Proton mengumumkan kerjasama strategik bersama Continental Malaysia, dalam usaha memperkenalkan perkhidmatan tayar bersepadu di pusat servis bertauliah terpilih di seluruh negara.
Kerjasama ini membolehkan pusat servis Proton bertindak sebagai pusat sehenti untuk jualan tayar, pemasangan profesional dan khidmat selepas jualan, khusus untuk pemilik semua model Proton.
Menjelang Disember 2025, sekurang-kurangnya 60 cawangan dijangka menawarkan perkhidmatan ini, memudahkan pelanggan mendapatkan penjagaan tayar dan servis berkala dalam satu lawatan sahaja.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!
Antara kelebihan utama inisiatif strategik ini:
- Harga tayar bermula dari RM211 seunit (untuk Proton Saga)
- Tayar adalah stok terkini bagi memastikan tahap prestasi dan keselamatan terbaik
- Pemasangan oleh juruteknik Proton yang bertauliah, menjamin mutu perkhidmatan konsisten dan boleh dipercayai
- Pelanggan kini boleh membeli dan memasang tayar semasa servis berkala, tanpa perlu ke pusat luar.
Kerjasama ini turut memperkenalkan program Total Confidence Plan (TCP) oleh Continental Malaysia yang menawarkan:
- Jaminan kerosakan jalan raya selama setahun
- Penggantian tayar satu dengan satu secara percuma bagi kerosakan yang tidak diduga
Untuk pelanggan yang mencari fleksibiliti kewangan, kemudahan pembiayaan melalui Direct Lending turut ditawarkan, membolehkan bayaran secara ansuran bulanan yang lebih mudah dan terancang.
JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua
Dengan rangkaian 173 pusat servis dan 73 pusat Badan & Cat (B&P) di seluruh negara, Proton komited untuk menjadi jenama yang mengutamakan servis selepas jualan yang berkualiti, dengan menawarkan:
- FS90 Fast Service – penyelenggaraan siap dalam masa 90 minit
- ProCare Smart Plan (PSP) – pakej penyelenggaraan dengan penjimatan menarik melalui pakej penyelenggaraan dan pembiayaan fleksibel
- Aplikasi MyProton – untuk penjadualan servis dan kemas kini status
- Manual Pemilik Digital – boleh diakses secara dalam talian
- Proton Insurance Programme (PIP) – perlindungan menyeluruh untuk kenderaan terlibat kemalangan
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, meskipun pihaknya banyak menumpukan kepada pencapaian jualan dan pelancaran model baharu, mereka turut memberi tumpuan besar terhadap pelaburan dalam aspek selepas jualan.
Tambah beliau, ini langkah seterusnya dalam menjadikan pusat servis Proton sebagai penyelesaian sehenti yang lengkap untuk semua pelanggan.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan tayar baharu Proton dan senarai pusat servis terlibat, layari laman sesawang rasmi Proton atau hubungi talian bantuan 24 jam Proton di 1-800-888-8398 untuk bantuan kecemasan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
KOMEN TERKINI