ARKIB

KATEGORI

Buletin

PROTON catat kerugian sebelum cukai RM84j

Views

PROTON Holdings Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM84 juta dalam suku ketiga berakhir 31 Disember 2011 berikutan penurunan dalam jualan akhir tahun. Pengeluar kereta nasional itu dalam kenyataannya semalam berkata jumlah jualan keseluruhan lebih rendah berbanding suku sebelumnya itu berikutan kelembapan yang sudah dijangka dalam arah aliran pembelian kerana pelanggan biasanya menunggu selepas tahun baru untuk membeli kenderaan bagi mendapatkan nilai jualan semula lebih baik. Ia berkata, permintaan pengguna sepanjang tempoh itu juga adalah tidak menggalakkan, sekali gus terus menjejaskan margin keuntungan.

“Berikutan jumlah jualan lebih rendah itu, kumpulan perlu melaraskan pengeluaran untuk menguruskan kos dengan lebih baik,” katanya.  Prestasi PROTON dalam pasaran domestik juga dijejaskan oleh penurunan 0.9 peratus jualan kereta penumpang tahun lalu berbanding 2010. Mengikut persatuan Automotif Malaysia (MAA), jumlah keseluruhan industri bagi tempoh Oktober hingga Disember 2011 susut kepada 149,879 unit daripada 153,041 unit suku sebelumnya.

Sepanjang suku dikaji, PROTON Holdings meraih pendapatan RM1.43 bilion berbanding RM1.83 bilion dalam tempoh sama tahun kewangan lalu. Pendapatan yang diraih bagi sembilan bulan tahun kewangan semasa juga susut kepada RM5.92 bilion daripada RM6.36 bilion. PROTON Holdings mencatatkan kerugian sebelum cukai terkumpul RM36.5 juta bagi sembilan bulan berbanding keuntungan sebelum cukai RM134.3 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama sebelumnya.

“Keuntungan lebih rendah itu kebanyakannya disumbangkan pendapatan lebih rendah dicatatkan dalam jualan domestik. Bagaimanapun, kesan tidak menggalakkan daripada pendapatan lebih rendah diserap oleh penurunan overhed pengeluaran serta perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah dalam tempoh sama.

“Selain itu, keputusan kewangan dijejaskan oleh jualan kereta Lotus lebih rendah di Eropah sepanjang suku lalu,” kata Pengerusi Kumpulannya, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh dalam kenyataan itu.  Berikutan prestasi muram dalam industri, PROTON menjangkakan tempoh akan datang yang mencabar dengan jumlah jualan yang terus rendah.

sumber : www.bharian.com.my

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

55 Comments


  • rugi nh buka pasal sales semata2 jugak. Rnd/promosi p321a jugak pakai duit banyak gak. Tunggu p321a jual dulu.. Baru tengok mcm mana sales p1.


      • saya pun perancangan dlm 2 3 tahun akan datang . kalau ekonomi saya dah stabil, dah waja yg seminggu baru beli nh habis bayar, nak angkat sesuatu yg lain selain sedan. Dlm cadangan, mpv, and SUV.


  • Sy penah brada dlm syarikat.. Kesilpan yg saya nampak.. Bahagian markering lemah.. Marketing devision adalah tunggak pd sales..

    Pengurusan gagal.. Carta organisasi tak lagi berbentuk piramid.. Da hampir empat segi.. Org kt atas da sama byk mcm org kt bwh.. Pgurusan atas smua muka2 org lama.. X de satu pon org muda yg lbih bfikiran kreatif n agresif..

    *Bila bercakap mengenai jualan untung rugi, ia lebih menuding ke Edar.. Bukan proton manufacture.. Proton dah bjaya buat kereta yg terbaik.. t


    • Bab marketing mmg sy setuju..kdng2 skt hati gak bl fkrkan marketing proton…promosi kete2 baru blh kata ala kadar je..hrp2 promosi P3-21A x mcm 2…


    • tgk je la dah masuk bulan mac ni….
      jgn katakan promo p321a kat media cetak/elektronik….
      dia punya bayang2 teaser promo pun haram x timbul2 lg….alahai~

      tido ke apa marketing dept ni??….
      you,what have you done.jpg


    • nasib baik u left. Proton Edar is rubbish. its the major downfall of Proton. they r not doing their job well and love to point fingers to Proton.

      But outside orang tak kisah..Proton ke Proton Edar…asal kereta cantik dan berquality. PE should be sacked.


