ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Pininfarina reka kereta pertama buatan Vietnam

Views

Pengeluar kereta dari negara Vietnam, VinFast telah memberi mandat kepada Pininfarina untuk merekabentuk sedan dan SUV baharu keluarannya. Menurut firma rekabentuk dari Itali itu, 20 rekaan telah diserahkan kepada VinFast, dan kemudiannya syarikat tersebut mengadakan satu peraduan untuk memilih rekaan tersebut yang menepati “selera Vietnam” dan mengikut trend rekabentuk semasa.

Lebih 62,000 orang telah mengundi dan dua model yang direka oleh Pininfarina telah mejadi pilihan. Jika dilihat pada foto lakaran digital ini, kedua-dua model tersebut mempunyai rekaan hadapan yang bergaya dengan lampu hadapan LED yang nipis dan selari dengan jeriji utama yang membentuk huruf “V” bersayap. VinFast bakal menjadi jenama automotif yang pertama di Vietnam dan syarikat tersebut bakal melancarkan kenderaan pertamanya pada bulan September 2019.

Jika segalanya berjalan dengan lancar, VinFast bakal mengeluarkan 500,000 unit kenderaan menjelang 2025. Dalam satu kenyataan, Naib Presiden Vingroup, Quang Viet Nguyen berkata penglibatan secara langsung Pininfarina yang merupakan salah satu jenama rekabentuk terbesar di dunia, dijangka membawakan kecantikan moden sambil mengekalkan identiti Vietnam kepada dua model kereta VinFast yang pertama.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply