Pasukan Rali Proton akan meneruskan cabaran mereka dalam FIA Super 2000 World Rally Championship (SWRC) dengan hasrat untuk memastikan kejayaan mutlak di Rali New Zealand hujung minggu ini. Dengan hanya satu kemenangan selepas dua pusingan SWRC, gandingan PG Andersson dan Alister McRae bersedia untuk mengekalkan prestasi terbaik mereka dan memastikan kejayaan pasukan Proton kali ini.
Andersson, yang memandu jentera Satria Neo S2000 mencapai kemenangan sulungnya di Rali Sweden, kini berada dikedudukan keempat dalam kategori SWRC selepas dua pusingan dengan 25 mata, manakala McRae pula berada dikedudukan ke-8. Rali New Zealand akan terdiri daripada 22 peringkat khas dengan jarak yang kompetitif 413.94km.
beside s2000 now they are allowing s1.6T (1.6 turbo),,so
nak try cfe ker????
excitement berita2 proton dah tak macam dulu lagi dah
yep.
saya mmg terasa bila dssz keluar. Itu belum orang lain lagi.