ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton siar beberapa imej acah e.MAS 7, model Special Edition (SE) ke?

Berita Tempatan

Views

Akaun Facebook rasmi Proton e.MAS Cars sejak beberapa hari lalu telah mula menyiarkan imej acah e.MAS 7. Dengan kapsyen “something new, bold and different.” ia seolah-olah memberi petunjuk mengenai ketibaan sesuatu yang baharu.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!

Dengan bantuan ejen perisik Mat Bond, kami difahamkan Proton e.MAS akan memperkenalkan model e.MAS 7 Special Edition (SE) dalam masa yang terdekat.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang informasi lanjut mengenainya kami perolehi setakat ini. Berkemungkinan model SE ini akan menampilkan warna baharu, dilengkapi dengan kit badan dan kemasan dalaman yang dipertingkatkan.

JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua

Mungkin juga ada beberapa penambahbaikan dibuat seperti ciri ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay pada unit inforia model ini nanti. Apa yang pasti, ia bukanlah model pemasangan tempatan (CKD).

Kita nantikan pengenalan edisi terbaharu e.MAS 7 ini esok. Tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Proton e.MAS Cars

JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply