ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perbaharui insurans kereta di PolicyStreet dan dapatkan kredit Touch ’n Go eWallet bernilai RM100

Berita Tempatan

Views

Masih memperbaharui insurans kereta anda di tempat lain? Mungkin dah tiba masanya anda ‘beralih arah’ kerana bermula Julai ini, PolicyStreet akan menawarkan RM100 dalam bentuk kredit Touch ‘n Go eWallet bagi setiap pembaharuan insurans kereta di platform mereka.

Kempen yang dinamakan Cash Kembali ini akan bermula 7 Julai 2025 dan berlangsung sehingga diberitahu kelak. Ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira model atau jenama kereta, dan tanpa sebarang pembelian minimum.

Pulangan tunai sebanyak RM100 akan dihantar melalui e-mel dalam bentuk PIN tambah nilai TnG dalam tempoh 30 hari selepas pembelian.

Pengasas Bersama dan CEO Kumpulan PolicyStreet, Yen Ming Lee berkata, ramai yang menganggap insurans kereta itu beban tahunan dan pihaknya mahu menukar tanggapan tersebut daripada satu beban, kepada satu ganjaran.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!

Paling best menarik, pulangan tunai RM100 ini diberikan untuk setiap kenderaan, bukan terhad kepada seorang individu sahaja.

Bagi mereka yang memiliki lebih daripada satu kenderaan, anda akan menerima RM100 untuk setiap pembaharuan insurans yang dibuat melalui PolicyStreet.

Sebagai contoh, jika anda memiliki dua buah kereta dan memperbaharui insurans kedua-duanya melalui PolicyStreet, anda layak menerima RM200. Lebih banyak kereta, lebih banyak anda boleh jimat!

Macam mana nak tebus ganjaran?

Mudah je, langkah pertama, layari car.policystreet.com. Isi butiran kereta anda, dan dengan beberapa klik, anda akan dapat sebut harga daripada pelbagai syarikat insurans terkemuka yang dipilih berdasarkan nilai dan perlindungan.

Sebelum membuat bayaran, boleh juga tambah perlindungan tambahan seperti pembaharuan cukai jalan, erlindungan cermin hadapan dan banyak lagi. Tiada borang fizikal, tiada panggilan telefon, tidak perlu beratur.

JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua

Nak lebih jimat? Guna kod promo

Guna kod PSBELANJA10 untuk diskaun RM10 bagi pembaharuan pertama anda, atau PAYDAY35 untuk diskaun tambahan RM35 dari 25 hingga 30 haribulan setiap bulan.

Diskaun ini boleh digunakan semasa pembayaran, dan anda tetap akan menerima ganjaran RM100 selepas pembelian.

Tak nak bayar sekaligus? Bayar secara ansuran sehingga 12 bulan melalui Easy Payment Plan dengan sembilan bank terlibat seperti Maybank, Public Bank dan CIMB.

Guna kad debit? Anda juga boleh pilih bayaran ansuran melalui Buy Now Pay Later seperti Atome, SPayLater atau PayLater by Grab, termasuk diskaun semasa pembayaran!

Untuk maklumat lanjut termasuk terma dan syarat, layari https://policystreet.com.my/tnc.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply