ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengedar Proton dan Geely di Shanghai Jinxi Automobile berkongsi cerita

Views

Baru-baru ini pengedar-pengedar Proton berpeluang melawat cawangan Jualan dan Servis Shanghai Jinxi Automobile, iaitu pusat pengedar Geely bertaraf 4S. Lawatan tersebut sememangnya satu peluang yang berharga kerana mereka berpeluang untuk berkunjung ke sana untuk menyaksikan apa yang terbaik dan boleh dijadikan sebagai contoh.

Satu sesi taklimat telah diadakan dan kunjungan mereka telah disambut oleh Xu Zhi Ming, Pengurus Besar cawangan tersebut. Beliau turut berkongsi pendapat dan idea mengenai cawangan pengedar serta pengalamannya sepanjangan berada di dalam industri auto. Tambah beliau lagi, model Boyue mendapat penerimaan yang baik daripada penguna dengan memperoleh jualan lebih 30,000 unit sebulan. Disebabkan permintaan yang tinggi, pelanggan sanggup menunggu kereta mereka sehingga enam bulan.

Selain itu, sesi soal jawab turut diadakan. Pelanggan begitu yakin dengan Boyue yang dibangunkan dengan kerjasama Volvo, yang mempunyai keistimewaan dari segi reka bentuk, menerima penararafan keselamatan NCAP China 5-bintang serta memenuhi piawaian peraturan yang tinggi, seperti enjin yang mematuhi piawaian Euro-6.

Walaupun merupakan model yang baharu dalam pasaran SUV, Boyue telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan menjadi salah satu jenama yang paling berkembang pesat di China. SUV ini pastinya sesuai untuk pengguna yang ingin menarik perhatian orang melalui rupa dan rasa yang kontemporari, rekaan dalaman yang moden serta dipenuhi dengan ciri keselamatan yang tinggi dan semestinya berciri kecerdasan buatan (“AI”).

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply