Nampaknya PERODUA bakal mencabar Proton & jenama lain dalam segment sedan. Difahamkan mereka bakal menerima kebenaran untuk mengeluarkan kereta dengan kapasiti enjin lebih tinggi daripada 1.5 liter tidak lama lagi. Semakan semula Dasar Automotif Nasional (NAP) yang kini sedang dilaksanakan bakal menyaksikan PERODUA akan mula memasang dan mengeluarkan kereta dengan kapasiti enjin antara 1.6 liter hingga 1.8 liter.
Adakah model konsep Bezza merupakan “hint” kepada model sedan yang bakal dikeluarkan Perodua? Platform manakah yang akan dijadikan asas kepada model tersebut, adakah dari Daihatsu atau Toyota? Kita nantikannya jika ia menjadi kenyataan nanti. Saya amat berharap kali ini PERODUA merekabentuk keretanya sendiri, platform sharing atau pakai enjin Daihatsu atau Toyota takpe, janji exterior & interior ORIGINALLY dari PERODUA.
* Nampaknya Proton kena explore enjin kapasiti besar sikit lepas ni, kalau PERODUA boleh buat kereta dengan kapasiti enjin antara 1.6 liter hingga 1.8 liter, Proton pula mesti boleh keluarkan kereta dengan kapasiti enjin bawah 1 liter, betul tak? Kalau tak INI TIDAK ADIL, TIDAK ADIL bak kata Yuna, hahaha… 🙂
sumber : www.bharian.com.my
Tengok prototaip pun dah terfikir..”mampukah kereta ni serap impak yang kuat” ..
tapi gerak hati aku mengatakan model sedan untuk perutdua takkan laku… sebagaimana tenggelamnya Nautica…
tapi kalau perutdua develop model dari scratch, elok la tu, belajar buat sendiri..tapi hal ni tak sekali2 mungkin berlaku..huhu
senang je nak laku.. rebadge je vios, buang semua airbag then wallaa…. cheap sedan from P2!!..
persoalannya.. P2 ada kereta compact dengan harga cecah RM60k. kalau derang buat sedan harga RM50k, itu kan menjejaskan peluang derang utk maintain ‘best selling’ model dalam carta?
kalau buat sedan mahal sampai RM70k.. baik org beli Vios aje kan???
so.. mungkin tenggelam macam NaughtyCar la ni…
Rebadge Vios? Mintak maaf (kat penyokong Vios) cakap la, aku sangat2 tak berkenan design dia sejak dari dia mula2 keluar.
Vios memang laku, tapi design dia memang tak lawa.
Design Vios memang tak lawa, tapi die laku, sebab design tu lawa pada mata meraka yg nampak lawa, so, sukati mereka la. hehehe. duit mereka, n penilaian mereka, nothing to do with us.
re-skin je current vios tu.
spec perodua “vios” versi SR:
i- GOA body (enuff la)
ii- no ABS/EBD/Airbag
offtopic>>
vios dugung ni nmpk besar, tp dlm rasa kecik.
i- exterior dia d “face-off” (bukan facelift ye) supaya nmpk tuff ala2 camry. kalu dpt, cm bezza lg cun.
ii- interior dia d “makeover” supaya lg “luas”.
yg skrg ni dashbod dia bonjol sgt.
iii- kalu ada bajet r&d ada, + enjin hybrid synergy tu.
semoga berjaya kedua-duanya…
nmpknya kita akn bakal lihat p’saingan model sedan antara proton & perodua pulak…bg ‘geng2 kita’ yg hanya mampu beli kereta tempatan, pas ni makin bnyk pilihan utk beli kereta tempatan yg menawarkan model sedan & hrga yg mampu milik tp juga dgn spec yg boleh menyaingi kereta luar…
Aku menantikan model city car dari Proton. Diharap lebih berbaloi dari Viva (model dah berzaman outdated) yang sangat mahal harganya.
maybe yg ni kot.. haha
http://www.wartanews.com/Contents/Media/Berita/toyota%20etios1.jpg
rupa buruk….
Model ni memang aku tak berkenan sejak dari mula2 tengok. Sama la macam Vios gak.
Mintak maaf kat penyokong Toyota, aku takde niat nak mengata atau apa2. Sekadar pandangan sebagai pengguna.
habis proton
Belum tau lagi bro. Nak kena tengok jugak macam mana rupa keretanya dan macam mana specnya.
aku x yakin mereka mula dr zerro…mesti paka platform toy yol taa..
Kalo diorang nak buat jugak, memang better share platform. It makes more business sense. Sedangkan Viva yang outdated (even pada hari pelancaran) yang berasaskan Mira tahun 2002 (6th Gen) tu pun diorang boleh jual mahal giler2. So memang jelas la mereka lebih mengutamakan untung berbanding passion terhadap ketera dan teknologinya.
no problemo….lebih byk pilihan utk konsumer
bak mai tgk segmen kereta yg mana p2 nak compete dulu….
Betul. Lagi banyak pilihan lagi bagus. Pengguna gak yang untung.
serius TAK ADIL… perbezaan yang tinggal antara proton dan perodua hanya, pembuat kereta dan pengubahsuai kereta…
Perodua, anda memang hebat apabila membuat promosi, anda pandai menarik hati pembeli. Sekarang dah tiba masanya anda berusaha buktikan anda juga hebat dalam menbangunkan kereta sendiri! Semoga berjaya.
Proton, bersedialah bersaing dengan kemampuan Perodua! Buktikan kenderaan anda lebih berbaloi!
yeay pas ni byk sikit pilihan kenderaan local yg hebat!
tau xpe..hahaha
Buktikan Proton boleh buat city car yang bagus dan jimat minyak. Yang pastinya akan antara orang yang menantikannya. Harap EMAS jangan la sampai takde yang versi conventional, aku memang berkenan kete tu.
p2 plan nk kuar sedan taun 2015…berdasarkan plan 5 taun dato amin ngan geng2 matsukawa…
nasib matsukawa, kalau maria ozawa tadi…hahahaha…
mari ozawa kalu, spotlight dh londeh… muahahaha
taun lps training kt p2……so ade gak la tau psal 5year plan nie…diorg bajet nk tapau p1 kau2….so CFE dah msuk market…so x mustahis diorg akan bwk YRV msuk gak…sbb current mmg diorg buat finishing utk block YRV then hantar balik jpon…
daihatsu yrv? dah macam kenari aku tgk..
http://en.wikipedia.org/wiki/Daihatsu_YRV
http://i.drom.ru/~autovl/catalog_photos/daihatsu/yrv/daihatsu_yrv_10427.jpg
kalu sedan ikut design cue toyota, mesti huduh cam dugong
dulu masa Proton nak keluarkan kenderaan bawah 1000cc, tak diberi kebenaran sbb akan clash ngan kenderaan Perodua… sekrg, Perodua nak minta keluarkan model sedan atas 1500cc… kerajaan mmg tak adil & cakap tak serupa bikin…
oleh sbb limitation by government, Proton terpaksa keluarkan Tiara/Savvy utk fill the gap..
(Mintak maaf ayat kasar) Dulu aper jadah nyer yang gomen tak bagi Proton buat kereta bawah 1000cc? Takut bersaing ngan Perodua yang cekik darah jual Viva mahal giler2 yang harga macam harga Myvi tu ke?
Ada saper2 tau aper alasan gomen masa dok sekat Proton waktu tu? Ke itu kerja budak tingkat 4? (sori termasuk sket bab politik).
zaman tu budak tingkat 4 belum masuk lagi.. masih ada kat oxford daaa…
@tengkiu_amat
Jadi siapakah petualang itu dan apakah alasannya? Saper2 tau harap boleh share.
Err..sepatutnya tajuk yang sesuai ialah:-
“Perodua bakal memasang model sedan???”
Mmm… ok lah tu. kita lihat nanti kereta apa plak yg diorg rebadge. Yg pasti kereta tu nanti adalah ‘kereta rakyat’ yg ‘murah’. Kalau diorg rebadge Etios,… tak berkenan ar:)
Dgn adanya model sedan dlm keluarga perodua, proton pun dah bleh masuk utk pasaran compact gak bagi pasaran global n domestik. So, kita dpt lihat bagaimana prestasinya menggugat pasaran kereta compact produa pula:)
cheers!
bagus la klau mcm tu.. baru boleh bersaing secara sihat. proton pun akn kluarkn model city car thun depan. barulah meriah.. Jangan smpai kereta luar mnguasai pasaran.
tapi..klau btul enjin 1.8 tu org bleh trima ke..jenama perodua ni sinonim dgn kereta kompak. klau enjin besar roadtax mhal org pn kurg brminat.
betul..harga roadtax enjin 1.6 dgn 1.7 pon dah jauh lain harga..
jetta road tax rm70 jer….
jetta 1.4 tsi..skrg ni enjin smua kecik2 tp ada torbo..
marilah kita sama sama mencabar perodua utk keluar kan sedan sendiri, bukan rebadge kereta jepun. biar diorang rasa tergugat untuk buktikan yg diorang pun ada telur, bukan separuh masak. kita batu api kan umw dgn drb, biar diorang rasa tercabar antara satu dgn lain, baru lah meriah industri auto malaysia / asean. hahahaha
P2 buat kereta sedan? Why not? Bagi saya, biar lah P2 buat, jadi persaingan yg sihat. Supplier ada market yg lebih besar dan mungkin kualiti bertambah baik, effect kepada semua. Lama-kelamaan, customer jgk yg untung.. Tgk saja di jepun, bila di tanya “siapa lagi customer you?” Depa jawab “Oh, we supply to Nissan, Suzuki and Honda”… salam..
Yela, lagi banyak persaingan/pilihan. Lagi bagus untuk pengguna.
aku rasa kalau perodua rebadge dan ubahsuai vios lama, tukar cap perodua mcm idea theopillus chin ni, silap2 masih ada org nak beli. ;-P
http://farm3.static.flickr.com/2667/3854854034_8182945bb7_o.jpg
Hrp pihak kerajaan lebih liberal dlm dasar otomobil negara. Kita berhrp harga contohnya VW Passat = Toyota Camry= Honda Accord pada kapasiti enjin yg sama. Barulah ia bersaing secara adil dan rakyat mampu beli kereta continental. Sy lihat dlm perkara ini , apa yg P2 buat ialah utk support Toyopet dari segi sale kerana rakyat Msia dah mula gunakan kereta VW. Oleh itu, ia mungkin strategi toyopet untuk kekal no.1 sbg pembuat kereta di dunia.
VW. Perkara ini
Proton lebih baik guna Blue Ocean strategy. Dari bergantung pada enjin ICE biasa, baik tumpu lebih perhatian pada kereta hybrid maupun electric. Sambil itu, memuatkan sistem lebih efisien pada pengguna patut dititikberatkan. Ini adalah tanggungjawab nasional. Jangan lepaskan peluang yang ada ini. Masalahnya pada punca tenaga Malaysia yang berkurangan. Dalam masa setahun kita akan mengimpot gas asli dari luar negara kerana gas di Terengganu dah nak habis. Ditambahkan lagi dengan pengguna Malaysia yang tidak peka pada perlunya menggunakan tenaga dengan lebih efisien.
Kalau dilihat dari segi global, semua memberi lebih perhatian pada enjin cc kecil yang dipasang turbo. Biarlah P2 buat enjin lebih besar. Tapi kalau P2 cerdik, dia takkan buat sebegitu. Ini memandangkan Daihatsu mempunyai perhatian pada pasaran regional yang menunjukkan kesesuaian enjin kecil dan jimat minyak. Untuk enjin lebih besar dah ada Toyota. Setiap jenama yg dipegang oleh Toyota mempunyai pasaran khususnya.
Cerita dari Perodua MD:
http://www.theedgemalaysia.com/in-the-financial-daily/200339-perodua-to-develop-own-model.html
Bla bla bla….utk lima tahun akan dtg, P2 xkan kuar model sedan…currently they are more into production improvement not model development….P2 diasaskan bukan utk bersaing ngan Proton tapi atas dasar nak bg vendor2 lebih banyak bisness..langkah terbaik adalah kolaborasi/kerjasama antara P1 and P2, tak perlu persaingan, masing2 tumpu pada segmen masing2 dan saling bantu membantu……mungkin P2 boleh improvekan production Proton dengan kerjasama….
Proton dan Perodua adalah company yang kecil kalo nak dibandingkan ngan nama2 besar yang telah ada di seluruh bumi Allah ni..straight to the point, hanya jaguh kampung
~2 kupang~
Toyota Prius…rebadge
aku rasa p1 xpayah nak risau sgt kalau p2 dah ready nak release kete dgn engine besar..sbb sekarang trend guna enjin cc kecik tapi dgn turbo..barula jimat minyak..kt usa sana je yg masih dok sibuk enjin cc besar ni..
p2 mesti ambil toyota/daihatsu punya model pastu ubah jd kereta dorg.tah pape je.
Nampaknya penjajahan Jepun melalui perodua.
Bukan Jepun yg jajah. Konsumerisme yg menjajah. Membeli barangan nilai tambah tinggi pada harga tambah lebih tinggi. Sedangkan pulangannya hanya adalah dalam bentuk emosi sahaja.