ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pegangan pasaran Proton kian meningkat, X50 2025 bakal dilancarkan hujung bulan ini

Berita Tempatan

View

Proton terus menunjukkan peningkatan pegangan pasaran selepas separuh pertama tahun 2025 berakhir. Pengeluar kereta nasional itu mencatat jualan sebanyak 11,069 unit pada Jun, dengan jumlah keseluruhan tahun setakat ini (YTD) mencecah 72,156 unit, meletakkannya pada tempat kedua dalam industri.

Pegangan pasaran pada bulan Jun dianggarkan pada 20.7 peratus, meningkat 1.1 peratus berbanding bulan sebelumnya, serta 1.2 peratus lebih tinggi daripada angka purata tahunan sebanyak 19.5 peratus.

Ini berjaya dicapai meskipun Jumlah Jualan Industri (TIV) merosot kepada 53,500 unit pada Jun, penurunan sebanyak 21 peratus daripada bulan Mei.

Antara penyumbang utama adalah model SUV segmen-B, Proton X50. Sejak pengenalannya pada 2020, lebih 140,000 unit telah terjual di dalam dan luar negara. Ini membolehkannya kekal sebagai SUV segmen-B terlaris selama lima tahun berturut-turut.

Pada Jun 2025, 1,657 unit X50 dijual, termasuk 353 unit untuk pasaran eksport, menyumbang hampir 47 peratus daripada jumlah eksport bulan itu.

Secara keseluruhan, 11,361 unit telah dijual sepanjang separuh pertama tahun ini, meningkat 11.3 peratus berbanding tempoh sama 2024.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!

Proton kini sedang mengira detik untuk pelancaran rasmi X50 2025 yang dijadualkan pada akhir bulan Julai. Ia menampilkan rekaan luaran dan dalaman diperbaharui, enjin 1.5L i-GT baharu serta sistem keselamatan ADAS 2.0.

Tempahan awal model ini telah pun dibuka pada 5 Julai lalu. Selain X50, dua lagi model Proton turut mengungguli segmen masing-masing pada bulan Jun, iaitu:

  • Proton X90 (SUV segmen-D) – 174 unit dijual
  • Proton S70 (sedan segmen-C) – 1,402 unit dijual

Di samping itu, Proton Saga kekal dominan dengan 5,206 unit, manakala Persona (1,171 unit) dan Iriz (288 unit) yang menduduki tempat ketiga dan keempat dalam segmen masing-masing.

Satu lagi pencapaian menarik datang daripada Proton X70, yang mencatat peningkatan jualan 46.3 peratus berbanding tahun lalu.

Dengan 533 unit dijual pada Jun dan jumlah keseluruhan 4,354 unit setakat ini, penambahbaikan yang diperkenalkan dalam model 2025 jelas diterima baik oleh pembeli SUV segmen-C.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Zhang Qiang, penguncupan TIV sebanyak 15,000 unit pada Jun berpunca daripada faktor luar seperti ketegangan geopolitik dan pelaksanaan semula SST yang menjejaskan keyakinan pembeli.

JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua

Namun, beliau yakin dengan pelbagai pelancaran model baharu serta aktiviti promosi yang dirancang, Proton bersedia untuk mencatat prestasi lebih cemerlang dalam separuh kedua 2025, baik untuk model ICE mahupun EV.

Walaupun jualan tempatan sedikit terkesan, pasaran eksport Proton telah melonjak 56.8 peratus berbanding Jun 2024.

Sebanyak 414 unit dihantar ke luar negara bulan lalu, menjadikan jumlah eksport separuh pertama 2025 sebanyak 2,250 unit, peningkatan sebanyak 39.9 peratus.

Angka ini dijangka terus meningkat apabila model EV seperti Proton e.MAS 7 diperkenalkan di lebih banyak pasaran.

Sebanyak 4,253 unit Proton e.MAS 7 telah terjual dalam dan luar negara setakat ini, menjadikannya EV tempatan paling laris dengan 24 peratus pegangan pasaran EV Malaysia.

Zhang Qiang menambah, pihaknya menjangkakan eksport dan jualan EV akan menjadi pemacu utama pertumbuhan dalam masa terdekat.

Tambahnya, infrastruktur EV pula dilihat semakin baik, dan kepercayaan pembeli juga mula bertambah. Dengan lebih banyak model e.MAS bakal dilancarkan, merekai yakin akan berlaku lonjakan besar dalam jualan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply