.6 turbohuhu


  • lupa nak komen… dari segi luaran..

    Tahniah proton team…. memang mantap, smart, cukup memukau…

    kalau kena dgn harga…. model ni boleh jadi model paling berjaya proton..

    cuma servis centre kena berubah…. tak guna proton perah keringat kuarkan model yg hebat kalu dicalarkan sikap dan kualiti lepas jualan..

    sapa2 nak booking saya sarankan order kat rakan kita bro nazz……

    tunggu interior pulak..


      • ya setuju… majoritinya baik… mungkin ada sesetengah saja tp penting nak beri konfiden pada pembeli. mcmanapon semua masalah itu berasal dari model proton jugak.. apabila banyak part terlalu mudah rosak.. SC tak mampu nak baiki dlm masa yg cepat, pelanggan jadi fedap.. moga model ini menghilangkan terus kisah2 negatif proton yg lepas….

        harap kualiti part, material.. pemasangan… sehebat rupanya


      • biase kalau bagus/baik, orang tak ingat sangat.
        kalau sekali terkena SC yang teruk/jahat, ingat sampai mati.
        bukan setakat ingat, citer kat orang lain lagi, ajak boikot ramai2. hehe.


      • Adik saya pernah bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang proton shah alam. Dia sendiri cakap bab pemasangan kereta ramai pekerja ambil sambil lewa aje..pasang dashboard xketat, dan banyak juga kereta yg xlepas QC. Ada kereta yg spek b-line tapi terpasang aksesori h-line dan sebaliknya. itu yang QC nampak..kalau yang terlepas pandang itulah yang akan sampai ke pelanggan..mungkin kualiti barangan yang dikeluarkan vendor semakin baik tetapi bahagian pemasangan pun perlulah ditingkatkan kualitinya.


    • TQ so much bro jie…

      nnt da boleh booking sy akan inform semua terutamanya pada pembaca funtasticko.. thnks 😉

      bab servis centre, saya setuju dgn bro.. saya sdikit pon tak nafi kan tentang kureng servis diorg.. tak smua, tp kebanyakan nya kurang mesra.. maaf ye klu ada bro-bro SC yg baca.. sama2 lah kita naik kan imej proton kembali..


      • bro nazz, mmg mcm tu,
        saya nh dlm bulan depun pun dah start nak servis kereta kat actual proton Sc. Saya nak tengok mcm mana attitude deorg.


      • bila berat..kestabilan masa membrek sangat la mantap.. 1,300kg x 9.81 = almost 13,000 Newton cengkam jalan..wow..

        bila berat juga..kestabilan masa memandu dalan kelajuan maksimum sangatlah AWESOME kerana tiada gegaran dan kita tak rasa yang kelajuan tu dah 160km/h (contohnya)…

        c-vic memang ringan, dan terbukti c-vic tak bagus ‘handlingnya’…


  • warghh!.. look so stunning!. nmpk tegap dr angle gmbr nie.. tahniah proton.. lps tunjuk gmbr nie, abah saya confuse dgn exora bold.. haha.. ouh yea satu yg sy perasan.. lps nie basher yg suka komen pasal wiper tu xde modal psl wiper da sbb wiper die tersorok.. hehehhe


  • memang betul2 mjawab segala kritikan rakyat. tahniah DSZ, team Proton dan tak lupa team IDG. jugak vendor2 Proton yg tlibat. Kalaulah dibodykitkan, twin ekzos, spoiler. wow lg2 terpukau nampaknya. Cuma hope harga RM 75, 988 yg diwar2kan tu mantain dan kali ni sebab DRB Hicom pemilik Bank Muamalat, so hope la interest rate di Bank Muamalat rendah bagi bakal pembeli P3-21A. hope dlm 2.75%. lg bawah lg bgs


      • tapi harga p3 paling rendah spec 65k kan..
        jauh jugak harga tu..

        tapi kenapa ya persona cuma ada bline saja nanti bila p3 akan kuar..
        sedang kan mline persona 55k…

        saya syak p3 kmungkinan ganti harga mline persona..adakah mungkin..xmungkin jugak..


      • yup, betul tu. Unless mmg urgent sgt. tapi ni dh x lama lagi. Tgk dulu harga, test drive etc.. baru tak menyesal di kemudian hari 🙂


      • saya rasa:
        persona b-line dikekalkan dengan tambah sikit2 spek dan aksesori,
        p3-21a standard akan ganti m-line persona sekarang,
        p3-21a executive akan ganti h-line persona sekarang,
        dan p3-21a premium (enjin turbo dan segala aksesori dan gadjet) harga xjauh beza dengan persona H-line..

        kita tunggu aje bulan 3..


    • rasanya pengganti waja akan kuar lps inspira eol , p3 ni kelas antara inspira dan persona.tp power wise dh cukup utk masuk segmen c, mmg value for money


  • Front grile terlalu simple jer..mcm mn nak cakap ntah..rs mcm gitu2 jer..bayangkan versi photoshop..agak kecewa grile die..the rest masih menyengat nasib baiklah aii.

    Lagi satu emblem depan tu x perlu ade tulisan proton. Nampak murah dan pelik ditambah saiz yg agak over.


  • Hanya tunggu tarikh perlancaran. Tetapi betul-betul harap versi R3 juga akan dilancarkan beberapa bulan selepas perlancaran P3-21A ini. Harap harga R3 dalam lingkungan bawah RM75K.


  • kaki brader tu dan2 tepat cover plate tu……….
    setuju jgk dgn pndpat yg atas2 ni… 2 huruf akhir tu mcm M & A…
    selain dari kemungkinan Prima…
    yg terlintas skrg ni
    Delima….
    Panglima…
    Karisma
    Inspirama…
    Veroma
    wisma…mama…lagi2….


  • sapa kate cam kia forte, dia buta mata dan buta hati tak pernah nak akui yang kereta tu adalah Proton punya stail….

    Nama kereta ini ialah ROSMA


  • eh jap. kenapa plate number die plain hitam sekeping je? cm tak lawa je kalau nak buat tvc. supposedly plate number tu ade frame la sket. macam dlam tvc inspira.


    • yup, agreed dengan kau. yg kata macam forte, city, etc2, aku pon tak faham, aku tgk mmg proton dna. tp klu logo depan tu yg bulat lg ok kot, gmba kepala rimau je, takyah tulis proton, professional lagi kot.


  • http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PROTONperkenalmodelbaru/Article

    Sumber dalaman berkata, model yang dikenali dengan nama kod P3-21A itu akan dijual pada harga antara RM60,000 hingga RM70,000 seunit, sekali gus menepati tanggungjawab syarikat sebagai pengeluar kereta nasional yang sentiasa memasarkan kereta dengan harga mampu milik tanpa berkompromi dengan tahap kualiti.

    “Nama rasmi model baru yang dilengkapi dengan enjin Campro 1.6 turbo itu sudah pun dimuktamadkan kumpulan pengurusan PROTON, manakala pelancarannya pula dijangka akan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Kecemerlangan PROTON di Subang Jaya, Selangor,” katanya.


    • klu mcm nie proton betul2 dengar kata pengguna yg selama ini mahukan model yg segak, moden, berkualiti dan tidak terlalu mahal…. salesman boleh kira2 bonus dah…. saya pasti model ini laris…..


    • kalau betul RM 70, 000 harga maximum utk versi premium memang respect habis la sama DSZ. RM 75, 988 pun da ok. RM 70, OOO lg2 la ok. thx. syg proton


    • saga flx = rm 38xxx-rm 50000
      persona = rm 46xxx-rm59xxx
      P3-21A = rm 60000-rm70000
      Exora = rm59xxx – rm 80000
      Inspira = rm78xxx – rm 92000

      proton dikira telah cover segment kereta murah serendah rm38000 hingga rm92000…nanti keluar proton emas boleh beat pasaran perodua viva pula..yang saya perasan, toyota vios telah keluar lagi sekali versi sporti..agaknya nak beat p3-21a kut..hehehe

      tunggu bilalah proton hendak mengeluarkan suv pula..


