ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua sedia bekerjasama dengan Proton

Views

Perodua sedia untuk berbincang dengan DRB-HICOM mengenai pakatan strategik bersama  Proton. Menurut Pengarah Urusannya, Perodua sedang menunggu langkah DRB-HICOM. Perbincangan itu masih pada peringkat awal dan tiada mesyuarat formal dibuat sehingga kini. Sama ada Perodua akan terbabit dalam rancangan masa depan DRB-HICOM dengan  Proton, ia bergantung kepada kesesuaian rancangan tersebut kepada Perodua.

Sebelum ini Perodua telah membekalkan kepala silinder enjin Campro kepada Proton dan apakah selepas ini akan ada kerjasama baharu antara kedua-dua syarikat ini pada masa depan? Kita tunggu perkembangan selanjutnya nanti. Harap pada masa hadapan akan ada pembangunan model baharu secara bersama antara mereka. Berita ini diambil dari www.bharian.com.my

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

13 Comments


  • dulu jual mahal.. so, sekarang nak teknologi untuk membangunkan Sedan ke?
    ambik je mana2 model Proton, rebadge jadi model perodua..

    Contohnya ambil model Persona dan rebadge kaw-kaw jadi so called Bezza tu..huhu


  • Mungkin kerjasama melibatkan pengeluaran komponen2 bagi kenderaan proton atau kenderaan perodua.

    Atau Perodua bercita2 utk membekalkan EAT kepada proton walaupun ketika ini proton menggunakan CVT?

    sama2 kita nantikan.


  • Dulu kata arah tuju berlainan. Proton telah membangunkan Hybrid, dan Elektrik. Perodua kata mereka tidak akan membangunkan teknologi tersebut sebab mahal. Oleh yang demikian, Perodua tidak dapat menggunakan platform Proton yang direka khas untuk Hybrid dan Elektrik kecuali platform biasa,

    Oleh yang demikian, membangunkan Hybrid dan Elektrik bersama-sama adalah tidak mungkin dan perkongsian platform jenis ini pun tidak dapat. Untuk bekerjsama dengan Proton dan Perodua dalam bidang lain mungkin, jikalau sesuai.

    Proton dengan Lotus.

    Perodua lebih baik bekerjasama dengan rakan mereka, Daihatsu / Toyota. Ambil platform Daihatsu dan membangunkan Perodua Sedan mereka.


  • kalau setakat kerjasama r&d nak develop komponen aku rasa tak ada masalah..even vendor proton untuk buat komponen dekat enjin campro adalah perodua sendiri kalau tak silap aku..tapi kalau nak gabung 2 company ni aku tak setuju..

Leave a Reply