Polis mengesahkan pemandu kereta ‘Axia Merah‘ yang tular membawa muatan secara bahaya dan berlebihan di Jalan Dengkil-Banting kelmarin mengalami masalah jiwa.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, siasatan mendapati, pemandu berusia 59 tahun itu pernah terbabit kemalangan beberapa tahun lalu dan mengalami cedera di kepala.
Beliau berkata, susulan video tular itu, pihaknya bertindak segera mengesan sebelum menemui kereta itu bersama pemiliknya di Jalan Dengkil – Banting.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!
“Kami bertindak mengesan kereta itu susulan satu video tular berdurasi 13 saat yang dimuat naik di laman Facebook oleh pemilik akaun ‘Sepang Viral’.
“Kereta jenis Perodua Axia dipandu lelaki itu telah ditahan mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tujuan pemeriksaan dan tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, siasatan lanjut mendapati, pemandu kenderaan tersebut mempunyai lesen memandu yang sah, manakala kenderaan itu pula mempunyai dokumen perjalanan lengkap.
JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua
Norhizam berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kes itu dan menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.
Sebelum ini, tular mengenai sebuah kereta dipandu dalam keadaan muatan penuh diatas bumbung di sekitar Dengkil sehingga mencetuskan kebimbagan pengguna jalan raya.
Difahamkan, muatan yang diletakkan secara berlonggok diatas bumbung kereta itu terjatuh ke atas jalan sehingga berlaku kesesakan lalu lintas. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
KOMEN TERKINI