ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton patut anjurkan “Proton Design Challenge”

Views

Saya terpanggil untuk mengusulkan cadangan ini kepada Proton kerana berpendapat penganjuran “Proton Design Challenge” boleh membuka mata & menarik minat orang ramai dalam bidang rekabentuk automotif. Selain itu pertandingan ini dapat menyediakan bakat-bakat muda yang boleh digilap menjadi pereka tersohor pada masa akan datang. Ramai bakat muda diluar sana tidak dapat menunujukkan potensi diri mereka & sekadar menunjukkan idea di laman sosial atau blog persendirian. Ini amatlah mendukacitakan kerana Proton sepatutnya memberi ruang & platform kepada mereka untuk bersama-sama memberi idea kepada pembangunan kereta nasional. Jadi Proton tidak akan ketandusan bakat baru dalam bidang ini.

Peugeot adalah salah satu pengeluar kereta yang amat aktif melakukan aktiviti ini. Semalam di NST dalam sisipan CBT ada iklan mengenai Peugeot Design Competition. Ada beberapa kategori dipertandingkan bermula di peringkat sekolah menengah hingga ke pelajar IPT. Proton boleh mengikut jejak ini dengan membuka kategori bermula dari peringkat sekolah rendah, menengah, IPT & kategori terbuka (bagi persendirian yang berminat tak kira tempatan/antarabangsa). Setiap kategori ada kriteria masing-masing mengikut tahap mereka. Jadikan acara ini sebagai acara tahunan dengan tema yang berbeza. Donato Coco boleh dijemput sebagai ketua juri dalam pertandingan ini dengan dibantu oleh pereka Proton, wartawan automotif & mereka yang terlibat dalam sektor automotif. Selain itu undian secara online boleh dibuat dilaman web khas untuk pertandingan tersebut untuk memilih rekaan yang paling popular. Hadiah yang menarik boleh ditawarkan untuk menarik minat mereka untuk menyertainya.

Jadi kepada Proton, sila lah pertimbangkan cadangan ini untuk jadikannya sebagai realiti pada masa akan datang. Ada berani ke Proton? Jangan lah takut pereka-pereka yang ada tu “tergugat” kedudukan mereka jika ada rekaan yang dihantar nanti memang bertaraf dunia, ini adalah cabaran buat anda semua untu memajukan lagi industri automotif negara. 😉

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

9 Comments


  • Proton pernah anjurkan satu masa dulu (1993), terbuka kepada semua…saya sendiri pun participate (walaupun masih sekolah masa tu), obviously, xmenang apa2 lah, Proton was kind enough to invite me to the the prize ceremony, dpt jugak ah jumpa TDM masa tu..winner masa tu kalau xsilap, team drpd Proton sendiri, 2nd place team dr UTM…but still, its very good effor by Proton at that time, from the perspective of public relations and also for a new design ideas that can and could be implemented…hope that Proton would organize this again, perhaps on an annual basis..


    • Ic.. Tahniah bro, walaupn xmenang.
      Sy pun ada msk, tp xde pape panggilan hehe. Masa tu guna paint brush je, xtau menahu adobe etc.. (darjah 5 ms tu).
      Sy hntr design mpv.. Ms tu mmg minat mpv. Nk sgt proton kuarkn mpv.. Tp 15thn kemudian br kuar exora..


    • kena buat selalu, kalau boleh 1 tahun sekali..biar la ramai yang ambil bahagian, yang penting kakitangan Proton tak boleh ambil bahagian… nanti sama2 diorang je yang kawtim, jadi tak adil..


      • hard to be transparent when internal staff enter a public contest, so to be fair, let it remain open just to public, not to staff or top tier vendors, etc…

        betul tu, kene buat selalu..design ni creativity, lain org lain perspective, dari cara ni jer boleh dpt design2 baru yg refreshing..xde lar taste beberapa org nyer design jer..

        dulu2 computer pun xmampu lagi nk beli..semua manual drawing jer yer tak..submission masa tu buat 4door coupe (sbb minat sportcars, tapi still nk practicality)..hehe..


  • proton nk cut budget la tu… sbbkn…. nk buat stu2 model tu kn memerlukn mse yg lme…. duit yg byk.. so, drpd nk membazir.. lg bek copy n paste.. lg sng.. tu je la…


  • Setuju, kalau pemenang Peugeot dapat pergi Perancis, pemenang Design Proton di bawa ke UK..Kilang Lotus. Ataupun nak best ..kategorikan hadiah sebagai biasiswa dalam Automotive Design dekat Itali ke..US ke…
    Proton kena dekat dengan masayarakat barulah dapat sokongan.

Leave a Reply