ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penyelesaian isu Oil Cooler Hose enjin CFE, Proton panggil balik model yang terlibat

Views

Artikel oleh : Shamsul Yunos

Hari Ini Proton telah mengumumkan penyelesaian untuk masalah hos penyejuk minyak (oil cooler hose) dengan memanggil semua pemilik Proton Preve, Suprima S dan Exora Bold untuk membuat temujanji dengan pusat servis berhampiran bagi menggantikan saluran getah untuk penyejuk minyak yang dikhuatiri pecah apabila telah beroperasi dua tahun ataupun 40,000km.

Isu ini menjadi panas dalam beberapa bulan yang lepas kerana ramai pemilik yang mengalami kebocoran pada komponen tersebut dan jika tidak disedari, ianya boleh mengakibatkan kerosakan serius pada enjin. Ketika membuat pengumuman tentang panduan servis terbaru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah menyatakan bahawa telah berlaku kekhilafan dimana hos tersebut tidak disenaraikan sebagai ‘serviceable item’ ataupun komponen yang perlu ditukar secara berkala

exora-bold_ext_large

“Sebenarnya semua komponen getah mempunyai hayat tertentu, samada dari segi kitaran penggunaan ataupun hayat masa, dalam kes ini hos tersebut perlu diganti setiap 30,000 km ataupun dua tahun, yang mana lebih pendek. “Dengan ini Proton mengumumkan bahawa kami akan menggantikan hos tersebut bagi semua Preve, Suprima S dan Exora Bold yang berada di jalanraya tanpa mengira had umur, asalkan mereka mengikut jadual servis dan melakukan servis di pusat servis bertauliah Proton.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

9 Comments


  • Sekarang isunya apakah recall ini hanya ganti sekali sahaja dengan versi paip yang sama?

    atau ganti sekali sahaja dengan improved version? lepas tu tahan selama 5 tahun@100k km?

    Atau ini peluang Proton buat recall tp pada masa yg sama ‘cilok’ balik duit pemilik Pereve/ Suprima/Exora dgn add-on dalam service booklet paip ini akan dikira ‘consumable/ wear an tear’ parts.. so setiap 4k wajib tukar kalau tak confirm pecah leak?

    Mintak admin blog dapatkan penjelasan Proton.. jangan main2 isu ini nampak twisted dan pelik dari statement Dato harith tu.. Kenapa nak cerita pasal getah akan merekah etc selepas masa tertntu.. so mereka akan masukkn sbg benda wajib tukar semasa service 40k interval.. wow byk untung laah… kalau nk rectify boleh je pakai silicon content yg tahan lasak..dr heat dan crack. Design dgn spec yg tahan dgn operasi enjin cfe.. takkan setiap 40k kena ganti hose tu.. jahanam poket!


    • Dan sekiranya OCH ni dikelaskan sebagai wear and tear parts, jangan pelik kalau harga secondhand proton yg pakai enjin CFE jatuh mendadak. Sebab orang nak beli, kena tanya dah tukar ke belum OCH tu… kena rekod senggaraan OCH ni macam timing belt.

      Setiap 40K KM kena tukar boleh menyebabkan kos senggaraan tinggi.


  • changing hose at every 30k. almost like changing tyre. and might want to have spare hose in your boot/trunk togather with tool kits.
    we agree hoses are subjected to hardening and crack, but mostly they are made to take many or many many years before it fails or reasonable period before it fail. or i would say they must have some reliability to it.

    by right, specs and design has to be revised, if things remain then this would be a big mistake, and if people say proton car tak tahan, then proton has to admit it and stop bragging about quality improvements.

    why people don’t buy proton? and no longer loyal to proton,,, well , there the answer.


    • Reasonable period? Timing belt pun 100k km….spatutnya boleh tahan lifetime 10 years….nie masalah pemilihan bahan plastik..bahan sekarang adalah absorbent utk lubricant..jadi menghakis la skit2…sila refer presentation slide proton utk masalah nie…jadi sapa yg bertanggungjawab pilih vendor tu apa tindakan disipin?


  • Betulkah rm16? Berbaloikah rm16 tersebut?
    Saya pakai Preve CFE 1.6 CVT.. Ogos 2015 brakedown masalah ni time 34K mileage. Semua engine oil tumpah. Towing ke pusat servis, diorang check & confirm hose terlepas. Masih tunggu keputusan management pasal isu ini. Saya tanya kos, dalam rm700 hose+clump. So, rm16 pada bahagian engine? Coolent radiator pun dah lebih rm16..


  • cheap rubber hose is prone to temperature, it gets hardened and out of shape with steel nipple even though they are with steel hose clamps. hardened rubber wont take steel hose clamps effectively due to lack of elasticity of low quality rubber which the rubber refuses to take shape of the steel nipple tightly. LEAKS is the way to go.

    changing the hose periodically is not the way,
    replacing to higher quality of hose is a more rational piece of solution at once.


  • Apa keputusan proton terhadap kegagalan och exora yang masih berlaku tidak kira masa dan tempat,apakah kesan terhadap proton kepada para pengguna yang menyokong automotif negara. Cubalah pihak proton memahami isi hati para pengguna yang setia dengan produk kebanggaan negara. Harapnya proton yang mempunyai aset aset engenering anak bangsa Malaysia better provide dan upgrading kompenen yg failure sebelum usianya spt abs,mounting,cvt,hose pipe intercooler dan och hingga final disamping mengeluarkn product baru.semoga berjaya.

Leave a Reply