ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pasukan INFINITI RED BULL RACING perkenalkan jentera lumba baru

Views

FrontOnVettel

Pasukan INFINITI Red Bull Racing, baru-baru ini telah memperkenalkan jentera lumba 2013 yang dikenali sebagai RB9. Pelancaran jentera lumba terbaru ini bukan sahaja menandakan pasukan tersebut bakal mempertahankan Gelaran Pemandu dan Pengeluar Formula Satu tetapi ia juga merupakan era baru bagi pasukan tersebut.

Ini mencerminkan hubungan yang lebih kukuh antara Red Bull Racing dan jenama automotif premium INFINITI. Juara Dunia tiga kali Sebastian Vettel dan pemenang sembilan kali grand prix Mark Webber hadir di Milton Keynes, UK untuk memperkenalkan jentera baru tersebut kepada pihak media.

Pelancaran jentera lumba baru ini juga merupakan peluang untuk INFINITI untuk mendedahkan bahawa mereka bukan sahaja telah bersetuju memeterai perjanjian empat tahun untuk menjadi rakan kongsi nama pasukan, seperti yang diumumkan pada bulan November lalu, tetapi mereka juga menjadi Rakan Kenderaan Prestasi eksklusif untuk pasukan.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Johan de Nysschen, Presiden Syarikat INFINITI Motor berkata, ” Penglibatan INFINITI bersama pasukan Red Bull Racing merupakan satu pencapaian utama dan menjadi petunjuk yang jelas tentang komitmen kami untuk membina jenama di peringkat global, ” katanya.

INFINITI sudah mempunyai kakitangan kejuruteraan yang bekerja di ibu pejabat Milton Keynes, yang menonjolkan sinergi teknikal antara pasukan dan pengilang kereta. INFINITI percaya bahawa pendedahan kakitangan teknikal melalui persekitaran F1 akan membawa manfaat dalam proses pembangunan dan kepakaran prestasi. Hasil permulaan kerjasama teknikal tersebut pada tahun lalu adalah model INFINITI FX Edisi Vettel yang dibangunkan daripada konsep ke fasa pengeluaran cuma dalam tempoh enam bulan.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply