Proton New Energy Technology (PRO-NET), telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama AMTEL Cellular Sdn Bhd bagi mengurus pengangkutan, pemisahan komponen dan pelupusan bateri kenderaan elektrik (EV) dengan cara yang betul dan selamat.
Melalui perjanjian ini, PRO-NET akan memanfaatkan kepakaran AMTEL dalam memastikan bateri EV digunakan sepenuhnya sebelum dilupuskan.
Bahan bernilai dalam bateri akan dipulihkan untuk tujuan seperti pembinaan bateri baharu dan sistem penyimpanan tenaga, selaras dengan usaha mewujudkan ekonomi kitaran yang lestari.
Menurut unjuran Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), menjelang 2050, dianggarkan sebanyak 870,000 bateri EV perlu dikitar semula di Malaysia.
Justeru, usaha membina sistem dan rangka kerja yang komprehensif menjadi semakin mendesak, bagi mengelakkan risiko pencemaran alam sekitar dan memastikan keselamatan pengguna.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, PRO-NET komited sepenuhnya kepada kelestarian. Walaupun belum ada garis panduan rasmi kerajaan, mereka mengambil langkah awal bagi memastikan pelupusan bateri dilakukan dengan betul supaya tidak menjejaskan alam sekitar.
Sebagai rakan strategik, AMTEL Cellular bukan sahaja menyediakan perkhidmatan pelupusan dan pengurusan bateri, malah turut melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk meneroka potensi penggunaan semula sel bateri EV, terutamanya dalam bentuk sistem penyimpanan tenaga bersepadu.
Ketua Pegawai Eksekutif AMTEL Cellular Sdn Bhd, Lim Hun Teik berkata, kerjasama ini bukan sekadar tentang pelupusan, tetapi juga tentang membina ekosistem EV yang lengkap, daripada servis selepas jualan, pengurusan bateri hinggalah pelupusan yang mesra alam.
Pelupusan juga akan mengikut garis panduan ketat yang ditetapkan kerajaan melalui Sistem Maklumat Sisa Berjadual Elektronik (eSWIS) yang dikendalikan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Proton e.MAS 7 menggunakan bateri LFP Bilah Pendek dengan teknologi Sel-ke-Badan (CTB), di mana bateri menjadi sebahagian struktur badan kenderaan, sekali gus memberikan tahap ketahanan dan keselamatan lebih tinggi.
JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua
Bateri ini direka untuk menahan beban seberat 36 tan, melebihi 1.8 kali ganda daripada piawaian keselamatan industri semasa.
Tiada kebakaran, letupan atau kegagalan haba direkodkan, malah tiada kebocoran, kembung atau kerosakan walaupun diuji dalam ujian ekstrem “6 Devil” yang melibatkan api, banjir, ais, geseran dan pelanggaran.
Dengan lebih sejuta unit dijual di seluruh dunia tanpa satu pun kes kebakaran semasa dilaporkan, teknologi bateri Aegis ini nyata memberikan keyakinan kepada pemilik EV masa kini.
Rebat tukar beli RM5,000 untuk Proton e.MAS 7 baharu
Bagi menggalakkan peralihan kepada mobiliti hijau, PRO-NET turut menawarkan program tukar beli istimewa dengan rebat tambahan RM5,000 untuk mereka yang menukar kereta lama kepada Proton e.MAS 7 baharu, tanpa mengira jenama atau tahun pengeluaran.
Setiap kenderaan tukar beli akan melalui proses pemeriksaan standard untuk kelulusan. Model e.MAS 7 ditawarkan dalam dua pilihan varian:
- Prime – RM105,800
- Premium – RM119,800
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
KOMEN TERKINI