Nissan Serena Smart Hybrid (S-Hybrid) akan diperkenalkan tidak lama lagi.Edaran Tan Chong Motor (ETCM)telah mengadakan satu sesi pratonton tidak rasmi kenderaan pelbagai guna (MPV) hibrid pertama di Malaysia itu bersama sebalik tabir pembikinan videonya.
Idea kreatif di sebalik produksi video tersebut dikonsepkan menggunakan tema “Temui Hibrid – Keluarga Zaman Baru, MPV Zaman Baru” (Meet The Hybrids – New Age Family, New Age MPV) yang sememangnya tepat untuk mewakili Nissan Serena S-Hybrid. Konsep ini menunjukkan sebuah keluarga yang menggunakan teknologi baharu yang menjadikan mereka lebih moden dan berhubung berbanding keluarga konvensional lain.
Hebat dan sofistikated, Nissan Serena S-Hybrid memiliki pelbagai ciri berteknologi tinggi, ruang luas dan ruang dalaman berkualiti yang disempurnakan dengan bahagian luaran yang eksklusif serta tersendiri. MPV hebat ini mempunyai ruang yang luas untuk lapan orang penumpang. Maka, nenek dan datuk serta rakan-rakan mereka juga boleh turut sama bersiar-siar!
Sepanjang tempoh jualan pra-pelancaran, satu promosi menarik untuk pembeli terawal akan diadakan. Bermula pada hari ini, promosi tersebut melibatkan pakej Insurans Kemalangan Peribadi Pemandu, kadar faedah sewa beli yang rendah dan satu pakej servis percuma.
Dua orang individu disebalik konsep yang kreatif itu ialah Pengurus Besar Creative Juice Kuala Lumpur, Yee Hui Tsin dan Pengarah Kreatif TBWA Kuala Lumpur, Alvin Ng. Mereka berdua menggunakan pengalaman luas masing-masing untuk menghasilkan sesuatu yang unik, menarik dan signifikan kepada konsep pembikinan video Nissan Serena S-Hybrid.
Nantikan kemunculannya!
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
KOMEN TERKINI