    • hahaahaaa…teringat aku masa pegi pasar kat shah alam dulu…aku ada tegur sorang salesman proton kat sana…aku tanya dia…apasal tak letak saga baru n exora bold….dia jawab…alah bang spec sama jer….hahahaahhaa….padahal sebelah dia hyundai…myvee lagi best….toyola…..saper nak tengok blm lama n exora lama tu……aiishhhhh…..


  • Takpe rugi di tangan DRB-HICOM sekarang. Takut LOTUS oun diorang jual. LOTUS ni dah kes macam MV-Augusta dulu. LOTUS ni diumpamakan seperti satu je bahagian kapal besar (PROTON) yang bocor, tapi lama-lama air masuk sikit-sikit last-last dengan kapal besar semua karam. Tak boleh tengok bab pride of nation aje sebab dalam business kepentingan utama adalah kelangsungan keuntungan bagi menjamin pekerjaan dan ekosistem rantaian vendor. Kalau Proton sahaja ada 2000 orang pekerja, maknanya lebih kurang 10000 mulut nak disuap (1 ketua keluarga dengan 4 orang anak dan seorang isteri). kalau Proton lingkup, ramai yang takde kerja nanti. Bank pun boleh collapse orang tak bayar loan rumah, loan kereta, personal loan. Ekonomi negara pun boleh lingkup lepas tu.


  • tahun ni makin rugi kot.. sebab loan sekarang bukan senang nak lulus..

    bank tengok SLIP GAJI BERSIH… kalau dalam slip potong itu ini.. tinggal seciput je nak bayar, maka tak lepas le..

    out topic: Kalau korang perasan semua LOGO manufacturer berbentuk bulat atau seringkas yang mungkin..
    kalau dapat kekalkan bulatan dan kepala rimau tu pun dah nampak exclusive..


    • erk…kenapa proton perlu tukar bentuk logonya yang ada sekarang? rasanya dah molek tu. Lagipun dulu proton dah pernah tukar logo. ada isu ke??


      • Panglima Hitam. Mana ada semua logo pembuat kereta berbentuk bulat. U butakah? Ferrari, Lambo, Bugatti, Toyota,Ford dan Lexus (bujur)…..banyak lagi…..

        Alfa Romeo…. ringkas tak dia punya logo, Lambo ringkas tak?


  • Pada pandangan, mungkin lebih baik proton hentikan tajaan utk Lotus F1. Byk sykt yg lebih kaya dan mempunyai teknologi lebih hebat dari Proton pun dh tarik diri. Duit tajaan tersebut lebih baik diguna utk hasilkan kereta lebih byk penumpang yg berkualiti utk kebaikan rakyat Malaysia.


    • betul…lotus f1 perlu diteruskan lg…bukannye menag…kerugian brtambah sbb itu la…prton perlu tukar orang atasan…bg yg muda naik..diorag lg byak idea2 baru…proton perlu kuatkan penjualan saga..produce saga baru yg lgi cantik utk prigkat global mcm p3 21A…pasti ramai rakyat Malaysia beli..mesti ligkup myvi laa..


      • Saga tu mmg best, tp Proton xde hatchback yg cute2 utk demografi driver2 wanita, harap kemunculan EMAS nanti dapat narrow the gap. Kuasa membeli kaum hawa ni makin besar, xleh pandang ringan, kalau tanya majoriti wanita yg berkejaya depa suka kreta2 comel hatchback, pasaltu Myvi Viva laku. Kat ofis aku ni je satu contoh, staff2 pompuan makin ramai masuk dan majoriti kreta depa hatchback, segelintir je sedan. Satria tu dah lebih pada performance dgn design yg lebih diminati lelaki, pompuan x suka sgt…


      • on the way kot, proton emas / gsc / p3 22a akan isi segmen tu, emas/gsc mcm myvi, p3 22a bentuk hatchback

        aku minat sedan/mpv, huhu


    • lotus nak perkenalkan kereta sport mereka dalam beberapa thn lagi, so brand awareness kena diwujudkan dari sekarang. kalau Lotus berjaya kalahkan Ferrari dalam F1, boleh la laku kereta2 Lotus tu nanti
      ni sebahagian dari perancangan Lotus, so Proton kena bantu. kalau Proton takmo bantu, Proton kena lepaskan Lotus.
      nak bantu atau nak lepaskan Lotus?…


    • kenapa u semua ni cakap je proton buat kereta utk rakyat Malaysia…..Proton buat kereta untuk dunia ok…..asyik aje jaguh kampung buat ape….


  • f1 mahal sgt. baik lotus sponsor man city, bagi evora sebijik sorang kat players. buat macam audi. lepas tu sponsor nba top team, bagi evora sebijik sorang (tapi aku rase diorang tak muat masuk evora), sponsor top team kat j league, bagi sebijik sorang.

    lepas tu, sponsor semua video clip hip hop hollywood, suruh tayang kete lotus sambil tabur-tabur duit, sponsor fast n furious versi sport car, buat laa konon2 evora underdog, sekali kalahkan masserati n ferrari.. aku rase semua cost ni lagi murah dari f1


  • sesiapa yang menpunyai kereta yang ada CPS? waja, satria neo, gen 2 or exora?

    kereta saya satria neo cps, buku kata service 10,000km interval, tapi Proton EDAR kata…noo..5,000km dengan semi synthetic. Fully synthetic tidak boleh digunakan. even minyak pun u cannot bring your own..if u do warranty void..untuk kereta 2.0 and above only. inila yang diberitahu oleh PROTON ICARE.
    sampai dia boleh kata proton edar service kereta and all so they know the best. manufacturer PROTON tak tahu.

    so i ask dia, siapa yang buat R&D, distrubutor or manufacturer? siapa buat testing engine? dia tak boleh jawab.
    memang hamprak betul proton edar. patut kena pecat oleh DRB. give them a lesson. Ini memang cara mereka nak buat extra income.

    I call straight proton holdings, sampai dia pun tak dapat jawab. give me another number but that person always unavailable.

    And then u wonder which this kind of people and no syncing between PE and Proton..macam mana nak maju???

    abang Mat, where r u bro? u always have an explanation.

    Kalau nak kata pasal weather kita yang humid needs 5000km service a bit unbelievable, sebab kan kereta di R&D di malaysia…so kenapa tak boleh follow in the manual book?


    • sorry lambat reply. Erm,kat prtn nih,byk sgt broken link, aku tau coz penah duk semeja ngan depa, tp aku dh bg nasihat kat depa,hrp2lah depa dgr.

      Psl teknikal, klu tepon icare, xguna sgt. Diorg xtau aper2 sgt coz just operator, ccume sesuai utk buat aduan ajek. Teknical help, better icare emergency. servis tuh, mmg dh diinform, xkisahler mana2 asalkan based campro, klu semi 5k jek, klu fully bleh lajak 10k. Xvoid warranty asalkan gune minyak sama rating ngan recommended. Tp klu sa@tmpt servis yg baik, depa tulis minyak petronas walupun kite bwk minyak brand lain, tp asalkan dlm rating, bkn myk direct selling. Nanti sng nk claim warranty, manerler taukan, kdg2,ada gak yg nakal xnak bg warranty,mcm2lah alasannya.

      Aku pkai minyak fullt,tp rega sama n dkt sama ngan semi. Jimat, not the best mcm petronas,shell, castrol, mobil 1 n etc, tp atleast value for moneylah. Member2 aku yg pkai campro based termasuk exora pun, ikut style aku, pkai minyak sama,jimat boh. Ok jek walu dh nk masuk 3 thn exora tuh.

      Aku pkai penzoil platinum@bardhal 5w30 coz ikut buku, recomended 10w 30. Dulu pkai 5w40 coz dulu bleh kata tiap2 minggu naik genting ngan wife masa masih xda anak. Skang nih, jrg2 coz dh nk masuk 3, termasuk bz kit keje skang.

      Mgkin kena g sc lain kot. Sc biasa aku g ok jek, tp kat kuantanlah, tp servis mmg tip top. Tp ada yg kat k.l masa ku keje sana dulu, ngarut jek,xpuas ati. Tp dh blk tanah tumpah ni, alhamdullilah,sc sini bgs, dh siap jd cam family lg. Siap bleh pinjam moto g breakfast, he..he..klu sume sc mcm nih, mmg best. Tp…xsume indah cam nih. Ada gak yg haprak.

      Cume kdg2 berbulu ngan bdk2 freshie coz buat keje lebih krg jek, pemalas. Mcm ada aku suh adjust lock pintu blkg, bdk freshie tuh, tgk2,pegang2 lebih kurang, ckp kena tukar klu nak adjust. Aku xpuasati, tp coz menda tuh bleh guna lg, aku biokan. Sampai servis skali lg,aku request mintak yg senior buat, siap dia ckp, menda elok, masih bleh adjust,xyah tkr, bazir jek. Dia bukak, adjust2, perfect :-).

      Inilah sikap yg sepatutnya, bkn mcm yg muda, malas nak adjust,suh tukar seketul. Ingat duit mcm air ke walupun menda tuh xmahal mane. Itulah masalah org kite.


      • terima abang mat! yeah itula…u gave a good explanation.
        banyak sangat broken link. padahal ini service center platinum mutiara damansara.
        memang melucukan.

        n yeahla…kalau service 10000km u safe alot! bukannya duitnya sedikit..lagi pun harga minyak pun tinggi. we want to save…so boleh beli rumah ke…ataupun safe untuk khawin ke…

        unwanted cost is bad for everybody.
        sekarang product getting better n better.
        but attitude have to change to. commited to better bukan sekarang for show only.


    • aku selalu servis kat 1 SC ni. dia tulis interval servis setiap 3000 km…lg dasyat. kena serbis enjin cps interval 3k dgn minyak semi sintetik ke??


    • Saya pakai Exora MC..selalunya kalau pakai Synthium 800 (semi synthetic), SC suruh service after 5000km..kalau pakai Synthium 1000, service setiap 1000km..ade SC yang tak kasi kita bawak minyak sendiri alasan sama..void warranty,,tp ada je SC yang kasi bawak sendiri..sebab biasanya kalau beli engine oil kat Petronas kan dapat pinggan mangkuk la..bluetooth headset la..kalau beli kat SC mana dapat kan..so sekarang saya service kat SC yang bagi saya bawak engine oil sendiri tu..service diorang pun ok.. 😉


  • Korang boleh tak bukak chapua tu, cuba kira

    9 bulan (3Qtr) = RM 5 billion sales, EBITDA – RM 0.36 billion = -6%.

    Korang ambik RM 5 billion bagi 9 bulan= RM 0.5 million sebulan. Kalau sales drop 30% pun dah jatuh ke RM 0.4 million je sebulan. Tapi boleh tak cover 6% tu? Kalau EBIT = 0 tak payah bayar cukai kan?

    Pandai!

    Pastu kita tau ramai nak tunggu model baru tu keluar, tak nak beli sekarang.


  • Jualan rendah ke? kt tmpat saya, jualan agak tinggi sampai customer punye kereta kne tggu berbulan..rmai salesman yg ade booking undertaking, kononnya permintaan terlalu tinggi smpai production x bleh nak cope. ni kate org yg jaga PDI sijangkang la. tup2 kuar report proton rugi… sape punye keje sampai jadi mcm ni?


    • jualan memang banyak kot, tapi operating cost pun tinggi. kalau Proton Malaysia aje, aku yakin diorang sbnrnya untung. tapi kalau Proton Group, itu termasuk Lotus, R&D kat Lotus tu makan juta-juta sebulan..


      • ye betul.. tp saya punya komen based on statement, “Keuntungan lebih rendah itu kebanyakannya disumbangkan pendapatan lebih rendah dicatatkan dalam jualan domestik”


  • ni mentality pekerja-pekerja kat SC yg aku tgk la terutama yg muda….malas…bodoh sombong….buat kerje cincai…habis la lingkup kau proton kalau mcm nie mentality …lagi 1 proton edar…same jugak…salesman tunggu costomer je, teknikal pasal kete zero…malas nak amik tau…pastu urus dokumen slow..tahap siput…patut tukar maketing proton nie…edar tu hampas…


    • saudara joobobo…x baik anggap org bodoh..saudara pandai sgt ke????
      berape kontena kertas sijil,diploma,degree,master,PHD saudara ade????
      bidang ape???physics,mathematics,chemistry,engineering?????


  • No surprise at all. As long as DrM still around in tht company this thing will happen for long time. It will never end. First is MAS, now is Proton, who is next..Petronas….TNB…

    Pretty funny …dont u ppl think…

    Malaysia BOLEHHHHH….lol


  • sy x rase proton kurang marketing..kebanyakan org kite hanye pandang sebelah mate pd proton sbb mereka x minat langsung pasal teknology..mereka x peka pada negara..bukan citer exora bold x masuk berita,papar,radio,tv,youtube tp mereka tau hanyalah hiburan. hiburan.dan hiburan dan terus huburan dan lagi hiburan…pasti org akn tau pasal lisa n yusri kaween,pemenang raja lawak musim ke-4,pemenang juara lagu..kalo org malaysia menang anugerah nobel pom pasti ramai yg x tau..kenape???mari kite same2 pikir dan cr penyelesaian…wasalaam


    • offtopic>>

      kalu org melayu ske hiburan, patutnye proton masukkanlah kereta diorg dlm hiburan tu. baru org tau.

      aku amik cth drama korea k-drama kt astro 393 OneHD tu:
      hyundai veloster – city hunter
      mercedes – salaryman cho han ji
      kia optima – while you are sleeping
      bmw – secret garden

      ni sume marketing.

      samsung galaxy note – yes captain.

      nmpk x marketing diorg?

      tu xmasuk j-dorama..
      time commercial break ade je nissan, toyota oshosimas..

      bukak mata sket.


