ARKIB

KATEGORI

Buletin

PANDU UJI & TERUS MENANG!

Views

Kuala Lumpur (31 Mei 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini melancarkan kempen Pandu Uji & Terus Menang (Test Drive & Continue To Win) untuk memberi ganjaran kepada lebih ramai peminat Nissan di Malaysia bermula pada 1 Jun hingga 31 Ogos 2012.

Kempen ini merupakan sekuel kepada kempen terdahulu iaitu ‘Test Drive & Win’ yang amat berjaya. Ia bertujuan memberi ganjaran kepada lebih ramai peminat Nissan dengan pelbagai hadiah menarik. Kempen selama tiga bulan itu akan dibahagikan kepada tiga cabutan bertuah. Setiap cabutan tersebut akan menyaksikan sepuluh pemenang bertuah dipilih. Jadi, jangan lepaskan peluang memandangkan terdapat 30 unit iPAD 16GB Wifi yang baharu untuk dimenangi.

Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng yang kagum dengan maklum balas yang diterima daripada orang ramai terhadap kempen sebelum ini mengulas, “Dengan maklum balas yang sangat memberangsangkan dan sokongan padu yang kami terima daripada para peminat Nissan terhadap kempen terdahulu, kami kini kembali dengan ‘Test Drive & Continue To Win’ bagi memberikan lebih banyak peluang kepada semua orang memenangi hadiah. Cuma pandu uji mana-mana kenderaan Nissan mulai Jun hingga Ogos 2012.”

Kempen ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Mereka hanya perlu memandu uji mana-mana kenderaan Nissan di bilik-bilik pameran ETCM/ Nissan atau pengedar sah yang mengambil bahagian dalam tempoh kempen. Dengan berbuat demikian, mereka akan mendapat satu penyertaan untuk kempen ini. Pelanggan yang mendaftar kenderaan baharu Nissan pada sepanjang tempoh kempen pula diberi dua penyertaan. Maklumat lanjut, sila layari  www.nissan.com.my

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply