ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pasukan Proton siap sedia bertarung di pusingan ketiga APRC

Views

Pusingan ketiga Rali Asia Pacific Rally Championship (APRC) bakal berlangsung di Queensland pada hujung minggu ini. Pasukan Proton Motorsports bakal beraksi dalam saingan keseluruhan dan kategori pacuan 2 roda. Mengetuai saingan keseluruhan, gandingan penyandang kejuaraan APRC, Alister McRae dan pelumba Sweden, PG Andersson yang akan mengemudi jentera Satria Neo S2000.

McRae kembali beraksi di rali Australia setelah hanya menamatkan saingan pada tempat ke empat tahun lepas. Andersson pula, saingan kali ini merupakan yang pertama buatnya di Australia, setelah pemulaan yang baik dalam APRC.

Ralli Queensland dengan jarak keseluruhan 863km mempunyai 19 pusingan. Laluan terpanjang ialah 33.25km manakala yang paling pendek cuma sejauh 2km. Proton cuma mendapat tempat kedua melalui Andersson di Rali Whangarei walaupun Andersson dan McRae menunjukkan aksi yang memberangsangkan dengan jentera Satria Neo S2000.

Karamjit Singh pula kembali untuk mempertahankan kejuaraannya di Australia dalam kategori 2WD APRC dan bakal beraksi bersama Akira Bamba, juara kategori APRC Junior yang mewakili Pasukan Rali Proton Cusco yang memandu jentera Satria Neo 1600cc. Cabaran mereka bakal disertai dengan pemandu ketiga Kenneth Koh.

Proton setakat ini telah berjaya memulakan saingan kategori 2WD pada tahun ini dengan begitu cemerlang, dengan kemenangan tiga tempat teratas pada pusingan pembukaan APRC di New Zealand pada bulan April. Karamjit telah memenangi cabaran tersebut dihadapan pelumba Proton yang lain. Semoga berjaya!!!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply