ARKIB

KATEGORI

Tular

Pandu melulu dalam video tular – JPJ saman, gantung tugas anggota yang terlibat

Tular

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menerusi satu kenyataan media memaklumkan telah menerima laporan aduan awam berkaitan satu video tular di media sosial, di mana kenderaan JPJ telah dipandu dengan cara tidak wajar pada 09 Julai 2025 di Simpang Pulai, Perak.

Pihak JPJ Malaysia memandang serius berkaitan kejadian tersebut dan tindakan tegas secara serta merta telah diambil kepada anggota JPJ yang terlibat dengan tindakan seperti berikut:

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!

  • Pengeluaran notis saman kepada anggota yang memandu atas kesalahan memotong di garisan berkembar
  • Larangan memandu kenderaan Jabatan
  • Arahan menggantung tugas serta menempatkan anggota yang terlibat ke jawatan kumpulan di Ibu Pejabat JPJ sehingga siasatan selesai.

Jabatan tersebut juga telah mengambil langkah susulan dengan melaksanakan siasatan lanjut berkaitan kesalahan-kesalahan lain yang melibatkan anggota berkenaan untuk tindakan seterusnya.

JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua

JPJ menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana anggota atau pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas.

Pihak JPJ merakam setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada orang awam yang telah merakam kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh pengguna jalan raya.

JPJ turut menyeru orang ramai untuk menyalurkan sebarang aduan secara terus atau masa nyata melalui aplikasi MyJPJ e-aduan@jpj atau e-mel ke [email protected] beserta dengan butiran lengkap jika terdapat mana-mana pengguna jalan raya tidak mematuhi peraturan jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply