BILA bercerita tentang kenderaan menggunakan bahanapi alternatif, pasti kita tidak dapat lari dari kenderaan electrik (EV). EV sudah mula dijual dikebanyakkan negara maju, seperti di China tetapi di Malaysia, ia masih lagi satu teknologi baru yang sedang dikaji oleh pihak kerajaan.
Tahun lalu, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menjadi syarikat kenderaan pertama yang berjaya mendaftarkan kereta EV i-Miev untuk kegunaan jalanraya umum (Modenas sebelum itu telah berjaya mendaftarkan motosikal elektrik C-Tric). Walaupun bukan untuk jualan, MMM telah pun mendaftarkan dua unit i-Miev yang digunakan untuk kempen promosi dan juga untuk kajian.
Minggu lalu, MMM menjemput para media untuk memandu i-Miev di pulau Langkawi, dan nyata ia adalah satu pengalaman yang menakjubkan. Walaupun sebenarnya i-Miev ini dibina menggunakan model i-Car yang berenjin petrol, bentuk futuristik kereta kompak ini memang sesuai untuk dijadikan sebuah EV.
Enjin petrol digantikan dengan motor elektrik synchronous yang ringan dengan magnet kekal. Tenaga datang dari 88 sel bateri lithium-ion berdensiti tinggi yang diletakkan pada lantai i-Miev. Hasilnya, ruangan kabin yang masih luas serta berat kenderaan diletakkan rapat pada pusat graviti untuk memastikan stabiliti tetap baik.
Sistem komputer canggih pula memastikan arus elektrik sekata dan tiada kebocoran tenaga berlaku. Sistem transmisi cukup mudah – hanya satu reduction gear yang digunakan. Ini bermakna, tiada gear yang perlu dikawal oleh pemandu. Namun begitu, tuil gear tetap wujud tetapi ia digunakan untuk mengawal mod pemanduan.
Mod biasa seperti P, N dan R masih wujud. Mod baru ialah D (drive, di mana proses generasi-kembali tenaga berlaku), mod B (proses generasi-kembali tenaga berlaku secara maksimum) dan mod C (tiada proses generasi-kembali tenaga berlaku, bermakna pemanduan lebih lancar). Kawalan lain serupa dengan kereta biasa, dan pendingin hawa juga ada beserta radio dan pemain CD.
Jarak perjalanan untuk sesi pandu uji cuma lebih kurang 8 kilometer dengan permulaannya dari Four Seasons Resort. Antara objektif Mitsubishi ialah memastikan pemandu tidak perlu belajar sesuatu yang baru bila memandu i-Miev. Penulis langsung tidak kekok untuk memandu i-Miev buat pertama kali.
Cuma mungkin bila butang Start ditekan, penulis tertunggu-tunggu bunyi enjin sebelum memulakan perjalanan. Bila teringat ia tiada enjin, penulis terus masuk ke D dan mula memandu. Bunyi yang senyap memang dirasakan janggal, tetapi hantaran tenaga dan pengendalian casis memang ternyata seperti kenderaan berenjin konvensional.
Antara kelebihan tenaga elektrik ialah daya kilas atau torque sudah tersedia dari mula. Tekan sahaja pendikit dan 180Nm sudah bersedia untuk memecut i-Miev ini.Di sebuah jalan lurus dan lengang, cukup mudah untuk penulis mencapai kelajuan maksimum i-Miev ini, iaitu pada 130km.Penggunaan bateri pula dijangkakan bertahan sejauh 150km (jika dipandu laju, pastinya akan kurang dari jarak tersebut).
Bila kaki diangkat dari pendikit, terasa kenderaan perlahan dengan sendiri kerana proses generasi-kembali (regenerative process) berlaku di mana motor elektrik menjadi dinamo dan menghasilkan bateri. Mitsubishi juga menggunakan kepakaran mereka dalam menghasilkan jentera rali dunia untuk memastikan pengendalian i-Miev ini sempurna walaupun saiznya yang kuncup dan tinggi.
