ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lancar Pertandingan Rekabentuk 2014 bertemakan #PROTONCITYCAR2020!

Views

bg_header

Akhirnya yang dinanti-nantikan telah tiba! Masa untuk bakat-bakat muda menyerlahkan kehebatan masing-masing dalam bidang rekabentuk automotif kini menjadi realiti. Proton hari ini melancarkan Pertandingan Rekabentuk 2014 bertemakan #PROTONCITYCAR2020! Pertandingan ini akan bermula pada 24 Jun sehingga 11 Ogos 2014.

Warganegara Malaysia berumur antara 13 hingga 25 tahun adalah layak untuk menyertai pertandingan ini yang bakal memberi pendedahan kepada belia Malaysia ke dunia rekaan kereta dan menyediakan platform untuk mereka menunukkan bakat masing-masing. Pelbagai hadiah yang menarik menanti pemenang antaranya ialah wang tunai, MacBook yang lengkap dengan perisian rekabentuk dan peluang untuk menjalani latihan di Pusat Rekaan Kreatif Proton R&D.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Abdul Harith Abdullah, pertandingan ini adalah salah satu cara syarikat untuk berhubung secara kreatif dengan generasi muda. Beliau menambah, “ Kami percaya ada ramai rakyat Malaysia yang berbakat, jadi kami memberi peluang kepada mereka untuk merekabentuk kereta. Industri automotif kini sentiasa berubah dan kami mencari rekaan yang kreatif dan inovatif untuk kereta konsep masa hadapan yang bertemakan #PROTONCITYCAR2020″.

Hanya warganegara Malaysia yang mempunyai kad pengenalan yang sah layak untuk menyertai pertandingan ini. Pertandingan akan dibahagikan kepada dua kategori: Kategori 1 untuk individu yang berumur antara 13-17 tahun dan Kategori 2, untuk individu yang berumur antara 18-25 tahun. Penyertaan berkumpulan adalah tidak dibenarkan.

Setiap peserta boleh menghantar lakaran@illustrasi digital rekaan luaran kereta bersaiz A3 termasuk pandangan hadapan 3/4, pandangan sisi dan pandangan perspektif belakang. Peserta untuk Kategori 2 juga perlu mereka bentuk bahagian dalam kereta tersebut. Untuk melayakkan penyertaan mereka, peserta perlu memberi penerangan mengenai rekaan mereka seperti tajuk rekaan, konsep rekaan dan sistem enjin yang dicadangkan (misalnya petrol, diesel, hibrid, elektrik, dan lain-lain) dalam format bersaiz A4.

Peserta boleh menghantar maksimum tiga (3) reka bentuk, sama ada melalui surat atau dalam talian di laman Facebook pertandingan ini citycar2020.proton.com. Borang penyertaan untuk pertandingan ini boleh didapati di laman web dan di bilik pameran PROTON terpilih seluruh negara.

MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN DI SINI :

* Setelah lama menanti, tercapai juga hasrat kita untuk melihat Proton mengadakan pertandingan ini. Syabas buat Proton! Kepada anda yang layak menyertai pertandingan ini, jangan tunggu lagi, serlahkan bakat anda, mana tahu suatu hari nanti anda bakal mereka bentuk kereta Proton pada masa depan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

20 Comments

Leave a Reply