ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton bakal guna platform, enjin & transmisi Nissan untuk model akan datang

Views

Setelah membaca Berita Harian pagi tadi, ada 1 artikel berkenaan Proton yang menggunakan platform, enjin & transmisi Nissan untuk model akan datang. Kajian daya maju akan sedang dimulakan & dijangka berakhir pada 30 April tahun ini. Ini merupakan hasil dari proses pembelian ekuiti pasukan Lotus Renault, yang membawa Proton ke arah perkongsian pintar & juga pembangunan model secara bersama dengan Renault dan anak syarikatnya Nissan. Selain itu Proton juga mendapat akses pasaran untuk memasarkan produknya pada masa depan dipasaran yang telah diterokai oleh Genii Capital.

Kemungkinan ini ada kaitan dengan projek kereta kecil global Proton, EMAS yang bakal menggunakan platform, enjin & transmisi Nissan March/Micra generasi terkini dimana rekaannya dibuat oleh Italdesign & Proton. Selain itu ura-ura Nissan Fuga bakal menggantikan Proton Perdana sebagai kereta rasmi menteri & pegawai kerajaan, dengan sedikit perubahan bakal dilakukan dibahagian luaran serta dalaman.

Mengenai isu kerugian suku ke-3 Proton, Pengarah Urusannya berkata Proton bukannya tidak mencatat keuntungan, tetapi keuntungan tersebut terpaksa digunakan untuk penjenamaan semula Lotus, kos R&D untuk produk masa hadapan selain kos pemasaran & penjenamaan yang meningkat. Kerugian ini bakal ditampung dengan jualan yang baik untuk model Saga FL & penghantaran model Inspira bermula. Dalam bahasa mudahnya Proton terpaksa guna “cash flow” yang ada untuk “investment” yang akan mendapat keuntungan di masa depan. Ini adalah normal bagi sesebuah entiti perniagaan. Kalau tak invest macam ne nak meningkatkan kualiti produk & membangunkan teknologi serta model baru kan..

* Bagi mereka yang tak berapa faham atau sengaja buat tak faham pasal perkara ini, tak perlulah jadi ahli perniagaan, baik makan gaji je..hehehe… 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

33 Comments

Leave a Reply