ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Saga menang anugerah ‘Compact Sedan of the Year’

Views

Proton menerima satu lagi pengiktirafan setelah model Saga dianugerahkan sebagai ‘Compact Sedan of the Year’ anjuran Drive Safe and Fast dan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad. Saga generasi ketiga yang dilancarkan pada 28 September 2016 kekal dengan DNA-nya sebagai kereta rakyat dengan menjadi kereta sedan yang paling mampu dimiliki di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, Saga baharu ini telah menerima pelbagai penambahbaikan, peningkatan dan penghalusan sejak ia diperkenalkan pada 1985. Pelanggan boleh merasai ruang yang lebih senyap hasil pengurangan bunyi, getaran dan kekasaran (NVH) yang telah dilakukan, reka bentuk yang lebih bergaya, praktikal, berciri keselamatan dan lebih selesa.

BACA >> Iriz Refinement 2017 : Apa yang kami tahu?

Proton Saga baharu juga telah berjaya memenangi beberapa anugerah lain sejak dilancarkan pada tahun lalu termasuklah ‘The Rising Star oleh ASEAN NCAP Grand Prix Awards 2016 dan ‘Value for Money Car’ oleh MAI Malaysia Car of the Year 2016. Varian Saga paling tinggi, 1.3L Premium dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan tercanggih seperti ESC, ABS, EBD, kawalan cengkaman, bantuan brek, kawalan cerun, beg udara, ISOFIX dan top-tether, dengan sensor di depan dan belakang dijual pada harga RM45,800.

Sepanjang Mei ini, Proton sedang menjalankan Kempen 5 Nilai Hebat dengan menawarkan 5 tahun Servis Percuma, jaminan 5 tahun atau 150,000km (yang mana terdahulu), Bonus Perayaan RM500 dan Bonus Kesetiaan tambahan sebanyak RM1,000 untuk ahli-ahli keluarga terdekat pemilik Proton yang berdaftar. Bonus istimewa bernilai RM500 turut diberikan kepada para guru dan jururawat selain promosi istimewa untuk kerusi kanak-kanak bernilai RM1,000 yang dijual pada harga promosi RM299 dengan mana-mana pembelian kereta Proton.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply