Touch ‘n Go Sdn Bhd secara rasminya melancarkan Touch ‘n Go Shop, sebuah platform e-dagang khusus yang menghimpunkan barisan produk gaya hidup dan mobiliti di bawah jenama ini.
Platform ini membolehkan pengguna mendapatkan pelbagai produk rasmi Touch ‘n Go, ini termasuklah kad Touch ‘n Go ikonik, charm, tag RFID, serta barangan eksklusif hasil kolaborasi dengan artis dan jenama tempatan.
Touch ‘n Go Shop dirangka secara eksklusif untuk menjadi pusat sehenti dengan akses kepada promosi istimewa, koleksi edisi terhad, pelancaran produk baharu serta tawaran eksklusif.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!
Pelanggan juga boleh menikmati diskaun penghantaran, potongan harga terpilih sehingga 50 peratus, dan pelbagai promosi masa terhad.
Setiap pembelian akan dihantar terus ke pintu rumah pengguna, menjadikan pengalaman beli-belah lebih lancar, selamat dan tanpa kerumitan.
Sempena pelancarannya, Touch ‘n turut memperkenalkan beberapa produk baharu, antaranya:
1. Touch ‘n Go Extendable Charm – Siri Foodie Buddies
Menampilkan tiga karakter comel berinspirasikan makanan tempatan, charm ini dilengkapi teknologi NFC bagi kemudahan tambah nilai melalui eWallet. Boleh dipanjangkan sehingga 50cm untuk penggunaan lebih praktikal di palang tol dan tempat letak kereta. Dijual pada harga RM38 setiap satu.
JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua
2. Kad LED Edisi Terhad dan tali penyandang (lanyard) Touch ‘n Go x ThatDania
Kolaborasi dengan artis tempatan ThatDania menghasilkan dua rekaan kad LED menarik bertemakan perjalanan jalan raya rakyat Malaysia, dari suasana matahari terbit oren hingga ke senja bandar berwarna merah jambu. Kad dijual pada harga RM29, manakala tali penyandang padanan boleh didapati pada harga RM12.
3. Touch ‘n Go Charm – Edisi Pickleball
Charm dengan reka bentuk unik berbentuk ‘paddle pickleball’ ini dijual pada harga hanya RM30. Ia turut menyokong pembayaran pantas seperti charm standard.
4. RFID Edisi Terhad – Cat Edition (Tuxedo)
Siri kedua RFID bertemakan kucing menampilkan Tuxedo Cat yang comel dan bergaya. Dijual pada harga RM37, ia berfungsi sama seperti tag RFID standard dan boleh dipasang sendiri, menjadikan perjalanan lebih mudah dan bergaya.
Kesemua produk baharu ini kini boleh didapati di Touch ‘n Go Shop secara dalam talian melalui laman rasmi https://shop.touchngo.com.my, serta di Pusat Jualan dan Servis Touch ‘n Go di Bangsar South dan Nu Sentral.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
KOMEN TERKINI