PRO-NET melancarkan siri Jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara menerusi kempen “Electrify Your Life” yang bermula di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.
Acara yang berlangsung dari 22 hingga 25 Mei ini memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat sendiri dengan lebih dekat kenderaan elektrik nasional pertama Malaysia, Proton e.MAS 7.
Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung, antaranya sesi pandu uji, perkongsian santai bersama KOL automotif, hadiah-hadiah menarik hinggalah ke zon pameran yang interaktif.
Menurut Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET, Salawati Mohd Yusoff, inisiatif ini bukan sekadar pameran kereta, tetapi satu transformasi.
Ia menunjukkan bagaimana e.MAS 7 boleh disesuaikan dengan rutin harian anda dengan menghantar anak ke sekolah, percutian hujung minggu, hinggalah gaya peribadi sendiri.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!
Kempen ini direka dengan pendekatan gaya hidup, lengkap dengan zon interaktif seperti:
- “Electrify Your Life Lifestyle” – pameran gaya hidup moden bersama EV.
- “Electrify Your Fun” – trek mini kereta kawalan jauh dan aktiviti keluarga.
- “Electrify Your Drive” – info tentang pengecasan dan penjimatan EV.
- “Electrify Your Adventure” – keupayaan jarak jauh dan aktiviti glamping.
- “Electrify Your Style” – zon bergambar bergambar dan berswafoto dengan hiasan futuristik.
Acara turut diserikan dengan sesi perkongsian oleh KOL automotif seperti CEO SoyaCincau, Amin Ashaari, yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Mei, jam 1:00 petang dan 6:00 petang.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, menegaskan komitmen Proton untuk membawa perubahan lestari ke seluruh pelosok negara.
JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua
Ujar beliau, pihaknya mahu teknologi EV dapat diakses oleh semua, bukan hanya di bandar besar. Proton e.MAS hadir untuk memberi inspirasi kepada perubahan dan memacu masa depan yang bersih serta lestari.
Selepas pelancaran di TRX, jelajah Proton e.MAS akan diteruskan perjalanan ke beberapa kawasan utama di seluruh negara:
- Pulau Pinang (Gurney Paragon): 13–15 Jun
- Melaka (AEON Mall Bandaraya): 27–29 Jun
- Johor Bahru (Paradigm Mall): 3–6 Julai
- Shah Alam (Central i-City): 21–24 Ogos (Penutup)
PRO-NET turut melancarkan Peraduan Electrify Your Life yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Anda hanya perlu hadir ke lokasi jerayawara atau bilik pameran Proton e.MAS, ikuti aktiviti digital, sesi pandu uji atau kongsi pengalaman di media sosial.
Peraduan berlangsung dari Mei hingga Julai 2025, dengan hadiah bulanan dan Proton e.MAS 5 sebagai hadiah utama yang akan diumumkan pada 24 Ogos 2025 di Shah Alam.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
KOMEN TERKINI