  • hmm.. rasanye kalo curve lampu tu ditarik ke atas skit, baru nmpak garang giler!! ni ada nmpak mcm mata dia malap2 kuyu2 je.. n front gril yg nipis skit.. logo proton kena tukar shape la!! kalo bulat gmbar rimau je mesti cool giler. nway, nice try proton, hee. keep up the good work.. ^^


  • Design cues dia rasanya ambil daripada beberapa kereta.

    1. Depan di lampu dan bumper tu ada cues BMW 3 series.
    2. Side Profile dari belakang ke pintu depan seakan-akan VOLVO S40.
    3. Belakang lampu macam kacuk Lancer dengan Jaguar tak siap.

    Bila diamati overall design, nampak agak compact, tak macam test mule yang bertampal2 tu nampak besar bagak.


    • berapa dimensi lebar dia agaknya, klu 177x pun dah ok cam civic segmen c, nak lebar lagi baik beli mak / kakak dia nama exora 179x, ada 3 baris seats lagi huhu


  • mgkin proton agak rmai yg akan terkesima (upset) dgn design P3-21A ni,jd dgn rasminya nama model ini dinamakan TERKESIMA…hahahahahahaaaaa…


  • Saya rasa inilah kelemahan Proton – kebocoran gambar; yg mana pada suatu masa dulu taktik ini begitu menjadi dan merupakan marketing tools yg berkesan. Di saat Proton memerlukan imej yg baik dan kesinambungan jenama yang kukuh, nampaknya Proton masih lagi tidak peka dan sensitif dengan pendekatan pemasaran mereka. Saya tidak mempunyai masalah dengan design kereta ini tetapi pendekatan ini bagi saya amat tidak baik..
    Selamat Maju Jaya..


    • sbnarnya bro,leak gambo nih xda kaitan ngan prtn marketing pun. Prtn jek masih nak berahsia. Itu yg byk papa n mamarazi nak bongkar.

      Style skrg,kete setahun@2 thn lg nak launch dah reveal. Tgk kia ceed,kete tahun dpn, tp dah reveal awal thn nih. Hyundai pun sama. Pug pun sama,fordpun sama. Toyota sendiripun dh start buat camtuh.

      Klu nak hrp prtn marketing buat awal,mmg xdapatlah info lgsung. Nasib baik ada yg drop2 info mane2 yg patut.


      • btol tu bro, tp depa2 tu buat official. If not official pun, it’s covered officially via majalah tertentu..apa salahnya buat official, kalo tak semua pon, buat la teaser ke aper ker..Bagi saya ‘leaked photo’ for proton ada banyak keburukan daripada kebaikan disebabkan mentality org kita, so better avoid it, other brands tak la teruk sgt sbb org kita ni dia tak peduli pon brand lain..

        Apape pon model terbaik dr proton so far..


      • korang cayer ker nih bukan dari proton.
        ngan coincidentally mamat tuh ngan muka tak cuaknyer ngam ngam tutup bahagian nama jek. kalo orang lain mesti muka takut or marah…LOL..
        hurm…ingat nak beli gak arr …tapi kena tunggu review dari owner or majalah dulu arr kot…


    • hope sumber BH betul sbb BH ckp harga turbo serendah RM 60, 000. Tp yg sy dgr rumor Turbo hanya untuk model High Spec je. Kalau bawah RM 70, 000 memang terbaik lah Proton. respect sama lu org


    • sepatutnye BH x bleh kluarkan press mcm ni sebab belum rasmi lg. mmg la baik utk mencipta public awareness tp klau smpai leak harga yg x rasmi lg, bahaye. org rmai akan expect hrga tersebut, tp klau proton kuarkan hrga rasmi lbih drpd tu sikit, org akan ingt proton tipu.

      Laporan berita tu pun x jelaskan sumber secara tepat, dia hanya sebut sumber dalaman shj. mungkin……wartawan tu bace funtasticko kot, pastu kuarkan krt paper..huhu


  • Aduii…patut kah sy cancelkan booking alza nih? kalu rm65k – 75k memang payah nak beli, tapi kalu 60k – 70k macam bole aje kalu nak sambar 1..


  • ahad lepas t’serempak dgn diorang tgh buat shooting utk iklan kat area empangan selangor kat kuala kubu. area diorang buat shooting tu xde la plk ketat sgt kawalannya. lg pun tmpt shooting tu kat tepi jln je.


  • walupun aku gwmbira dgn pengumuman yg belum lg final psl rega,tp jauh disudut hati masih bimbang coz klu nk press rega giler2 nk ikut sgt org malaysia punya taste,ada menda yg di korbankan cntohnya airbags dr 6,jd 4,dr 4 jd 2 utk versi premium. Klu executive@standard line,oklah coz rega mampu milik bg sume.

    Tp harap2 kebimbangan aku xberasas n premium masih lg full spec walupun rega lingkungan 70k. Mmglah bisnes is bisnes,tp prtn kena tunjukkan yg prtn bkn pembuat kete budget rendah,klu xsampai biler xg global. Rendah pada competitor tp better equipment is good, tp klu premium(nama pun premium),tp spec masih ada yg dikurangkan demi rega,maka bg aku xwajar coz sume warga prtn dh usaha sepenuhnya utk jdkan model ini kete bertaraf global.

    Pak gard,jgn mrh,mmg hal kluarga xyah cite,tp xmaula menda2 remeh mcm ni masih berlaku kat prtn,xkan nak ttp sbelah mata jek. Delloydpun satu, korg oem mcm2 kete nippon,korea n ford,jgnlah sbb prtn kete malaysia, buat lebih krg ajek. Sepatutnya buat yg terbaik bg kete tempatan pada rega lg murah(tp masih untung) coz kite nak bantu jenama kite coz korg gak dpt nama nanti klu model ini berjaya secara global.

    Prtn plak,xbleh pandang remeh menda2 gini, walupun kesilapan dr vendor coz vendor korg jugak yg pilih(xtaula ada hidden hand campur tgnkan,mgkin xda),bkn aper,sok,nama korg,nama prtn gak yg busuk coz org xkan slhkan delloyd,org akan slhkan prtn gak. So,sapa yg akan suffer,korg jugak.

    So,menda2 yg foolish camnih,xbleh ada,pastikan sume perfect@sempurna br launch kete. Pastikan kete showroom(walupun xbergerak),anto pdi, double inspection walupun kete showroom. Kekemasan fit n finish walaupun kete show,xbleh diabaikan coz itu customer punya impression. Xleh bg ada faulty part pada kete test drive n showroom. Klu kete showroom n td korg amik remeh n mudah,apatah lg kete production,itu persepsi buyer semasa aku g showroom stiap kali prtn launch kete. Pastikan kete showroom n test drive tahan kena abuse,paham2 jelah,org malaysia,abis sume diketoknya, nak test qualiti katanya. Siap amik menda tajam kasi calar lg dashboard nk inspect quality. Aper punya org.

    Tp xslh 100% kat potential buyer coz kete bukannya murah,persepsi pada kete prtn amat buruk,so,diaorg akan amik langkah berjaga2 yg xsepatutnya,walupun kete lain,xda plak depa buat camtuh. Kdg2 tgk dr jauh ajek.

    Smoga perkara yg lepas,worst nightmare bg prtn xberulang,walupun model ini i.allah akan boom, tp jgn abaikan aspect quality. Bio lambat asal selamat. Klu dah tau kete akan boom,standby ler bebanyok awal2,senang nak cater market. Xdala org nunggu lama ngat coz aku yakin ia akan jd model paling terhebat dr segi jualan. Jgn tkt,klu u guys dh buat terbaik,end result juga akan terbaik. Silap2 sales myvipun bleh kena tapau. Yakin dgn produk sendiri unless korg buat lebih krg jek.

