ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemilik Volkswagen berhimpun luah rasa tidak puas hati!

Views

1795709_530900320364117_696210948_n

Semalam beberapa pemilik Volkswagen telah berhimpun secara aman di hadapan pejabat Volkswagen Group Malaysia untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka mengenai kegagalan pihak terbabit menangani beberapa isu. Antara isu yang dibangkitkan adalah kerosakan transmisi DSG, kegagalan enjin, menolak tuntutan dan beberapa perkara lagi.

Pelbagai sepanduk dan pelekat yang ditampal pada kenderaan pemilik juga telah dibuat sebagai tanda protes mereka terhadap isu ini. Nampaknya mereka begitu bersatu hati untuk menuntut hak mereka sebagai pengguna dan diharapkan masalah yang dibangkitkan dapat diselesaikan secara baik selain tindakan lebih drastik perlu dilakukan pihak Volkswagen Group Malaysia supaya perkara seperti ini tidak berulang pada masa akan datang.

sumber dan foto dari : Facebook Vw Dsg 7 Defects Community

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

46 Comments


  • dah agak dah.. selalu yg kita dgr review2 yg baik je dari keta conti ni.. sebenarnya sama jugak x reliable.. cuma org kurg komplen pasal iye lar kn, naik keta mahal.. sapa nak besar2kn hal keta dia mati tgh jalan 😉

    walaupn engin proton x sedap dibawa, tp lebih tahan lasak 😉


      • ford also got issue with fiesta, not that many, dual clutch too.,
        read through the net, its quite problematic in ford.

        i whip the punch cvt quite hard,. still ok ,,40000km now.


  • another hike for toyota and honda, mile stone for proton too, hope people now looks toward suprima instead of polo tsi. turbo option is now in proton,
    polo 1.6NA or suprima 1.6turbo. eye opener for proton.


    • Polo 1.6NA tu sebenarnya jalan keluar kepada problem engine dan gearbox pada Polo 1.2TSI 7-speed DSG tu la…VW offer something more reliable selepas dibelenggu issue reliablitiy engine TSI n gearbox DSG…
      yg peliknya model high end macam GTI xde la byk sgt problem dia…double standard treatment by VW? or sengaja short-changed golongan pertengahan ?


  • Tapi pemilik-pemilik ni pun bangang.. kata VW tak patut voidkan warranty walaupun diorang lewat utk servis sebanyak 3000km.. dan mintak warranty dipanjangkan ke 10 tahun. Ni bunyinya macam diorang tak larat nak menampung maintenance..


  • Mmm… mana2 company pun ada isu2 cengini. Tapi kalau la nie kes proton dah berkoyan2 basher berkampung dok pakat kutuk. Siap buat kenduri 3 hari 3 malam x habis sembang. hehe. gurau:P

    Cheers!


  • Apa2 pun proton yg terbaik….VW kerita mahal tapi ada rosak, PROTON kereta murah tapi ada jugak rosak, tetapi walaubagaimana pun kerosakan PROTON yg selalu kita lihat dalam lingkungan kereta yg paling2 murah contohnya seperti proton saga, bayangkan sebiji kereta VW yg paling bawah kelasnya kita dapat beli 3 biji proton saga, kalau yg kelas paling atas entah lah brapa puluh biji kereta protons saga yg kita boleh beli..dan jiga kita lihat harga yg paling bawah bagi kenderaan VW, lebih murah lagi kereta proton yg Premium seperti proton suprima s, setakat ni alhamdulillah saya pakai dah hampir 7 bulan tiada masalah, dan pihak proton ada call bertanya keadaan kereta,ini langkah terbaik proton…tapi apa kisah 5 tahun jaminan….org kita ni tngok pada jenama, rosak pon x pa, asalkan jenama gah, x kisah lah kalau nak rosak, boleh bersabar, asalkan bukan proton, kalau proton sekali rosak 7 keturunan dok gebang….saya sayangkan proton, saya kritik pengurusannya jika kurang baik untuk diperbaiki, saya sayangkan negara malaysia, saya kritik krajaannya jika kurang baik untuk diperbaiki, saya sayangkan sahabat, saya kritik sifat dan akhlaknya yg kurang baik untuk diperbaiki, bukan kita mengkritik tubuh badannya ( contoh: dah la hitam, gemok, huduh pastu perangai dia pon terok. ) kerana tubuh badan itu ciptaan Allah….sedangkan Allah tidak pernah menilai hambanya dengan rupa paras dan tubuh badan. Wallahualam…


