ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua sinari Deepavali Rumah Kanak-kanak Shan

Views

Deepavali tahun ini lebih bercahaya dan bermakna untuk penghuni Rumah Kanak-kanak Shan kerana Perodua menunaikan program Tanggungjawab Korporatnya untuk tiga tahun dengan memberi sumbangan kewangan, barang makanan dan keperluan serta aktiviti motivasi. Perodua mula menaja program dengan memberi sumbangan lebih RM20,000 dalam bentuk barang makanan dan keperluan serta wang tunai kepada rumah kanak-kanak tersebut yang terletak di Prai, Pulau Pinang.

Rumah tersebut menempatkan seramai 19 orang kanak-kanak, 10 perempuan dan 9 lelaki yang berusia antara 6 dan 18 tahun. Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh, syarikat memberi sokongan penuh kepada insan yang mulia seperti Puan Saras Pillay, yang telah mendedikasikan kehidupan mereka untuk kesejahteraan orang lain dan mereka inilah wira yang sebenar dalam masyarakat kita.

Ini merupakan kali pertama Perodua memberi sumbangan kepada badan bukan-kerajaan dengan cara yang mampan kerana syarikat percaya sumbangan tersebut sepatutnya mempunyai kesan yang lebih panjang kepada mereka. Sepanjang tiga tahun program, Perodua akan terus komited untuk memberi ceramah motivasi yang akan dikendalikan oleh mereka yang profesional, menyeru sukarelawan mereka untuk meluangkan masa dengan kanak-kanak untuk menyambut hari lahir, memberi mereka bimbingan dan kelas tuisyen percuma kepada pelajar.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply