ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perlumbaan F1 di Sepang bakal dihentikan buat sementara

Views

Peminat setia sukan F1 pasti akan berduka dengan hasrat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk menghentikan seketika perlumbaan tersebut di Malaysia, menurut laporan dari NST online. Melalui laman Twitter rasminya @Khairykj, beliau berkata banyak faktor yang menyokong idea tersebut temasuklah kos penganjuran yang tinggi dan pulangan yang sedikit.

Sejak mula menjadi penganjur acara sukan tersebut pada 1990, Malaysia merupakan negara Asia pertama di luar Jepun yang melakukannya. Namun kini semakin banyak venue dan ia bukan sesuatu perkara yang baharu lagi. Khairy turut memberi lasan lain seperti penurunan hasil jualan tiket dan jumlah penonton di televisyen, selain pelabur luar kini mempunyai pilihan untuk menonton perlumbaan tersebut di Singapura, China dan Timur Tengah.

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali berkata, SIC sedang mempertimbangkan untuk menganjurkan perlumbaan tersebut di Malaysia. Satu mesyuarat khas akan dibuat pada minggu ini dengan pemegang saham utama SIC, iatitu Kementerian Kewangan, bagi menentukan masa depan acara sukan tersebut di Malaysia.

Razlan turut berkata SIC harus membida perlumbaan yang kosnya lebih murah seperti Japan GT, sebagai jawapan kepada pertanyaan apa yang yang boleh dibuat untuk mengelakkan litar Sepang menjadi projek ‘gajah putih.’ Apabila diajukan soalan mengapa Grand Prix Singapura berjaya, Khairy berkata ia adalah satu-satunya perlumbaan dalam bandar pada waktu malam yang tiada ditempat lain buat masa ini. Walaubagaimanapun, jualan tiket mereka kini semakin berkurangan.

Khairy turut menegaskan Malaysia perlu meneruskan penganjuran MotoGP, yang masih mengekalkan jumlah pengunjung yang ramai. Selain itu kehadiran pelumba negara dalam kategori Moto 2 dan Moto 3 turut menjadi rangsangan tambahan untuk meramaikan lagi pelumba dari Malaysia. SIC juga perlu menambahkan lagi pembangunan dan meningkatkan akses awam untuk ke hari trek.

Tambahnya lagi, pelumba tempatan seperti Jazeman Jaafar, Nabil Jeffri dan Akash Nandy kini sedang bergelut untuk mendapatkan penajaan. Sebahagian dari yuran penganjuran F1 mungkin boleh membantu mereka. Jazeman merupakan pelumba dari pasukan HTP Motorsports dalam saingan Blancpain GT Series dan Intercontinental GT Challenge. Nabil Jeffri pula kini berlumba bersama pasukan Arden Motorsport dalam GP2.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

14 Comments


  • Mmm… teruk sgt ker pulangan penganjuran utk industri pasaran RM300 juta F1 di Sepang tu? Bijak gak Mokhzani turun tahta SIC sebelum kemelut nie:P Bagi sy, x perlu tutup. Cuma kena lebih creative utk compete dgn penganjur pesaing. Nk tutup pun tunggulah petronas/merz turun tahta sebagai pengeluar/pelumba top ranking… apa daa. Nk highlight MotoGP kena tutup F1 ker? Highlight la dua2 nie. Bleh kn? 🙂

    Cheers!


  • Salah satu punca utama adalah kurangnya tajaan.. Selain kurangnya jualan tiket dari tahun ke tahun berikutnya.. Cadangan menghentikan perlumbaan F1 adalah cadangan yang tidak bernas.. Cubalah beri cadangan untuk memajukan sukan f1 bukan hentikan..

    Mengapa kurangnya tajaan? mungkin sebab cukai.. mengapa boleh jadi begitu?.. Sejak dulu lagi syarikat besar akan berlumba-lumba untuk menaja pelbagai jenis aktiviti terutamanya sukan antarabangsa seperti F1.. Mereka memperutukan beberapa juta setahun untuk CSR mereka.. Tahukah anda tajaan untuk sukan akan dikecualikan cukai syarikat atau jumlah tajaan akan ditolak dengan cukai yang sepatutnya dibayar.. Tetapi sejak tahun lepas Syarikat besar terpaksa menjimatkan kewangan mereka kerana nilai tajaan tidak akan ditolak dengan Cukai Barangan dan perkhidmatan(CBP) sedikitpun.. Walaupun mereka taja beratus juta mereka tetap akan membayar penuh 6% CBP.. Jadi mereka perlu berjimat dalam mengurus kewangan mereka.. Menghentikan tajaan..

    Mengapa kurangnya jualan tiket?.. Sukan F1 adalah sukan permotoran yang paling diminati diseluruh dunia.. Mengapa boleh jadi begitu?.. Alasan yang dinyatakan dalam artikel di atas sememangnya benar-benar belaka.. Sebab lain kurangnya jualan tiket adalah kerana kurangnya Marketing.. 10 tahun lalu promosi F1 Sepang sememangnya sangat rancak,meluas dan hebat.. Setiap hari anda akan dengar pasal F1 dimana sahaja dan bila-bila masa sebulan sebelum perlumbaan.. Tetapi beberapa tahun lalu Promosi f1 suram, kejap ada kejap senyap dan tidak meluas.. Tarikh perlumbaan pun terlepas untuk menyaksikan LIVE dikaca TV.. Marketing atau pemasaran ni ada 1001 jenis, fikirkanlah..

    Hasrat untuk menghentikan F1 sememangnya bukanlah cadangan yang bijak.. Mereka perlu lebih kreatif untuk maju dan perlu maju untuk kelangsungan generasi anak Malaysia..


  • marketing tak power terus nak tutup. kalau dulu2 dalam suratkhabar, team ferrari dan lain2 atleast 1page penuh gambar kereta f1. ada street race/pertunjukan. lawatan team2 ke tempat2 tertentu. live lagi la mmg ada kat tv biasa. sekarang? lupikirlasendiri


  • Kini tiba masanya syarikat milik penuh Gov pula menjadi penaja bersama Petronas.. Syarikat-syarikat seperti 1MDB, Khazanah Nasional, GovCo dan banyak lagi syarikat multi billion milik Gov sepatutnya menaja bersama Petronas untuk perlumbaan F1..

    off topic..
    Pada tahun 2015 syarikat kami membayar CBP daripada pendapatan kasar adalah lebih besar nilainya berbanding keuntungan bersih syarikat.. Syarikat terpaksa membekukan pemberian bonus dan kenaikan gaji.. Kecuali kenaikan gaji minimum sektor swasta dari RM900 kepada RM1000 tahun ini.. Dijangka tahun 2016 syarikat terpaksa membekukan lagi pemberian bonus dan kenaikan gaji.. Syarikat juga menarik balik serta membekukan semua tajaan.. Syarikat terpaksa menjimatkan kewangan dari tajaan bagi memastikan setiap kakitangan mendapat kanaikan gaji dan bonus tahunan untuk masa akan datang..


  • Ini satu contoh, bagaimana nak jadi pengurus negara. Kalau kita jadi pengurus negara, apa yg penting ialah apa yg negara kita boleh dapat. Negara kita dulu, apa apa pun.

    Betul prosper thy neighbours, tp kalau kita lambat then negara kita akan rugi.

    Contohnya f1 GP Singapore. Kalau singapore baik mcm kita nak sgt baik dengan singapore, then most probably singapore takkan anjur pun f1 ni. Geographically, sepang – marina bay race ni antara yg paling dekat dan pada satu economic area yg strength nya lebih kurang. Maksudnya area yg duit tak banyak tp ada dua race yg dekat.

    Jadi singapore pun baik sgt dgn kita then dia checkmate buat race malam. Bukan nak semua benci kan singapore or bermusuhan, tapi nak tunjuk cara pengurusan negara.

    Jadi next time jgn pedulikan sangat org lain. Maknanya kalau nk buat high speed rail, peduli apa singapore nk buat apa. Kita buat saja lah. Kalau nk buat jembatan herot ka bengkok ka, buat saja la. Kenapa yg nk peduli sangat. Kalau dah nak buat port then buat saja lah apa yg susah.

    Kita kena make sure negara kita ada kelebihan over org lain. Supaya negara kita maju. Betul lah kalau jiran tak tenang then kita pun akan terjejas cumanya kalau kita tak ambil peluang, org lain akan ambil peluang.

    Solution utk sepang ni ialah kena bid untuk race order yg lebih sesuai. Sepang kena ada satu uniqueness tersendiri. Bila org sebut sepang then semua org akan tahu dan rasa ingin pergi. Maintain saja dengan f1 biar pun apa yg keri ckp tu. Pulangan sikit bukan takda langsung. Bukan rugi. Jadi kena fikir lah camna nk up kan pulangan.

    Buat lah support race. Move kan electric f1 tu dari putrajaya ke sepang. Bid for SBK. Australian v8. Japan gt masih ada lagi ker. Kena betul betul market lah.

    Menteri pun satu hal. Kau ni takda semangat ke malaysia an ker. Patutnya kau makesure sic ada return yg munasabah. Kalau razlan takleh perform then replace la dgn arul kanda.

    Buang masa ja sekor sekor


    • Saya nampak pointnya kat situ.
      Menjadi pemimpin ni bukan saja menjadi pentadbir saja dan duduk di singgahsana.
      Seorang pemimpin negara yang ulung pernah menyatakan “pemimpin sebuah negara mestilah menjadi jurujual yang hebat. Pemimpin mestilah mempromosikan Dan menjual produk negara yang telah dihasilkan Dan yang akan dihasilkan”

      Selain mencari pelabur luar negara untuk melabur di dalam negara. Pemimpin juga perlu menjual Dan mempromosikan segala produk Dari dalam negara, contohnya Proton, Perodua, litar f1 sepang DLL.


      • ya….. Pemimpin juga perlu menjual dan mempromosikan segala produk dari dalam negara keluar negara dan peringkat antarabangsa.. Pasaran dalam negara kecil sangat terutamanya sukan F1.. Menurut rekod sepanjang penganjuran F1 hampir 20 tahun, lebih 50% jualan tiket setiap tahun adalah kepada pelancong luar negara.. Gunakan kreativiti untuk menarik pelancong dari luar negara untuk menonton F1 di Sepang.. Penganjuran F1 adalah untuk meningkatkan lagi industri perlancongan.. Merancakkan ekonomi dalam negara.. Ekonomi yang rancak, kadar pertumbuhan dalam negara juga tinggi, pendapatan kerajaan dari CBP juga lebih tinggi.. Jika ekonomi lembab nak bayar CBP dari pendapatan syarikat pun berat..


  • Mmm… satu lagi, kalau berhenti f1 sepang seketika, jgn harap lepas tu dpt tersenarai dlm kalender penganjur f1 balik sebab negara lain berlumba2 bid penganjuran f1 nie selain Britain dan beberapa negara lain yg ‘tewas’ dlm penganjurannya . Ini menandakan potensi pasaran f1 masih besar dan mampu mengaut pulangan yg baik kalau betul caranya. Kewujudan singapore sebagai track baru f1 memang menggugat pasaran penganjuran f1 sepang. Pertama dari sudut geografi/climate yg lebih kurang dan distance dua negara nie x jauh mana, dan ketiga, tarikh perlumbaan kedua2nya agak dekat. Singapura dilihat mempunyai kelebihan dan lebih tarikan, pertama ia adalah litar f1 baru dlm suasana bandar, kedua perlumbaannya adalah unik kerana berlangsung pada waktu malam. View yg indah di sekitar marina bay yg terkenal dgn pusat pelancongan sudah tentulah menjadi serampang 2 mata kepada peminat permotoran fi dan industri pelancongan sekitarnya.

    Setelah lebih 10 tahun penganjurannya f1 sepang kena terus memikirkan apa lagi yg mereka bleh tawarkan n menarik minat peminat pelumbaan f1 nie. Jgn begitu selesa n leka dgn kejayaan silam. Pihak pengurusan sepatutnya sudah ada plan jangka pendek dan panjang bagi mengekalkan momentum penganjuran. Kena ingat, sebelum ini fi adalah salah satu ikon pelancongan M’sia, even rata2 sebahagian besar adalah pelancong luar. Xkan awal2 dh mengalah dgn singapore kut? apa daa… depa kreatif so kita pun kena la kreatif gak dlm mempromosi, membuat marketing dan penyediaan aktiviti2 sampingan menarik di f1 sepang. X gitu?:P

    Cheers!


    • Jika F1 dihentikan walaupun semusim, ini menunjukkan kegagalan (loser) Kementerian Belia Dan sukan mencari penajaan Dan pelaburan.

      Penganjuran F1 bukanlah sekadar SIC mencari keuntungan semata². Dengan kemasukan pelancung luar melebihi 100k di hari kejohanan mereka berbelanja Dan melibatkan tukaran matawang asing.

      Mereka berbelanja bukan sedikit, hotel 5 bintang beberapa hari, shopping sana-sini. Waktu kemuncak mereka berbelanja 3hari sebelum perlumbaan Dan 3 hari selepas perlumbaan.

      F1 bukanlah sekadar keuntungan SIC semata² tetapi kerancakan industri perlancungan, tukaran matawang asing, merancakkan ekonomi sekitar Sepang Dan IBU negara

      Gagal merancang, anda menuju kegagalan


  • Nampak gayanya mulai tahun 2017 SIC akan menganjurkan perlumbaan bajet rendah. yay!
    Antara kategori kejohanan bajet rendah yang dicadangkan :-
    1) kategori OPEN, kenderaan dengan kuasa di bawah 50 kuasa kuda
    2) kategori OPEN, kenderaan dengan kuasa di bawah 100 kuasa kuda
    3) kategori OPEN, kenderaan dengan kuasa di bawah 150 kuasa kuda

    Kejohanan boleh dibuat sebagai endurance ataupun bermusim, dengan 6 pusingan setiap musim untuk mengumpul mata bagi menjuarai keseluruhan musim tersebut.

    Selain itu SIC boleh anjurkan asean festival of speed. AFOS adalah kejohanan kos sederhana sebagaimana perlumbaan Super GT.
    Antara kejohanan yang dianjurkan :-
    1) Asian Le Mans Sprint Cup
    2) GT Asia Series
    3) Sport Auto Tuner GP – The Speed of Light
    4) Asian Le Mans Series
    5) Audi R8 LMS Cup
    6) Porsche Carrera Cup Asia
    7) Formula Masters ASEAN Series
    8) FIA World Endurance Championship
    9) TCR Asia Series
    10)Ferrari Challenge Asia-Pacific

    untuk merancakkan setiap kejohanan mestilah diadakan shows & exhibitions sehari sebelum setiap kejohanan.

    Akhir sekali marketing dan promotion adalah sangat penting. Jika mereka ambil mudah dalam marketing dan promotion mereka gagal merancang. kejohanan akan gagal mendapat pulangan

Leave a Reply