ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton serah 32 unit kereta kepada UEM Edgenta

Views

Proton dan UEM Edgenta Berhad (“UEM Edgenta”) baru-baru ini mengadakan satu majlis penyerahan 32 unit Proton, melibatkan kereta Persona dan Perdana, yang bakal digunakan untuk operasi harian Edgenta PROPEL Berhad (“Edgenta PROPEL”), Bahagian Perkhidmatan Infra dan anak syarikat milik UEM Edgenta.

Edgenta PROPEL adalah pakar penyelenggaraan pengurusan dan infrastruktur rangkaian utama negara dengan lebih dari 25 tahun pengalaman dalam industri pengurusan penyelenggaraan infrastruktur. Ia menguruskan, menyelenggara dan memantau lebih daripada 2,500 kilometer lebuh raya, jalan-jalan negeri serta perladangan di Malaysia, dan operasinya merangkumi 24 jam setiap hari, 365 hari setahun.

Menurut Datuk Azmir, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, syarikat telah memutuskan untuk melaksanakan program pembaharuan armada menggantikan kereta-kereta yang berusia lebih dari 10 tahun. Memandangkan kepercayaan dan ketahanan pada kenderaan Proton, mereka yakin dapat mencapai matlamatnya. Program pembaharuan ini akan diperluaskan melalui pemerolehan lori tambahan dan trak pikap sebelum akhir tahun 2018.

Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, hubungan antara Proton dengan UEM Edgenta telah terjalin sejak tahun 2002. Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 236 unit kereta Proton telah dibeli melalui program jualan armada korporat dan ini termasuk pembelian 30 unit Persona dan 2 unit Perdana baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, kereta syarikat perlu tahan lasak dan mudah diselenggara, faktor-faktor yang sangat penting yang perlu dipertimbangkan sebelum sesebuah syarikat memutuskan untuk membeli kereta. Ini adalah kelebihan produk Proton, selain daripada pemanduan yang hebat. Proto berharap hubungan ini dapat dipertingkatkan dan akan mendorong lebih banyak jualan kepada UEM Edgenta pada masa depan.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply