ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perkhidmatan POSLAJU kini boleh didapati di PROTON Edar

Views

PESB-PosLaju3

PROTON Edar secara rasmi dilantik sebagai ejen POSLAJU dalam satu majlis pelancaran yang diadakan hari ini. Ini menandakan satu peristiwa penting bagi Pos Malaysia dan PROTON yang merupakan anak syarikat DRB-HICOM. Melalui kerjasama ini, perkhidmatan PosLaju akan ditawarkan di cawangan PROTON Edar terpilih yang akan menyediakan lebih banyak kemudahan dan akses kepada pelanggan untuk menghantar barangan mereka melalui kurier POSLAJU.

Kerjasama tersebut telah dilancarkan oleh, YBhg Tan Sri Dato ‘Sri Haji Mohd Khamil Jamil, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, yang juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan PROTON dan Pengerusi Pos Malaysia. Pos Malaysia Berhad telah diwakili oleh Tuan Haji Nor Azizan Tarja, Ketua Pegawai Operasi Penyelesaian Rantaian Bekalan dan PROTON Edar Sdn. Bhd telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Hisham Othman, . Acara ini telah disaksikan oleh wakil-wakil pengurusan dari DRB-HICOM Berhad, Pos Malaysia Berhad dan PROTON Holdings Berhad serta wakil-wakil media.

Delivery of car to Saga SV owner

Sebagai permulaan, empat cawangan PROTON Edar di Lembah Klang akan mula menawarkan perkhidmatan POSLAJU mulai hari ini dan bakal diikuti oleh sembilan lagi cawangan di Semenanjung Malaysia pada 5 julai 2013 serta dua cawangan di Malaysia Timur pada minggu ketiga bulan Julai, 2013.

Ejen POSLAJU adalah model perniagaan yang telah diperkenalkan pada 3 Disember 2012 dan memberi peluang kepada syarikat-syarikat baru, sedia ada serta usahawan untuk menjana pendapatan tambahan dan mengembangkan perniagaan mereka. Sehingga kini, lebih daripada 100 Ejen POSLAJU telah dilantik yang membolehkan pelanggan mendapat akses kepada perkhidmatan POSLAJU di IKOBANA (41 cawangan), Mail Boxes Etc. (MBE) (36 cawangan), MPH Bookstore (4 cawangan) dan ejen-ejen individu (26 cawangan).

 

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • intergrasi perniagaan namanya..kat pos malaysia pun dah ada kios bank muamalat…sama2 duk bawah satu pemilik, memang patut pun d intergrasikan sebanyak mungkin…malah ada yang kata puncak semangat akan gunakan bangunan pejabat pos yang ada d seluruh malaysia untuk tempatkan dia punya alat telekomunikasi….

    maaflah ye…komen tak masuk komen automotif…hehe

Leave a Reply