PROTON R3 Motorsports melakarkan kejayaan podium melangkaui tiga negara dalam minggu penuh bersejarah sukan permotorannya di mana memperlihatkan Proton Satria Neo bertanding di World Rally Championship (SWRC) Great Britain, Asia-Pacific Rally Championship (APRC) di Hokkaido, Jepun dan Malaysian Super Series (MSS) di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia.
Rali Great Britain (SWRC)
Pemandu muda, Tom Cave berjaya menduduki tempat kedua untuk Pasukan Rali Proton R3 Motorsports di pusingan Super 2000 World Rally Championship, Great Britain, dengan memandu kereta rali Proton Satria Neo S2000. Beliau memandu dengan cemerlang walaupun ini merupakan kali kedua beliau bersama dengan pasukan Proton. Minggu ini juga cukup mencabar bagi pendahulu Super World Rally Championship, PG Andersson selepas terpaksa menarik diri pada awal pusingan rali tersebut.
Sungguhpun begitu, beliau berjaya mencatatkan masa terbaik di beberapa pusingan selepas bermula semula dan memenangi dua pusingan untuk mencatat kedudukan ke-6. Dengan keputusan tersebut, PG Andersson menjarakkan kedudukannya sebagai pendahulu SWRC Championship dengan 8 mata. Hayden Paddon dari New Zealand berkongsi kedudukan tempat kedua bersama pemandu dari Ireland, Craig Breen. Perlumbaan kali ini dimenangi oleh pemandu Ford Fiesta S2000, Craig Breen dengan seorang lagi pemandu Ford, Yazeed Al-Rajhi menamatkan perlumbaan di tempat ke-3.
Rali Asia-Pacific Rally Championship (APRC) Hokkaido
Pasukan Rali Proton R3 CUSCO juga membuat penampilan di pusingan Asia-Pacific Rally Championship (APRC) Rali Hokkaido 2012 dan telah berjaya menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga dalam kategori 2WD. Lagenda Rali Malaysia dan juara keseluruhan tiga kali APRC, Karamjit Singh meneruskan dominasinya dalam kategori 2WD dengan muncul juara walaupun mengalami tayar pancit sehingga menyebabkannya kehilangan hampir seminit setengah. Bagaimanapun beliau mengerah kudrat jentera rali Proton Satria Neo 2W Group N sehingga berjaya merampas kedudukan teratas dan mengumpul mata maksimum untuk menjarakkan mata kejuarannya dalam kategori tersebut.
Rakan sepasukannya dari Jepun, Akira Bamba berjaya memenangi gelaran dua kali berturut-turut APRC Junior Championship selepas muncul juara dan juga merampas tempat kedua dalam kategori 2WD selepas pencabar terdekatnya Michael Young dari New Zealand terkeluar sejak dari pusingan yang pertama.
Pelumba dari Malaysia Kenneth Koh menamatkan minggu gemilang pasukan dengan menamatkan saingan kategori Junior di tempat ke-2 dan ke-3 dalam kategori 2WD. Secara keseluruhan, ini merupakan minggu yang menakjubkan bagi Proton walaupun dua jentera Proton Satria Neo S2000 yang dipandu Alister McRae dan Juha Salo terpaksa menarik diri.
Malaysia Super Series (MSS)
Sementara itu, di laman sendiri gandingan Syafiq Ali dan James Veerapen dari Pasukan Lumba Proton R3 berjaya merangkul kejuaraan Malaysian Super Series (MSS) di Litar Antarabangsa Sepang dengan jentera lumba Proton R3 Satria.
Pasukan itu bermula dengan baik dan mensasarkan kejuaraan ke-4 berturut-turut dalam kategori Class 2, Malaysian Touring Car. Dengan 12 pusingan yang mengambil masa sejam dan mendahului Class 2 MTC, James Veerapen telah dilanggar oleh pesaingnya pada selekoh 12 tetapi berjaya meneruskan saingan, kerana tindakan pantas marshal yang bertugas. Walaupun kehilangan begitu banyak masa disebabkan kemalangan tersebut, pasukan Proton melakukan kebangkitan untuk menamatkan saingan di tempat ke-4 dan mendahului saingan keseluruhan dengan 70 mata yang pastinya sukar untuk digugat.
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
terbaik dr proton…proton takde niat nk mencuba enjin CFE dlm race rally ni ka untuk menggantikn enjin 1.8 yg pakai sekarang ni..???
terbaik!
Assalamualaikum smua..bro campro, nk bg cdangan skit ni:)…smentara xde crita terbaru proton, pe kta cbe dpatkan pandgan pgguna2 preve yg tgah blambak tas jalan skrg ni..nk tau gak brita dr owner sendiri..msti hot blik blog ni..msti rmai pya komen..:)..just my ‘sekupang’ opinion.Wssalam
menarik cadangan bro iyan ni… sy pun sebelum ni ada terfikir gak, macam sebelum ni persona elegance punya ruangan, sampai sekarang masih aktif, tak silap dah lebih 500 komen, thanks bro dengan cadangan tu…
k Bro, rindu nk dgar crita pasai proton sbenarnya..hehehe
congrate, hopefully lot of useful info will be apply to incoming P322A . congrates
dengar cerita versi cfe dengan 6mt kena scrap, tinggal cfe dengan cvt je…
DRB takut ke???? ada daaa…. dulu DSZ dah buat Proton naik balik…. ayoyooo
tahniah
Ralli Queensland dengan jarak keseluruhan 863km mempunyai 19 pusingan. Laluan terpanjang ialah 33.25km manakala yang paling pendek cuma sejauh 2km. Proton cuma mendapat tempat kedua melalui Andersson di Rali Whangarei walaupun Andersson dan McRae menunjukkan aksi yang memberangsangkan dengan jentera Satria Neo S2000.