    • Suprima is a good car fot the bucks!
      should be reliable as well sbb semua problem kat Preve dulu dh diperbaiki kat Suprima ni…
      tunggu version 6MT pulak camne …. 1.6Turbo combo dgn 6MT…oooohhhh


  • 1. Sememangnya suhu dan cuaca di Malaysia panas. Memang cabaran bagi pembuat kereta Eropah atau dari negara yang bersuhu sejuk yang ingin menjual kereta mereka di Malaysia. Gaya dan sikap pemanduan pemandu kereta di Malaysia juga harus di ambil kira oleh Syarikat pembuat kereta ini. Pasal itu saya percaya pada Proton dalam hal ini kerana Proton lebih arif dan dekat dengan gaya dan sikap pemanduan rakyat Malaysia. Den UP Proton sikit. Yang lain jangan marah ye.. nanti kena jual.. hehe

    2. Saya ada contoh kes seperti di atas, Salah satu syarikat terkenal Jepon pembekal kompenan penting dalam sistem penghawa dingin menghadapi masalah kerosakan kompenan tersebut bila dijual dan dipasang pada kenderaan di Malaysia.

    3. Kompenan tersebut tidak ada masalah bila dijual dan dipasang di negara-negara luar.

    4. Syarikat tersebut telah menghantar kumpulan jurutera mereka datang ke Malaysia untuk menyiasat akan masalah tersebut.

    5. Kumpulan jurutera tersebut buntu tiada mendapat jalan penyelesai tersebut sehingga Allah menjumpakan mereka dengan seorang uncle owner tempatan kedai servis penghawa dingin tersebut.

    6. Sebagai seorang yang berpengalaman di bumi Malaysia dan masak dengan gaya pemanduan orang Malaysia maka beliau telah memberi jawapan akan penyelesaian masalah yang dihadapi.

    7. Maka bergembira kumpulan jurutera jepon ini akan jalan penyelesaian masalah tersebut dan membawa khabar gembira tersebut balik ke jepon.

    8. Suka dan gembiralah owner syarikat jepon ini lantas dijemput dengan penuh hormat uncle owner tempatan ini ke jepon untuk menerima ganjaran dan penghargaan diatas penyelesaian tersebut.

    9. Cerita owner ini pada den ialah salah satu sikap pemanduan orang malaysia ialah apabila memandu mereka tidak mahu berhenti dan ingin segera sampai ke destinasi. Sikap inilah menyebabkan kompenan di dalam kenderaan diguna sehingga ke garisan maksimum.

    10. Dijadikan cerita, maka kompenan ini rosak.. rosak.. kerana atas sikap pemanduan tersebut.

    11. Adakah kita mahu salahkan pemandu atas kerosakan ini??? di sinilah cabaran jurutera syarikat tersebut mencari jalan penyelesaiannya. Mereka buntu..buntu.. jurutera ini tidak dapat mencari jalan penyelesain sehingga Allah telah memberi ILHAM pada uncle ini jalan penyelesaian.

    12. Kata Uncle ini pada jurutera tersebut ialah lebihkan beberapa lubang pada kompenan tersebut bagi mengurangkan kepanasan kompenan tersebut. Inilah formulanya.

    13. Maka diuji akan formula ini dan BERJAYA..BERJAYA.

    14. Kompenan tersebut berjaya dalam ujian kepanasan tahap maksimum dengan gaya sikap pemanduan orang Malaysia.

    15. Begitulah serba sedikit kisah duka dan gembira cerita dalam dunia automotif ini.

    16. Den tengok sendiri sijil perghargaan dan gambar uncel ini bersalaman dengan owner syarikat jepon ini di jepun yang digantung di dinding kedai beliau. Orangnya baik dan peramah dengan pelanggan walaupon saya pakai Viva je.

    17. Pasal tu korang perasan tak nape Proton bagi enjin kereta mereka macam nak racing je. Sebab sikap orang Malaysia kita la. Yang mana bawa laju satu cerita, yang mana bawa biasa yang tak mahu berhenti satu cerita dan macam2 lagi. Di sinilah peranan jurutera menzahir kompenan tahap GABAN.


  • sebelum issue ni tak pnah lak nmpak fizikal defect pd kete2 VW ni, smlm ttb nmpak satu cc trunk lid opener pd lambang VW tu terkulai layu ditasik madu..


  • Rasanya isu kereta masalah ni bukan Proton je tapi semua pengeluar kereta. Tinggal lagi diorang malu nak bersatu dan mengadu pada press. So, selepas kes VW ni boleh la selalu buat pada brand2 kereta lain. Jangan malu, korang patut layak dapat apa yang kereta lain boleh bagi. Bayar bukannya murah pastu ada kerosakan dah pulak tu spec kereta pon tak setanding macam kereta tempatan yang bagi. Lain la korang pakai VIVA cam aku.


    • Mmm… sebelum2 nie owner kereta2 branded nie x bising2 sebab malu ar kereta mahal nk wat bising2 rosak plak. Tapi la nie bila sumer barang dh naik, X bleh tahan lagi wooo… kena bising2 gak. X leh jadiii… hehe:)

      Cheers!


  • ini kalo kes Proton ni mau berkoyan2 kutukan, blog dan re-blog, tweet dan re-tweet dan pelbagai mak nenek kuar nih..
    Bangsa ku oh bangsa ku


  • Membuat perbandingan kereta tempatan dengan impot dapat memberi pengajaran kepada kita. Bukan saja kualiti kereta tetapi jugn dari segi bajet. Kepada yang berpendapatan tinggi dan berkemampuan teruskanlah menggunakkan kereta mewah sesuai dengan anda. Bagi mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah, eloklah guna kereta tempatan agar poket tidak kekeringan kerana melayan kerenah kereta impot mewah yang perlu dijaga setiap masa seperti anak emas. Namun, saya tidak nafikan terdapat kereta impot buatan negara timur yang berkualiti dan mudah dijaga.


  • Sy baru je nk berjinak dgn VW.. Dh mcm2 org komen. Tp secara logiknya sy fhm…conti ni lau kat malaysia mmg jahanam la….faktor cuaca, cara pemanduan, kualiti servis dan juga cara penjagaan kita xsama. So i dh xnk amik…rugi woooo polo 1.2tsi…dh terlepasssssss


  • Aku nak amik vw jetta second hand kalo jadi….aku cari kereta keluaran sekitar thn 2013…. Ape pendapat otai2 kat sini pasal masalah kereta ni


  • Akhirnya menjadi igauan kepada para peminat kereta yang banded… sudah rosak susu sebelanga… harapan kini amat sukar untuk terus memikat pelangggan di Malaysia.. maafkan daku Wak Segan…


  • Rasanya elok pakai mercedez E200 je.body kuat,tahan lasak,minyak punya jimat.laju pon laju.ssh nk rosak.cuma nmpk cam org tua2 sikit je..


  • Emmm…..aku pakai bertahun-tahun relaks je…servis kene la ikut jadual,cara pemanduan pun kene la betul,bukan main tekan je,ni br pakai vw dia punya tekan mcm xingat dunia,
    Sang kancil aku tu pun elok je….beli dr tahun 1999,xda masalah major pun…masaalah kecik2 tu biasala..sudah dimamah usia…tapi yg penting servis tu kene la ikut jadual…xkira la pakai kereta apa pun…sekian ulasan saya


  • saya nak ambil vw 1.2 TSI tapi bnyak dengar yang gear box masalah,,,boleh beri pencerahan masalah sangat ke kalau saya nak ambk kenderaan scnd ni…please!!!!!!

Leave a Reply