      • Nak tambah gak

        wild romance – the new hyundai genesis coupe
        The scent of women – spirra ( logo mcm proton) dan new ford explorer
        hot blood – peugeot
        last Running man – all new kind of kia and hyundai.


      • nk tmbah gak;;

        dream high 2 – jaguar ngan land rover
        me too flower – kia optima k5
        boys over flowers – lotus ngan mv agusta
        I.R.I.S – kia sorento, cadenza


    • wohoo,ramai ye kt sini layan kdrama kpop dan segala mcm k….
      aku last layan pun cam winter sonata dgn drama korea ada tyg kt tv2 dulu…
      klu skrg ni tgk 2days 1night tu….drama dah kureng sikit…
      bg aku music korea plk agak overrated

      but aku setuju proton ptt buat kajian utk mcm mna nak ‘memasukkan’ jenama proton dlm bidang hiburan ni…slh satu cara marketing jugakan?


    • cam filem 7 perhentian masuk keta korea , iirc optima dgn elantra (lama)
      mmg byk kali kuar keta tu sbb dlm filem tu setiap kali masuk keta, kuar keta. kat highway mmg keta tu la pakai sampai habis filem


  • haha. Happy the star bila dengar proton failed Somehow they just loved this. Weird when they just totally gloss over the other GLC totally significant lost.


  • Ramai yang tak suka dengan Tony Fernandez tapi beliau ada brand imej, kalaulah Proton dapat kerjasama dengan beliau saya kira banyak manfaat proton boleh dapat, Mungkin DRB boleh swap share Proton dengan TF untuk buka ruang marketing yang lebih baik….??

    Entahlah ramai yang minat Proton tapi tak beli atau kuasa membeli terhad yang ada buying power tak beli Proton itulah hakikatnya…

    Semalam dapat tgk P321A live dekat C,O,E , ok lah cuma belakang buruk sikit (personel), Ada 2 unit Premium dan Exec ,color Blue lagoon cantik….

    Lauching katanya tunggu Perdana Menteri sekarang mungkin beliau terlalu busy……..


    • dulu Tony nak gunakan nama Lotus semua marah… hahaha

      kan kalau tony terus guna, tu promosi percuma kepada Proton dan Lotus..

      PROMOSI beb PROMOSI!!

      sampai sekrang tgk dah kat mana Air Asia…
      dari sebuah syarikat kecik, nak muflis dahh.. last2 BOOOMMMMM… catat keuntungan berganda tiap tahun…

      Cuba Proton buat kereta

      “NOW EVERYONE CAN OWN A CAR”…. the cheapest one.. most cheapest…

      rebadge tata nano ke..haha.. tapi body dan chassis kena TEGAP!!!


      • that shows a good management is vital. very important.
        bukan duk main kira duit annual report dan mengeluh, oh..kereta korea murah la… orang malaysia taknak local brand. alasan…


      • Mungkin saudara kurang baca suratkhabar atau tengok berita.

        Air Asia beli MAS dari Khazanah. Sekarang tengok MAS rugi berapa? Dah cancel berapa banyak laluan. Kapalterbang yg disewakan nak kena perbaiki sebelum hantar balik. Spare part lama pupus.

        Lepas tu LCCT2 tu besor mahal tak ingat. Siapa nanti kena cas utk Low Cost Terminal yg tak Low Cost? Its a sunset business bro. Ironic nya pasal low cost carrier menyebabkan premium carrier jatuh. Creative Destruction. Mungkin banyak kes one off ler tapi, pening gak nak settle. Org Sarawak masuk, setlle, keluar, rugi balik.

        Lotus tak perlu lagi PROMOSI. Dia dah ada brand org kenal. Dia patut keluarkan kereta baru tu. Cumanya dia takkan lebih murah lah. Dah kalau engin 3 liter nak murah cammana? Dengar cerita berat makin bertambah. Dia nak masuk kategori kereta glamer. Maknanya kalau promosi pun tak mampu dibeli org kita.

Leave a Reply