    Aku doakan korg berjaya. Aku tggu exora r coz stakat nih,kete aku masih mampu utk kegunaan family aku. Tambah lg satu 2 anak,br nk angkat mpv, klu angkat skrg membazir ajek,kete aku molek lg,masih tip top,luar jek clr2 ckit,adatlah kete 2007. Savvy aku syg coz byk sentimental value n kete 2nd car aku utk aku merempit sorg2.


  • klu mmg rega xlebih 70k versi premium,full spec,mmg bkn kete terhebat sejarah prtn,tp sejarah kete kat malaysia coz potential buyer alza,myvi,vios,city,forte,elantra,inspira(sorry geng sendiri), civic, altis,pug 308t n etc akan goyah pendirian unless masih terpalit kuat pengalaman lama pahit dgn prtn.

    Lebih2 lg dgn review dlm n luar negara yg baik,termasuk feedback owner terawal yg cukup baik,xmustahil bukan sahaja kan meletop salesnye kat malaysia,malah asia tenggara klu tgk feedback buyer exora kat thailand n indo cukup positif termasuk singapore, n xmustahil di asia coz diaustralia n yg seantero dgnnya, nama prtn dh semakin dikenali selepas kemenangan aprc n swrc br2 nih(walupun br satu race,atleast tercatat juga kat website) masih ingat kata2 rakan aku pg td, ala, blehlah neo menang, subaru n evo xmasuk, stakat ford,pug n skoda jek,mmg xda fight. Tersenyum aku dgr org kite ckp, terlalu agung2 jepun,smpai xtau yg ford,skoda n pug adalah nama beso dlm dunia rally sekarang berbanding evo n imprezza. Lalu akupun bg buah maut, eh, ko xtauke prtn juara keseluruhan aprc,sapu bersih sume gelaran?

    Tercengang kawan aku tuh,dia tanya,aprc tuh aper(aperda, cite wrc, tp aprc xtau), akupun ckp,maleh nak cite panjang, tp evo n imprezza kena tapau ngan neo dlm rally tuh. Nak tau lebih lanjut,masuk aprc website.

    Itulah hakikat org kite,gajah depan mata xnampak,kuman seberang laut bleh nampak. Tp aku xslhkan dia,dia geng2 vtec(aku gile vtec gak),tp klu tnya aper menda itu vtec, meraban jwpnnye, katanya geng2 race legal drag vtec,tp,vtecpun hrm xtau.

    Pastuh,ada sorg lg cam memandang rendah,yelarkan,dia pkai honda odessey,ops,luper,versi 90an. Walupun gah camnerpun, kete 90an,safetynye ikut standard masa tuh, so,phm2 jela, klu tgk civik ef n eg crash test kat youtube, ngeri gak tgk, tp best gak,4 pintu bleh jd coupe 2 pintu. Tp itu org kiter,safety come 2nd,yg penting nippon mari,enjin powah, murahnye lah nyawa org kiter. Dh ler xsuka pkai seatbelt. Duk slhkan airbags xdeploy,kang xpasal2 mati coz airbags.

    Ni bukan nak puji prtn,tp bg dorongan. Aku xbiaspun kat mana2 kete,xcaya,bacalah komen aku lama2, walupun ada ckp aku fanclub prtn n etc(mmg aku minat prtn coz dia satu2nya car maker in malaysia,tp xbermakna aku xminat kete lain) coz aku gak suh akak aku amik vios,akula yg pengaruh dia coz aku yg terangkan psl kete tuh kat dia,dl penah pkai satria m24 n wira auto,housemate aku dulupun termakan hasutan aku angkat vios pas dia jual satria sukan dia. Akak aku satu lg termkan hasutan aku angkat hnda city design terbalik pas pkai iswara n spectra, skng pkai stream n city transformer.

    Tp aku bukan bute hati, member aku angkat myvi coz aku yg cite kelebihan myvi coz sblm tuh dia nak amik waja,tp coz masih bujng,aku suh angkat myvi jek,nanti wat 2nd car biler dah kawin. Skang pkai alza n myvi.

    Cume yg aku jd panas sampai terkutuk kete2 yg sinonim dibandingkan dgn prtn coz terlalu teruk kutukan,mcm ingat prtn nih kete mainan buat tepi jalan walhal kiter nampak penambah baikan n peningkatan.