Selekoh boleh diambil dengan yakin, walaupun jika dipaksa, tayar depan yang kurus itu akan mula hilang cengkaman dan pemandu akan merasai understeer (i-Miev sebenarnya ialah sebuah RWD atau rear-wheel-drive). Untuk memastikan i-Miev selamat dipandu di kawasan yang ramai pejalan kaki, Mitsubishi memasang sistem bunyi yang menghasilkan bunyi seperti kipas pendingin hawa. Mungkin Mitsubishi boleh meminjam teknologi akustik Lotus di mana kereta EV menghasilkan bunyi enjin V12 atau V8 dari pembesar suara yang diletakkan di luar.
Memang seronok memandu i-Miev – mungkin kerana pecutan yang tegar dan bersahaja. Sayang sekali, MMM tidak bersedia untuk menjualnya lagi dipasaran tempatan. Auto Anda/Funtasticko Design difahamkan antara sebab ia masih tidak lagi dijual kepada umum ialah kerana prasarana untuk kenderaan EV masih belum lengkap di Malaysia. Pusat pengecas segera perlu dibina (pada kos RM150,000, dan mampu mengecas 80 peratus bateri dalam masa 30 minit) dan insentif perlu diberikan kepada mereka yang membeli EV.
Buat masa sekarang, kenderaan memberikan kelonggaran bebas duti import untuk kenderaan hybrid dan EV. Selain dari itu, kos cukai jalan juga diberikan potongan 50 peratus (cukai jalan i-Miev selepas potongan ialah RM10 setahun). Mungkin pembeli EV boleh diberikan pengecualian dari tol dan rebate untuk kereta EV seterusnya yang akan dibeli. Ini penting kerana EV mempunyai jangka hayat (baterinya) dan kos untuk menggantikan bateri ialah lebih dari separuh harga kenderaan.
Paling menakutkan, rakyat Malaysia tidak nampak apa relevannya kenderaan EV yang mahal ini (i-Miev dijual dalam harga RM130,000 di Eropah, selepas subsidi kerajaan; tanpa subisidi, harganya melebihi RM200,000 seunit). Kos untuk satu cas bateri ialah lebih kurang RM3.00, dengan kadar elektrik semasa TNB. Murah tetapi dengan harga kenderaan yang begitu mahal, pasti ramai yang menggelengkan kepala. Selagi minyak dijual dengan harga yang rendah akibat subisidi kerajaan, konsep kenderaan bahanapi alternatif tidak akan mendapat sambutan ramai. – Auto Anda/Funtasticko Design 2012
Nota : MMM kini mengadakan kempen Eco-Tourism dengan Four Seasons Resort di Langkawi selama dua bulan. Penginap di resort tersebut boleh menggunakan i-Miev ini untuk dipandu di sekitar pulau. Sayangnya, dengan harga bilik yang mahal di resort tersebut, rata-rata penginapnya ialah orang asing dan bukan rakyat Malaysia.
terbaik bro..
sy tukang buat post & publish je, hehehe…yg buat artikel team auto anda 🙂
bro… saga flx SE ….tak siap siap lg ko…..
waduh lama sugguh tunggu…..
Excellent weblog right here! Also your web site loads up very fast! What host are you using? Can I am getting your associate link for your host? I desire my site loaded up as fast as yours lol
x ker rase pelik tengok stering die tu. mcm x kena jer. Ibarat nak save cost, die sumbat jer lancer nyer steering dlm kereta nh.
steering tu x sama dgn lancer bro….size lebih kecil….lagi kecil drpd mit colt…
bro how about the handling?quite responsive right?
SAGA FLX CVT 1.6 SE…
aduhai…lama nya menanti…
lain yg dtunggu lain pula yg dtiba…
apakata u pegi test drive, nanti komen kat sini persepsi u bila u drive.. sebab penantian tu penyeksaan..
compare dengan current car u guna pun ok..
saya amat bersetuju.. cb eidda test drive sendiri.
rasanya dah berminggu2 tulis benda sama kalau saya lah jadi awak dh g test drive sendiri..
bab kreta agak fail bg sy…klu sy sdiri test kancil pon sy akan kata ok…sy perlu kan pandangan review dr kepakaran pemotoran..
Kalau nak beli kena try dulu, sbb kalau baca je mmg x akan terjawab persoalan, bg saya auto anda mmg best sbb reviews dia panjang dan gambar menarik sbb gn dslr
Gambar cantik..
perlu fokus kepada kereta, dan background belakang blur2 sikit baru cun…
mcm gambar exora blod sebelum ni, nampak cun sgt..
depa shoot time terang..maybe tghari.. nak pakai aperture f3.5 ke bawah agaknya akan jadi overexpose pula..if pakai filter baru bole counter balik.. tp betul mmg lagi nice kalau benar2 dpt focuskan lagi pada keta ini dan blakang nya blur lagi (agar mata lebih focus pada kereta).
jikalau shoot interior bole la cuba pakai lens macro + widelens.fisheye converter coz ia lagi sharp, detail dan menarik segala angle.. 🙂
penerangan yg baik dari autoanda, maybe foto nya bole sedikit improve 😀
emas lagi cantik
Kereta EV ni sesuai untuk org yg benar2 komited untuk menjaga alam sekitar dan bencikan pencemaran karbon monoksida. Kalau tgk harga dalam atikel di atas mmg tinggi untuk teknologi EV. Silap2 tak balik modal, bateri dah kena ganti. Mmg sukar nak dapat sambutan di Malaysia ni.
“Hybrid still the best option.”
yup, keta eco-friendly ini sebenarnya hanya utk yg benar2 sayangkan alam sekitar, nak kata jimat pakai keta gini masih lagi jauh..maybe if di berikan 5 tahun lagi baru boleh consider jimat. contohnya nak ganti battery EV mmg sgt2 mahal dan EV parts nya lagi lah mahal kerana tidak mencapai economical scale yg seharusnya.
ape2 pun ini langkah terbaik utk ke arah masa depan yg lagi hijau dan selesa.
mmg hybrid paling bagus. Kene battery habis kat tengah hutan. Mana nak cari plag.
laa.. ingat kan Tata Nano tadi….. dari jauh lah….
tgh hari tadi sempat tgk prius C…. pathetic…. harap jimat minyak je la…
mmg menyampah.. dashboard plastik mcm bodoh. Wira nyer lagi lawa..
ada le 2 3 org td pun tgk, masing2 pandang satu sama lain…. x nk cakap jer…
cakap jer bro. Insight pun x mcm tu. Viva pun lagi nampak quality die..
Itu gambar Mitsu punya photographer laaaa
bro bangau,
long time no news kalau bangau yg sama kat autoworld dulu lar…..welcome back hihihi.
dalam Top Gear UK Season 17 Episod 6 ada review kereta elektrik Peugeot Ion (redbage dari Mitsubitshi i-miev)..diaorg kata kereta nie x realible..nak pergi jauh2 pun xboleh..
kereta plug-in hybrid juga yang ok..misalnya kereta Fisker Karma ( http://www.fiskerautomotive.com/en-us ) menggunakan enjin petrol 2liter sebagai generator untuk menghasilkan tenaga elektrik bg menggerakkan motor elektrik..kalau kereta hybrid biasa masih menggunakan enjin konvensional sekiranya bateri habis..
tunggu bilalah proton nak keluarkan model plug-in hybrid mereka..
EV masih jauh utk digunapakai di Malaysia nih. Antara sebabnya ialah infra untuk EV hampir tiada dan langsung tak bersedia utk kemasukan model EV.
Bagus menggunakan EV ini ialah ia no-emission. Jika nak kata ia jimat petrol, kena kira semula berapa tenaga recharge diperlukan daripada power-plant yg guna bahan api fosil.
Jika bersemangat utk memelihara alam sekitar, menggunakan kenderaan EV bukan penyelesaiannya. Lebih baik naik bas/keretapi. Tapi bagaimana dengan prestasi kenderaan awam kita?
Jika kenderaan awam kita bagus, >80% orang bekerja naik public, bagaimana pula dengan pemegang konsesi lebuhraya? Mahu turun 80% pendapatan tahunan pada hiway2 popular seperti Federal, Sprint, LDP dan NKVE.
Fresh graduates yang nak bekerja pun kena beli kereta/motor. Tiada kenderaan, bagaimana nak ke pejabat/tempat kerja? Public transport tak cekap atau hampir tiada. Jadi, cukup kumpul 3 slip gaji, mulalah berhutang utk hire purchase. Hutang pinjaman belajar pun tak terbayar. PTPTN cari naik court.
Kesannya, kenderaan melambak atas jalanraya. Satu orang satu kereta. Dan sampai sekarang Kerajaan masih tak serious menangani masalah ini.
Ini pandangan saya. Anda bagaimana?
saya setuju dgn pendapat bro..even kalau ikut saya pun, saya malas nak memandu pergi kerja..tapi nak buat mcmana, nak dapat bas masuk kat taman pun susah. kdg2 ada, kdg2 xde. rasanya 50 tahun lagi pun kualiti perkhidmatan kenderaan awam kita di takuk lama.
Macam kampung saya, awal 90an sampai awal 2000 ada jugak bas masuk ke kampung utk ke bandar. La ni, langsung takde. So, maksudnya makin teruk. Nampaknya negara ni akan kekal dgn lambakan kereta di jalan raya.
Syarikat mana pun akan sentiasa mencari peluang untuk untung. Sebenarnya kos menukarkan kereta menjadi elektric tak seberat disangkakan. Kos sememangnya lebih pada bateri. Bateri Asid SLA atau AGM tidak sesuai untuk operasi yg discas melebihi 60% dari kapasitinya. Kebanyakkan kereta electric menggunakan Li-ion atau setaraf dgn nya.
Kebanyakkan syarikat kereta tidak membuat bateri sendiri. Semuanya dibeli dari syarikat luar. Beza dgn enjin. Semua pengeluar kereta menggunakan enjin yg diperbuat sendiri. Walaupun komponennya tidak semua dibuat sendiri, namun kosnya tidak setinggi mana.
Bila syarikat beli komponen luar, ia perlu membuat untung atas kos barangan yg dibeli. Ini lah yg dikatakan Value Added; atau Tambah Nilai. Ia juga mangaut untung pada barangan spare part.
Belanja kereta bukan sahaja pada takat beli sahaja. Ia termasuk total life cycle cost ataupun kos sepanjang hayat. Syarikat pengeluar bukan lagi menggunakan alasan kereta mereka menjimatkan pengguna. Ia sentiasa mengatakan ia menyelamatkan dunia dari kesan CO2 berlebihan, ataupun ia kurang menggunak minyak. Sorang pun x akan sebut ia lebih jimat dari segi TLCC.
Ditambahkan lagi pula pada undang undang yg tidak membenarkan kita buat kereta sendiri. Tidak seperti di UK yg boleh mengeluarkan Single Vehicle Approval (SVA). Sekiranya chassis kereta berinjin dikira selamat untuk jalanraya, apa bezanya kereta sama tetapu bermotor letrik dilengkapi charge controller,regulator, alat cutoff switch dan circuit breaker? Kita sebenarnya tempat org buat untung. Yg rugi kita.
Kereta adalah kos. Ia adalah beban sara hidup kerana ia tidak akan memberi pulangan setimpal dgn belanjanya. Kecuali awak seorang kerja sales yg boleh claim mileage DAN anda diberi komisyen (selain dari gaji tetap) pada nilai invois
nk tnya ni..siapakah pengasas mitsubishi i-miev?