ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis buru pengayuh basikal halang laluan bas

Berita Tempatan

Views

Polis giat mengesan sekumpulan pengayuh basikal bagi membantu siasatan selepas tular di media sosial kerana didakwa menghalang laluan sebuah bas di Kilometer 23, Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur menghala ke Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, siasatan awal mendapati kumpulan terbabit menunggang secara berkumpulan di lorong kiri jalan sehingga dipercayai menghalang pergerakan bas berkenaan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!

Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku pada Ahad lalu kira-kira jam 9.35 pagi.

“Kes ini disiasat di bawah Peraturan 42(3) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana menunggang basikal secara bersaing. Bagaimanapun, tiada kemalangan dilaporkan berlaku dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sehubungan itu, tegasnya, usaha mengesan kumpulan terbabit sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua

Azaharudin turut menasihatkan semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan ditetapkan dan menghormati hak serta keselamatan pengguna lain.

Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-3289 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, insiden itu dirakam dalam satu hantaran video yang dimuat naik di Facebook yang memaparkan pertelingkahan antara pemandu bas dan kumpulan penunggang basikal terbabit. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply