ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton perlu sertai GENEVA 2012, SETUJU atau TIDAK?

Views

* Gambar sekadar hiasan

Saya sengaja nak tengok pendapat ramai mengenai topik ini. Pada pendapat saya inilah platform terbaik yang perlu Proton sertai untuk memperkenalkan & melancarkan P3-21A, model sulung globalnya kepada dunia. Selain itu Proton juga boleh memperkenalkan bakal model akan datangnya dalam bentuk kereta konsep, iaitu P2-30A, GSC (Global Small Car) & P3-22A (Hatchback 5 pintu) yang dijangka keluar tahun 2013. Ini semestinya bakal membuka mata dunia & menonjolkan jenama Proton secara global. Sebelum ini, Proton cuma memperkenalkan EMAS melalui ItalDesign di Geneva 2010. Dah sampai masanya Proton sendiri memperkenalkan dirinya kepada dunia, JANGAN MALU-MALU YE, hahaha… 🙂

* dengar-dengar cerita P3-21A akan dilancarkan pada pertengahan bulan Mac, Geneva 2012 pun bulan Mac, 8hb – 18hb Mac 2012. Elok sangat la buat launching serentak di Malaysia & Geneva. Buat “live video conference” dengan sana masa tu, kena pasang skrin besar kat booth Geneva & tempat launching kat KL. Sebelum launch biar la ada video “the making of our 1st global car”, tonjolkan semua tenaga kerja dibelakang tabir projek ni, biar diorang bangga & bersemangat lagi lepas ni, glamer tu… tak gitu, kena la keluar bajet lebih sikit, tapi berbaloi-baloi… 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

58 Comments


  • setuju sangat2 kalau Proton sempat bawa production-ready P3-21A untuk show kat Geneva, tapi kalau xde xpayah lah buang masa ke Geneva


  • Tak perlu pergi Geneva rasanya sebab belanaj sangat besar. Rasanya lagi senang kalau F1 tahun depan atau sepanjang WRC bawa la sekali mock-up P3-21A ni kira macam sneak peak setiap kali Lotus F1 dengan S2000 tu dengan krewnya. Jimat belanja, boleh promote 1 dunia terus.


  • m`esti la setuju , utk promosi …buat streaming live kat website proton dari geneva dan malaysia huhu..pelancaran kereta global..citer sikit apa falsafah global yang terdapat dlm kereta tu..yg lain2 biasa la mcm performance, safety features, fuel consumption dll benda yg biasa


  • Aku setuju. Memang sesuai sangat la kalau Proton kena mula jadi buah mulut di peringkat global. Jgn dah nk masuk market, baru nak dgr cerita. Pasaran UK maybe org dh ramai juga yg kenal, tapi utk pasaran2 Eropah yg lain, rasanya nama Proton masih lagi asing.

    Lagipun di UK sendiri Proton dah lama xde model2 kereta yg betul2 menarik perhatian ramai. Jadi memang ini masa terbaik utk Proton mula mengumumkan kehadirannya di pentas global. Kalau ada model yg sesuai utk memperlihatkan kemunculan semula Proton dgn semangat & nafas baru, rasanya P3-21A sudah pastinya calon terbaik. Mungkin Proton akan pamerkan sekali version hatchback yg dijangka lebih menarik perhatian penggunan2 di Eropah. Letak sekali Exora Bold takpun Bold EV. hehehe 😉

    Anyway, harap2 memang benda ni dah ada dalam perancang Proton, pasal rasanya kalau baru nk plan, mungkin dah tak sempat kot. Biasanya peserta2 yg ingin terlibat dalam sesebuah pameran kereta antarabangsa dah booking setahun lebih awal. Tak pasti status Proton ketika ni. Yg pastinya aku tak sabar nk tunggu bulan 3. Dengan model baru P3-21A nya, dengan musim baru F1 nya, Kimi Raikkonen antara pelumba favourite aku, join Lotus-Renault plak tu. Bulan Mac 2012 adalah bulan yg penting utk Proton & rakyat Malaysia 😀


  • Off Topic:

    Mintak tuan rumah buka topik pasal macammana rupa bentuk design model exora r dan saga r yang memenuhi hati buyer, bagi gambar sekali macam sarung gear auto tu.

    Sebabnya design tak fix lagi, kalau dah fix….komen pun tak guna. Kira macam advance styling la ni.

    Proton sekarang dah advance engineering, tak macam dulu…..kereta keluar dulu baru nak buat improvement. Sekarang problem dah solved dalam drawing stage.


  • I couldn’t agree with you more, Proton had improve and talkin bout 1st global product for some times now. so i reckon it is time for them to ‘walk the talk’. let the world decide.

    judging by Neo R3, Saga FLX SE & Exora Bold/Prime promotion. hmm i think everyone here agree if i said Proton did ”m’anaktirikan” their own Advertising Department (if any). maybe it is time Proton use outsource expert (but if it’s indeed they used outsource already, well i gotta say they did .. SUCK, BIG TIME!!)

    again, i believe if Proton Holdings willing to spend large sum on Isteri Muda, Lotus.. why not Isteri Tua, she had her need as well..botox, plastic surgery, jewellery and most important..when they gets older..they want, seek for and they need more attention more than before. So, if u really believe in ur product, don’t be afraid to spend on this..


  • saya rasa setuju..
    Sebab proton pun berhak nak memperkenalkan kepada global. Proton jangan malu untuk memperkenalkan model2 kepada luar negara sebab semua kereta apapun mula dari bawah tengok contoh KIA dulu orang dok mengutuk hodoh la apa la tp skarang mereka dah maju begitu jugak PROTON insyaAllah satu hari nanti PROTON akan berjaya seperti KIA jugak. Cuma disini kita tak payah nak kutuk antara sesatu sama lain. sebab masing2 ada kelebihan sendiri. Jangan pasal kita kerja di Proton nak kutuk yg lain tiada gunanya. Betul tak? 🙂


  • off topic : saje nak share semula info dari bro pakgad_MVF, cara nak kenal pasti model & segment apa dari kod model tu, kot2 ada yg tak perasan

    dari model code tu sndiri dh boleh agak variant apa model tu.. contohnye..

    P[a]-[b][c][d]

    [a] –> jenis class/segment e.g. ’2′ – B-segment, ’3′ – C-segment, ’6′ – MPV
    [b] –> jenis platform e.g. ’1′ – savvy, ’2′ – exora, ’9′ – gs41
    [c] –> berapa kali platform diulang guna (spin-off) utk future model
    [d] –> perubahan sepanjang life cycle model tu e.g. ‘A’ – fmc (full model change), ‘B’ – mc (minor change), ‘C’ – fl (facelift)

    proton ada 3 platform sahaja buat masa ni, platform savvy/saga, exora & neo (betulkan saya kalau silap ye bro pakgad_MVF)… saje nak teka2 je ni, kalau GSC kod dia P2-30A, maknanya Saga R nye kodnya ialah P2-31A & kalau ada mini mpv dari Saga R kodnya ialah P2-32A, tak gitu bro pakgad_MVF? hehehe…. 😉


  • sye rse p1 akan ke geneva sbb waktu die launch emas kt sne , p1 ad ckp akn ke geneva 2 thun skali mknenye taun dpn p1 akan ke geneva la….


  • info dari web australia, Persona bakal dikulitkan dan diCVTkan macam Exora:

    “Prior to the Persona’s mid-year replacement, the company will launch the Persona Elegance in March. The range-topping model will feature a higher equipment specification including leather seats and a CVT transmission plus some cosmetic changes”

    maknanya, P3-21A launch kat sini bulan march, tapi kat australia dapat Persona Elegance yang diupgrade. dan satu lagi.. web tu jugak bgtau Exora yang bakal ke australia nanti akan ada 4 airbags dan ESP… huwaaa…. kami rakyat malaysia pun nak jugak 4 airbags dan ESP tu!!! include la dalam PRIME, barulah harga yang hampir RM90k tu berbaloi baloi.

    source: http://smh.drive.com.au/motor-news/cars-of-2012-a-to-z-20111223-1p7rg.html


      • ajim,

        sebelum kata p1 kelentong, cuber tengok carmaker lain. kat malaysia nh banyak. lagi satu, pasal per malaysia spec sikit, pasal dah bahagian yg berkenaan jalan raya/miros sendiri x nak straight kan undang2 berkenaan keselamatan.etc. Itu pun baru tahun depan dual airbag jer wajib. Seat belt pretention x d lak sedangkan seat belt lagi penting dari airbag.
        Sebab aper P1 boleh ada 4 airbag kat UK/AU, sebab undang2 kat sana dah mengatakan kene mcm tu. Malaysia??? Kereta 1 airbag dengan harga mencecah 80k pun boleh beli. Teknologi nh perlu duit ajim oi, Nak buat autopark ingat murah ker.
        Pasal aper Hyundai boleh buat, tengok la baper banyak rakyat die beli produk sendiri. Itupun sebab kalau pakai kereta luar, mmg Gov die bagi kaw-kaw cukai sebab org pakai kereta foreign nh org berada. Malaysia??
        Tapi yg pasti kalau teringin mcm luar negara, pergi la berhijrah, tengok mcm mana kat sana yg kiter bukan main suker. Uk kereta murah tapi insurans setahun lagi mahal dari harga kereta. Tapi kalau teringin pergi la. Mana tahun hujan emas di negara org, hujan batu di negara sendiri.

        p/s: lebih baik hujan abatu, boleh bukak kilang jual batu buat jalan. Dari hujan emas yg gerenti ramai org berebut sampai x tahu kiter dapat atau x.


      • pasaran diorg lbh baik sampai boleh buat customisation, tgk je kat china, north america, dr segi spesifikasi ada ekstra berbanding kat asia tenggara. lagi banyak untung, lagi banyak yg pengeluar boleh kembalikan kepada pelanggan. masing-masing nak jaga pasaran, contohnya kereta jepun dan korea di usa, kereta europe di china (sentimen kepada jepun).


      • Kalau sebelum era DSZ dulu, boleh la kata proton macam ni…sekarang ni proton dah berubah, xda dah nak kelentong rakyat malaysia…lagi satu, proton tu company buat dan jual kereta, so, kalau dah nama pun business, suka hati dia lah nak buat dan jual macam mana kereta dia, kalau tak suka tak payah beli…ingat, kuasa membeli ditangan pembeli tetapi kuasa menjual ditangan penjual…


  • Tak perlu ke Geneva. Target market utk org EU. Ekonomi negara Eropah merungsingkan. Diaorg mengurangkan kos dan akan lebih memilih kereta yang dibuat/design dalam EU. Cita rasa org Asia berbeza dgn Eropah (Manual/Hatch/Diesel). Lainlah kalau brand yg diketegahkan adalah Lotus/Motorsport. Hanya jika pameran adalah berteraskan produk kos murah (beli dan senggara) boleh letak brand Proton.

    Baik lagi kalau dipamerkan di Shanghai, New Delhi, Bangkok, Jakarta dan Australia. Org Asia mempunyai lebih ramai penduduk, maka market yang besar dan kadar pertumbuhan penduduk yg jauh lebih besar. Peningkatan KDNK paling tertinggi di rantau ini, sambil kadar simpanan wang yg masih tinggi. Dari segi demografik pula, saiz keluarga yg lebih besar memihak pada produk MPV.

    Namun begitu, perlu kita bezakan tujuan pameran. Geneva bagus untuk Brand Building manakala negara membangun lebih sesuai sebagai penjualan produk sedia ada. Cara dipamerkan mengandungi kedua-dua elemen Brand Building dan Jualan. Komposisinya patut berbeza untuk hasil berlainan.

    Setiap pameran berbeza tujuan dan KPInya. Ia mempunyai kos tinggi yg sukar dipantau keberkesanannya. Jadi pilihan dan implemetasi mesti bijak.


  • Mmm… bagi saya, mgkin prootn dah ada produk yg baik tika itu (p-321a) tapi masih x punyai rangkaian produk yg kuat utk tujuan pameran yg akhirnya x mmberi impak yg berbaloi dlm penyertaan pameran itu. Cuma dgn adanya lotus di pameran itu nanti the best way dgn kekangan kos, proton bleh gunakan kesempatan yg ada utk mempromosikan jenamanya di sana. Di geneva mmg bagus utk brand building. tapi bagi kes proton nie, saya andaikan proton akan tonjolkn lotus dan proton sekadar buka booth kat ruang pameran lotus. Pemain industri di pameran tu tau lotus tu milik sapa. Yg penting kalau target proton global car tu utk global sales so, proton perlu tumpukan kat pameran2 sasaran produknya seperti pameran di China, India, Thailand dll. Cara nie lebih banyak serampang 2, 3 mata:)

    my 2 cents.

    cheers!


    • vx,

      rugi bukan dari segi sales. Semua pergi RND and lotus, so bukan rugi pun. Lagipun kalau proton pergi pun x d masalah la. Bukan proton x d duit langsung.
      kulit muka begitu tebal. nampak sangat ko bukan jenis org niaga. kalau org niaga malu, mmg x laku la barang.

      p/s: Adakah perlu untuk sesebuah carmaker malu???


    • 1st quater & 2nd quater tak mncatatkan kerugian pada proton, tang mana dapat berita rugi?.. cuma pd 2nd quater keuntungan berkurangan..


    • proton x rugi la bro, untung tu susut je, sebab invest kat r&d sambil backup lotus.. kalau macam tu semua car maker masuk geneva tu syok sendiri la ye? geneva la platform terbaik utk product branding/image utk pasaran global.. syarikat kereta china pun dah masuk geneva, tak diorg syok sendiri kot?


    • Mmm… atleast proton declare keuntungan menyusut sebab pelaburannya..bukan rugi ye dek non. Tapi ada plak kedai kereta sebelah tu, untung besar pun tak pernah2 nak declare untung pun kat rakyat malaysia, asyik2 bagi statistik kat media angka2 jualan yg membanggakan. Mgkin nak hide untg besar yg kena lepas kat negara matahari terbit tu kot… hehe. mgkin la kot:)

      cheers!


      • Company tu (two) memang tak declare sebab dia SDN. BHD. bukan macam PROTON BERHAD. Public listed memang kena declare. Kalau nak tau yang company tu (two) kena check Daihatsu annual report. Dia declare kat Jepun. 🙂


  • Bru belek beberape club car kt m’sia bnyk jgk problem kete civic n sylphy kt m’sia rupenye.kete rm120k pn ad bunyi tikus…cme beze diorg bising dlm forum and discuss cmne nk solve.yg pkai saga 40k bising kt kdai kopi ap yg dpt?adakah workmanship kete pemasangan tempatan rendah? Nmpknye proton bknlh seteruk yg dicanang sblm ni sbb company lain pn bnyk problem jgk.at least p1 komited utk menjadi lebih baik. cheers…..


    • yep. semua ada problem. Tapi mmg betul, deorg berbincang cari solution dan bukan mcm sesetengah org berbincang kat kedai kopi cari pasal.


    • dah bayar harga mahal terpaksa la cover line jugak, kang pecoh lobang tak ke malu kena kutuk, jadi diorg slow talk ngan sape yg menerima nasib yg sama je la… tapi hati yg sakit mereka saje yg tau, hehehe…. 🙂


  • mcm aku ckplah sblm nih, sume kete ada jek bunyi2 misteri,hatta vw pun, itu cbu lg, german qc. Dulu,masa golf mk5,problem pwr windows, ada tgk kat astro 734, auto trader, tagline die, we tell u what salesman wont, he..he..mcm2 prob mahupun beemer 5 series,problem brake disc.
    Org malaysia nih,duk bwh tempurung,yg tu xtau. Tp mmg harap prtn hilangkan masalah bunyi2. Tp kete waja aku,alhamdulillah, savvy jek ada bunyi ckit kat tmpat tisu n manual side mirror contrl,tp dah solve.


    • BMW bagi warranty Disc Rotor untuk semua kereta mereka sampai 50k kilometer,lepas tu bunyi,bengkok,senget,makan anai2 ke semua kena bayor…klau x bagi warranty untuk disc rotor ni alamatnya jadi macam Honda Accord…..hehehhe..
      http://www.zuraidin.com/2010/07/my-honda-tak-guna.html

      P/s:Tapi klau customer PROTON…bukan sahaja bising,memekak,menjerit tapi siap dia buat shuffle kat Service Center tu!!!!


  • org kurang pndai je yg ktuk proton tanpe usul perikse…stkat dgr cite dri mlot ke mlot..pastu die pon tokok tambah bg sedap lgi…aku bangga dengan proton la nie..

Leave a Reply