Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), hari ini mengumumkan penambahbaikan terkini bagi model sulungnya, iaitu Proton e.MAS 7.
Paling mencuri tumpuan ialah pengenalan warna luaran baharu, Obsidian Black, yang memberikan imej lebih premium dan sofistikated di atas jalan raya.
Menambah lagi eksklusiviti, varian Premium, Quartz Rose dan Turquoise Green kini tersedia dengan pilihan rona kabin Alabaster White.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!
Terhad kepada hanya 250 unit setiap warna, ia bakal membawakan sentuhan peribadi yang lebih mewah kepada pelanggan.
Kemas kini Flyme Auto OS pula menawarkan sistem inforia yang lebih lancar dan menyokong lebih banyak aplikasi pihak ketiga seperti Zoom for Cars, izi.TRAVEL dan Vivaldi Browser.
Ciri paling dinanti, iaitu Apple CarPlay (berwayar dan nirwayar) akhirnya diperkenalkan secara rasmi, manakala Android Auto akan menyusul pada hujung tahun ini.
Pengguna juga boleh mengekalkan tetapan terakhir sistem semasa memulakan kenderaan, satu peningkatan ketara dari segi kemudahan.
JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua
Lebih menarik, sistem bunyi amaran pergerakan perlahan untuk pejalan kaki kini mempunyai tiga pilihan: Galactic Note, Space Walk dan Classical, yang boleh dipilih mengikut selera dan akan kekal tersimpan setiap kali memandu.
Sebagai sebahagian daripada strategi menjadikan pemilikan EV lebih mudah dan bijak, PRO-NET turut memperkenalkan pakej eksklusif Power Pack+, yang merangkumi:
- Power Home – Pengecas rumah 7kW percuma (RM1,500)
- Power Plus – Fungsi V2L percuma (RM500)
- Power Online – Data internet tanpa had selama 5 tahun (RM1,800)
- Power Thru – Waranti kenderaan 6 tahun tanpa had perbatuan dan waranti bateri 8 tahun/160,000 km
- Power Exchange – Rebat tukar beli bernilai RM5,000
(Tertakluk kepada pemeriksaan yang diluluskan pihak berkuasa)
Bukan itu sahaja, semua varian baharu kini didatangkan secara standard dengan penutup ruang barangan (tonneau cover), yang juga akan diberikan secara percuma kepada semua pemilik sedia ada.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
KOMEN TERKINI