Proton hari ini memeterai empat perjanjian usaha sama (JV) dan dua perjanjian teknikal bersama vendor tempatan dan pembekal global kepada Geely untuk terus memacu strategi penyetempatan komponen berteknologi tinggi.
Langkah ini dilihat sebagai pemangkin kepada peningkatan kapasiti industri automotif tempatan, khususnya dalam membangunkan sistem kritikal untuk kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) dan kenderaan elektrik (EV) akan datang.
Ia juga bukan sekadar memperkukuh keupayaan Proton, malah turut membuka peluang kepada vendor tempatan untuk naik taraf sebagai pembekal bertaraf OEM (pengeluar peralatan tulen), sekali gus meningkatkan daya saing Malaysia dalam industri automotif serantau dan global.
Antara perjanjian penting yang dimeterai termasuklah:
Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS):
Delloyd Technology Berhad bekerjasama dengan Imotion Automotive Technology (Suzhou) Co. Ltd, pembekal utama kepada Geely, ZEEKR dan Volvo. Kolaborasi ini akan mempercepatkan pembangunan sistem ADAS untuk model AMA01, dan memberi kelebihan kepada Malaysia dalam teknologi pemanduan pintar.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!
Sistem Brek
Kerjasama antara PEPS JV (M) Sdn Bhd dan Liuzhou Sanly Autoparts Co. Ltd bakal membangunkan penyelesaian sistem brek modular untuk model AMA01 (Saga MC3) dan X-Series. Ia bukan sahaja meningkatkan prestasi brek, malah mengoptimumkan kos dan kecekapan pengeluaran.
Vnd
Sistem Lampu Kenderaan
JHM Consolidation Berhad menandatangani perjanjian usaha sama dengan Jiangsu Dekai Auto Parts Co. Ltd, pakar dalam pencahayaan automotif. Usahasama ini akan memperkasa JHM daripada pengeluar alat ganti kepada OEM, sekali gus membuka potensi eksport dan peningkatan teknologi tempatan.
Sistem Pemanasan, Pengudaraan dan Pendingin Hawa (HVAC)
Trillion Speed (M) Sdn Bhd dan Shanghai Yinlun Heat Exchange Systems Co. Ltd akan bekerjasama dalam pemindahan teknologi HVAC, termasuk pembangunan sistem baharu untuk model Proton akan datang, serta mewujudkan peluang pekerjaan dalam industri tempatan.
JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua
Selain perjanjian usahasama, dua lagi perjanjian teknikal turut dimuktamadkan:
SHJ Interia Sdn Bhd dan Changchun Fawsn Automotive Trim Co. Ltd:
Kerjasama ini menumpukan kepada pembangunan komponen dalaman seperti pelapik bumbung dan penubuhan fasiliti R&D tempatan, dengan potensi pelaburan asing masuk melalui Changchun Fawsn.
Xenso Electronics Sdn Bhd dan Freetech Intelligent Systems Co. Ltd:
Bertujuan membangunkan sistem ADAS berketepatan tinggi, termasuk penderia sisi dan belakang untuk ciri pemantauan titik buta dan bantuan pertukaran lorong, selari dengan permintaan untuk ciri keselamatan termaju dalam kenderaan moden.
Menurut Ketua Pegawai Perolehan Proton, Wang Huaibing,
“Komponen berteknologi tinggi semakin penting dalam portfolio kenderaan syarikat. Penyetempatan pengeluaran komponen ini bukan sahaja mengurangkan kos, malah meningkatkan kemampuan R&D tempatan dan menyokong objektif negara untuk menjadi hab automotif serantau.”
Langkah ini sejajar dengan pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), di mana Proton dan pemegang sahamnya memainkan peranan penting dalam membina masa depan mobiliti Malaysia yang berasaskan inovasi, kerjasama dan teknologi canggih.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
KOMEN TERKINI