    Rome was not build in one day brother. Nabipun berdakwah berpuluh tahun,berdepan ngan mcm2 dugaan,yg penting,kite usaha n sanggup berubah.

    Xadil menghukum atas dosa2 silam klu dia dh berubah, kita support prtn supaya baik,bkn utk kite,tp utk anak cucu kite,supaya malaysia jadi negara maju,bukan negara menmbangun sampai biler2,itulah wawasan 2020 org tua tuh,walupun ader yg aku xstuju dgn dia,tp menda yg baik,kite kena akui baik. Sorry,bkn nk ckp politik,tp sbgai kiasan shj. Salam


    • Yes..betul tu..

      Apa kata kalau FD buat survey colour mana yang manarik bagi P321A beserta gambar dan spec yang mampu dibeli..

      so, Proton dapat mula standby awal-awal warna yang diminati ramai.. masa menunggu pun singkat..

      p/s: Bank Negara sekarang ni ketatkan syarat-syarat pinjaman gila-gila.. sebab nak elakkan orang membuat pinjaman dan galakkan rakyat belanjakan wang. Loan yang mudah lulus ialah loan untuk staf kerajaan, so dah ada perancangan untuk promosi, gegarkan agensi-agensi kerajaan (just for local market)..


      • Abe, sokong cdagan abe tu.
        Saya mengharapkan Proton *nama baru* ni mempunyai cat yang lebih baik. Kadang2 kereta tidak seberapa ttp mutu cat yang dipakai sangat lah baik. Teringat waktu saya ke shopping mall minggu lepas dan ada satu ruang mempamerkan model2 kereta (jualan ala showroom) tempatan dan luar (jepun & korea). Bila pusing2 di situ nampak perbezaan yg jelas dari segi luaran kereta Jepun dan Korea yg nampak sedikit premium.. Ini bukan mengukutuk proton, sekadar berkongsi. Jadi, amat-amatlah saya mengharapkan Proton ini mempunyai mutu yg lebih baik. Selamat maju jaya.


    • pakai myvi dlm bndr je ok la klu nak jimat minyak provided that ada keta lain bole pakai utk long journey..klu sblm kawin beli 1st car (utk long journey) pas tu lps kawin baru beli 2nd car mcm mana ek? atau klu dua2 nk pakai keta kecik dlm bandar sbb tmpt keje jauh, maksudnya tak bole nk kongsi keta? huhu

      yg aku x thn aku nmpk ada driver myvi (kebetulan myvi) bwk agak slow kat highway lorong kanan sekali..pastu berderet keta ikut kat blkg dekat2 lak tu..tatau la klu driver tu tgh jwb call hp ke..tp tu atas driver tu la , bkn atas keta tu..keta lain pun bole jd mcm tu


  • target nak amik mpv akan dtg, inipun tgh nunggu 3rd child i.allah thn nih. Klu p321a sudah baik, exora r mestilah lg baikkan. Beli utk keperluan ajek,klu ikut ati,rugi ooo, duit bkn sng nak cari.

    Yg penting,ikut pilihan masing2. Cume aku hrpkan prtn semakin baik n semakin baik. Bangga oo produk tempatan klu dpt setanding ngan produk luar. Itu yg kite hendak, rakyat maju, minda maju, negara maju.

    Bukan xnak beli kete mahal ckit,cume xnak bayo tax byk.lg mahal kete,lg byk tax. Aku lebih suke bayo zakat :-). Ini aku jelah,org lain, duit masing2kan.


  • Mat..bab bayar zakat tu aku sokong sangat.
    Komen untuk kereta terbaru tu nampaknya kena la tunggu tengok kat kedai Proton, test duduk, rasa dashboard, tutup pintu kemas ke tak, kalau dapat uji pandu baru lengkap nak komen.
    Setakat tengok gambar curi macam ni dah naik jelak, takut komen tak kena gaya banyak main andaian -assumption – ass u n me..he..he.
    Jangan marah bro sekalian. Go Proton Go…

Leave a Reply