ARKIB

KATEGORI

Buletin

Naza Kia Malaysia lancar KIA Cerato

Views

IMG_6914

Naza Kia Malaysia dengan rasminya melancarkan model generasi baharu, Kia Cerato petang tadi bertempat di Centre Court Pavillion. Model dalam segmen C ini didatangkan dalam 2 varian iaitu 1.6 liter dan 2.0 liter adalah unit CKD yang dipasang di Gurun Kedah.

Kedua-dua varian Cerato 1.6-liter Gamma dan 2.0-liter Nu dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan automatik. Untuk varian 1.6-liter Gamma mampu menjana 128HP dengan 157Nm tork manakala  varian 2.0-liter Nu pula, mampu menjana 158HP dengan 194Nm tork. Penggunaan minyak adalah 6.8l/100km (untuk varian1.6-litre Gamma) dan 7l/100km (untuk 2.0-liter Nu).

Gaya rekaannya cukup menawan dan semestinya ia telah menjadi trademark jenama Kia setelah berjaya mendapatkan khidmat pereka tersohor Peter Schreyer. Cerato direka oleh Kia American Design Centre, masih lagi mengekalkan identiti keluarga Kia yang terkenal dengan dengan gril hadapan “Tiger Nose”, lampu utamanya dengan DRL yang bersambung dengan gril hadapan seolah-olah membentuk mata dan kening model ini.

5_Beauty Shot 5

Rekaan sisinya yang cukup sporty dan sekali imbas ia seperti sebuah “notchback” kerana boot belakangnya yang pendek. Mungkin disebabkan Cerato berkongsi platform bersama Hyundai Elantra, dari bahagian sisi nampak seolah-olah ada persamaan dari segi rupa asas & bentuk. Namun apabila tiba dibahagian belakang, pastinya model ini bakal membuatkan pemiliknya merasa bangga dan mampu menarik perhatian pemandu lain kerana keunikan lampu belakangnya, terutama pada waktu malam. Rim bersaiz 17 inci dengan tayar bersaiz 215/45 pula melengkapkan rupa keseluruhan model ini.

Bahagian dalamannya juga tidak kurang hebatnya dengan rekaan yang kemas dan pemilihan warna hitam menampakkan kemewahan pada model ini. Steeringnya terdapat butang kawalan audio, cruise control, Bluetooth dan butang bebas tangan untuk menjawab panggilan telefon. Kerusi pemandunya mempunyai 10 cara kawalan secara elektronik dengan 2 tetapan memori.

Ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada model ini adalah 6 beg udara, VSM, ESC, TCS, Brake Assist, ISOFIX, speed-sensing auto door lock (pintu akan dikunci secara automatik pada kelajuan tertentu) dan impact-sensing auto door unlock (kunci pintu akan terbuka apabila berlaku perlanggaran). Kia Cerato juga menerima pengiktirafan 5 bintang NHTSA dan Australian NCAP.

Apa yang membezakan antara varian 2.0-liter dengan 1.6-liter ialah bumbung suria, lampu projektor HID dengan fungsi self-levelling, spoiler belakang, panel meter supervision (untuk 1.6-liter cuma menggunakan dot matrix), lampu puddle dan kerusi kemasan kulit dengan fungsi penyejukan (untuk pemandu sahaja, untuk 1.6-liter cuma menggunakan kemasan fabrik).

Cerato didatangkan dalam 5 pilihan warna iaitu Clear White’, ‘Glittering Metal’, ‘Bright Silver’, ‘Temptation Red’ dan ‘Golden Beat’. Harga atas jalan untuk Kia Cerato varian 1.6 liter ialah RM99,888 manakala untuk varian 2.0 liter pula ialah RM118,888.  Jaminan 5 tahun tanpa had perjalanan turut  turut diberikan dan Naza Kia Malaysia mensasarkan jualan sebanyak 600 unit sebulan untuk  Cerato yang setakat ini menerima tempahan yang sangat memberangsangkan.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

9 Comments


  • harga x masuk akal dan melampau utk keta kia. byk lagi pilihan keta lain. sedih la ini macam harga keta, kata nak turunkn harga keta.. diriku kecewa..


  • bagi aku, hak kia nak letak harga beraper pon. pasal dier tak kena mengena ngan janji gomen to provide affordable car for rakyat mesia. tapi sesaper yang declare national car tuh mesti align ngan condition rakyat sendiri. sama cam kes rumah…kalo pemaju tempatan semua nak buat rumah kos mewah…rakyat mesia tak leh beli peduli aper…gaji kecik bukan masalah pemaju…salah rakyat gaji kecik..salah 75% of rakyat kerana memilih untuk berpendapatan isi rumah kurang 5k.

    kia as korea, just turunkan harga untuk maximum sale to maximize investment profit.Tapi naza as third national car,,apakah align ngan kehendak negara….


  • baru dok berkira2….hurmmm harga oh hargaaa…tp city n dugong pn 90k…berbaloi2 cerato lg dgn city n dugong tu….tp den tk mampu 1.6 pn dkt 100k….tunggu tgk rege preve pendek la plak….


  • Pakej lengkap ooooii….5thn jaminan kilometer tanpa had….selesa dan besar…spec mengatasi accord dan cambry lg…enjin pun power….berbaloi ……

Leave a Reply