Walaupun agak lewat untuk menaikkan artikel terbaru ini, namun aura pelancaran model hatchback yang dahulunya kita kenali sebagai P3-22A@C Hatcback masih lagi terasa. Kini dengan rasminya model ini dilancarkan dengan nama Proton SUPRIMA S. Pelancaran model terbaru Proton ini telah disempurnakan oleh Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohammad di Menara Matrade pagi tadi. Walaupun saya tidak berkesempatan untuk ke sana namun dapat juga mengunjungi bilik pameran terdekat, Kanisma Edaran yang terletak di Indera Mahkota, Kuantan.
Sebelum ini kita telah banyak mendapat info mengenai SUPRIMA S yang diambil dari perkataan SUPREME, manakala S pula membawa maksud SPORT. Model hatchback yang dibangunkan menggunakan platform yang sama dengan Prevé juga mendapat pengiktrafan 5 bintang ANCAP. SUPRIMA S telah mengambil model Ford Focus, Peugeot 308, Mazda3, Suzuki Swift dan Ford Fiesta sebagai penanda aras untuk membangunkan model hatchback ini. Bootnya yang agak luas 309/427 (ISO/Swept) adalah antara yang terbesar dalam kelasnya.
Buat permulaan hanya dua varian SUPRIMA S ditawarkan iaitu varian Executive dan Premium. Enjin CamPro 1.6 liter Turbo masih lagi menjadi nadi utamanya dan buat permulaan hanya transmisi CVT (Punch) dengan 7 kelajuan ProTronic bersama paddle shifter ditawarkan. Ada kemungkinan Proton akan memperkenalkan SUPRIMA S dengan transmisi manual enam kelajuan (Getrag) pada masa akan datang. SUPRIMA S dapat memecut dari 0-100 km/h dalam masa kurang dari 10 saat selain mampu mencapai kelajuan tertinggi 190 km/h dan tork tertinggi 205Nm.
Yang menariknya untuk kedua-dua varian dilengkapi dengan 6 beg udara, Hill Hold Assit, ESP, Rear LED Light Guide dan HU (Head Unit) yang menggunakan aplikasi Andriod dengan GPS sebagai ciri asas model ini. Untuk varian Executive akan mendapat rim 16 inci, lampu posisi hadapan dan kemasan dalaman fabrik. Varian Premium pula dilimpahi pelbagai ciri menarik seperti rim 17 inci, DRL, kamera undur, sensor parking hadapan dan belakang, paddle shift, kemasan dalaman kulit, ISOFIX & Top Tether Mount Point, Auto Cruise, Auto Wiper, Auto Headlamp, 6 pembesar suara (termasuk 2 tweeter) dan Auto Climate Air Conditioner.
SUPRIMA S didatangkan dengan 5 pilihan warna yang menarik, Fire Red, Genetic Silver, Solid White, Tranquility Black dan warna terbaru Atlantic Blue yang seakan warna biru Subaru Impreza WRX. Harga yang ditawarkan bermula dari RM76,338 hingga RM79,988 bakal menjadikan model ini sebagai pilihan terbaik kepada penggemar model hatchback. SUPRIMA S juga diberi jaminan 5 tahun dan percuma program Road Assist juga selama 5 tahun.
Harga Proton SUPRIMA S
Proton Suprima 1.6 Turbo CVT Executive
– Solid: RM76,338
– Metalik: RM76,688
Proton Suprima 1.6 Turbo CVT Premium
– Solid: RM79,638
– Metalik: RM79,988
IKLAN TV Proton SUPRIMA S
BROCHURE Proton SUPRIMA S
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
Apsal saya nampak Proton SS color kuning dalam brochure tu lebih cantik? Sport rim design lain..
Boleh la cuma harga tinggi, janji2 untuk turunkan harga tak ditepati. Anyway good luck cuma saya tak berani nak letak duit untuk proton value teruk sangat. Baru2 ada exora bold 2012 trade in dapat 52k aje rugi 20k lebih harga asal. Secara keseluruhan enjin CFE Exora masih meneruskan legasi campro lama timing tinggi, FC kuat dan bunyi bising turbo masuk dalam kabin macam Proton saga LMST kerata kebal..
dh tgk.dh duduk,dh test drive sampai 140kmh jek.
sblm cite pasal kbaikan,aku nk cite kelemahan n kekecewaan dl,bkn pada kete suprima,tp pada drb,pkerja asembly,qc n pdi.
tmpt aku tgj ada 3 kete,sume premium. showroom kaler fire red,solid white,test drive unit atlantic blue.
tp malangnya,bg kete solid white,fittingnya ada byk flaw. wheather roof strip tercbt di hujung,centre dash kat kaki xfit kemas,panel dash xbrp allign,panel pintu xbrp allign,tp ada cop pdi lulus. mmg kete showroom kete pre production,tp dh anto pdi smula,walupun menda kecik,bleh direpair smula,tp xelok bg aku walupun showroom. geng2 pdi tido ke?geng2 qc tido ke?
tp yg herannya,yg merah n test drive unit,mmg kemas fitting,ada perubhan terutama kat door panel bhagian atas,bhagian soft plastik yg lipatannya xbrp senonoh,skrg kemas.
mmg beza klu bnding kete putih tu dgn kedua2 kete merah n biru. xhairanla klu caradvice kutuk,bkn msalah moulding atau tooling,masalah fitting.
so,tlglah sapa2 yg keje bhagian yg terlibat,tlg psg betul2,yg check,tlg check btl2.
ok,yg positif,ini pandangan peribadi. adakah nilainya 80k? tidak,nilainya hanya rendah ckit dr elantra n cerato,tp lebih 100k.
knp?walupun dsign x sewow cerato mahupun elantra,tp ianya xhuduh,cantik,cume x ada wow faktor,tp suprima ada kekuatan dia sndiri yg elantra n cerato xda.
aku suka welcoming light led kat lampu blakang,bila boot dibuka,lampu led blakang atau tube light blakang menyala. drl mmg trg dr preve coz preve adalah position light ajek.
boot mmg luas. cume ianya meninggi,bkn kdlm,tp bleh tido ngan selesa dlm boot :-).
honeycomb grill hanya nampak jelas klu tgk depan mata.cume klu buat cam exora mc1 berbnding exora lama,mgkin lebih nampak beza front end dia n tambah ckit spitter.
ikut info kat PT, kereta ni lagi berat, lagi slow aceleration dr preve, tapi ada yang cakap kereta ni dh naik horsepower sampai 139-140..camne tuh?@_@
Bang Mat,
NVH dia cmne?
Tolong compare ngn myvi, vios n preve.
cubic print personally,okla,walupun xmcm carbon fiber, 100%,tp adala nampak mcm carbon fiber ckit k,tp ianya cerah ckit dr kelabu carbon fibre. tp mmg lain dr gamba2 dlm blog. ianya warna kelabu,bkn putih,atau kuning,atau silver kat exec preve. ianya kelabu.
aku suka balutan kulit penuh dr dr gear knob,handbrake lever,streering,seat,center amrest. mmg nampak mewah. tp stiching guna benang putih. klu benang merah,lg sporty kot,tp mgkin depa reserve utk r3 kot. yg lain,sama dgn preve.
dash simple,xdalah hebat mana,dgn kulit n piano black insert,nampak mewah. tp aku lebih suka klu paddle shift kekal warna silver,sebab warna itam,xnampak paddle shift dia. klu mlm,mgkin msalah kit unles ada light pada plus minus kat paddle shift.
klu rega dia cam elantra n cerato,aku mmg ckp xsesuai dash dgn rega. tp dgn rega 100k skalipun,aku trime sobab sume dblt kulit,n kulit tu agak plush bg aku. lega 80k,mmg ok. tp personal preference.
audio android pertama dlm klas dia rasanya,lg beso skrin dr cerato,lg beso dr elantra klu xsilap.
bunyi oklah sobab dgr radio. puas cr,akhirnya dpt cr button equalizer. ada 4 setting,jazz,pop,rock n live xslh aku,treble n bass bleh dikawal berasingan bg speaker dpn,dan speaker blakg. maksud,bleh setting treble n bass yg berbeza bg speaker dpn,n blakg. sesuai utk family yg ada anak kecik,mgkin xnk bass kuat kat blakg,tp driver nk dgr bass kuat. pada akulah.
Kecewa dgn Iklan TV Proton SS ni, kurang sgt sgt elegantnya, mcm iklan keta 80s. Kamon la KRU! Flagship Car, bad TVC
iv test drive it,
+
engine response much batter
transmission noise slightly lower.
smoother transmission when slowing down to a near stop
silver and black interior evokes the era of GTI
–
handling is good but oversteer is quite ,, at hard cornering (maybe caused by new tires)
rear styling is too conservative and not connected with overall car
pandu uji,4 org dlm kereta, 2 org sa prtn,1 lg sahabt den. omputih ckp,dont judge the book by its cover.
yg dh penah test drive preve dgn ecu reflash br,kena testdrive suprima. ketika memandu,suprima terasa lebih ringan dr preve walupun realitinya lg berat dr preve,dan sblm ni test drive preve kali kdua hanya 2 org jek,ini 4 org,rasa lebih ringan.
walupun masih kena rev 1500rpm br gerak dr stagnant,tp kali ni,power delivery dia lg pantas. kali ni,tujahan turbo 2k rpm keatas lebih ketara.
bg aku yg paling ketara,bila guna mode manual paddle shift.
shift shock agar trase,seolah2 bkn 7 speed cvt,tp 7 speed auto dgn paddle shift. upshift n downshift lg positif dr preve.
aku rasa teruja.
tlg take note,aku bnding dgn preve,bkn dsg.
xtaulah knp timing dlm brochure,suprima pelan dr preve,sobab aku raso lebih krg n mgkin lg laju dr preve.
handling,mmgler mcm bias. steering mmg positive,rasa mcm bwk kete kecik.
tp ketika highspeed dlm 120 ke 140kmh,trase bumpy ckit,tp mgkin sbb angin terlebih biasanya,atau sbb rim 17. nanti test drive kali kdua,check smula.
xtaulah samaada yg aku dgr bunyi cvt atau enjin,tp rasa masih ada bunyi cvt,tp bunyi enjin yg aku rasa mcm reduce ckit dr preve.
kseluruhan,better car dr preve,deserve 80k price tag.
ada 6 gambo hatchback warna kuning crashtest kat mira australia,tmpt preve crashtest utk ancap. rasanya mmg dpt 5 bintang,tggu launch kat australia jek,br ancap umum.
kalah segi dsign dgn elantra,cerato,upcoming altis,tp segi refinement,rasa xjauh kot,tp kena tggu test drive cerato n altis dl. tp turbo n handling by lotus,better dr 1.8 elantra n 2.0 forte, 1.8 civic. 2.0civic br xdpt test. better dr segi excitement n thrilling of driving. cume tyr archilles agak bising,mcm gt radial. tkr yg lg better,lg senyap. yg lain dh ok,walupun rega 100k.
after sale servis,ttp jd persoalan.
kerusi belakang tu agak lembut sangat..sampai rasa tenggelam..
center console nampak kosong..sebab trim cerah..compared to preve yg gelap..overshadowed..
sempat jugak la test knowledge salesman tu..overall dia jawab agak tepat jugak..hihi..dulu masa preve..jawapan dorg mmg hampeh..
n td sy sempat jugak la tanya rata2 org yg jenguk..semua nya positif..dorg dah yakin ngan kebolehan DRB..suka dengan design n features suprima s ni..n yg paling penting..dorg takde komplen harga pun..dorg cakap harga ok2 saja..tak mahal tak murah..kalau kete jepun or conti ni konpem mencanak harga dia..haha..tu jawapan dorg la..
tahniah proton n drb 🙂
nvh. tolak wining cvt,pndpt aku,lebih ok dr kete yg disebut. klu iktkan decible value, kata engineer prtn dulu,db enjin cfe dgn soundproff,ditala ikut standard europe,kat sana ada standard value. ada dia bgtau db dia, pada idle,pada 60kmh,pada 120kmh,xslh aku itu db value yg ditest. itu db dlm kabin. nk tau,mgkin bleh guna alat db nk lebih accurate,pkai androidpun bleh.
one more..presenter masa launching pg td mmg osem..
suka ngan style dia present..nampak cool n bersahaja..
imho..better than DSSZ kot..huhu..tak tau la korang camne..
@Nadz.
Beli hartanah harga confirm xjatuh. Bunyi bising turbo? Ini macam pelik. Turbo CFE bukan bunyi kuat pun. Duduk sebelah enjin pun tak dengar.
FC
Kalau bergantung pada data 8.2L/100km tu, ini combined cycle test. Figure 8.2 itu datang daripada purata Urban Cycle + Extra Urban Cycle kenudian di averagekan..
Proton SS – 8.2L/100km = 28.69 MPG
Toyota Yaris 1.5 – 7.13 L/100km = 33 MPG
Lagi…
Honda Civic 1.8 L – 32 MPG
2012 Ford Focus 2.0 – 31 MPG
Pug 308 1.6 VTI – 7.6L/100km – 30 MPG
Lagi tinggi MPG lagi fuel economy..
Figure terhasil daripada average…jadi besar kemungkinan FC tinggi dalam mode Urban Cycle.
(Figure diperolehi daripada http://www.fueleconomy.gov/feg/findacar.shtml)
Tambahan kepada isu FC tadi, Proton SS punya combined FC sama macam Mini Cooper S. Ikut data, Mini Cooper S lebih kurg 27-29 MPG..
saya dah test drive kete nie….head player dye memang pakai android tapi sensitive touch dye kurang maybe sebab screen protector kot…..blaupunk yang manufacture player nie….sound sistem adjustment memang mesra penguna…..bunyi pun memang memuaskan….apa pun terbaik
Sib baek ada functasticko, 95% komen kat PT macam sampah!
takleh komen lagi, lum tgk live.
FC 9.1L/100??? Mak aii. Kuatnya. Engine campro dgn cps pun dah rasa kuat minyak. Tambah la proton ss ni. Mesti teruk la kalau selalu main keta dalam pekan/town.
Tvc hampeh, preve’s much better.
fuh..gigih tu nak samakan fuel consumption proton ss ni dgn mini cooper s. berapa tork mini cooper s? bhp? brp pulak tork campro cfe?
pd yg komplen psl fc enjin campro cfe, redha je le yg kereta ni bukan utk dicipta utk jln2 kt bandar..sendiri boleh rasa bagaimana preve dgn ss ni kalau low speed. mmg berat je rasa. kereta ni sedap dipandu dan jimat utk cruise speed je mcm di highway.
so, kalau nk jimat, tak payah masuk bandar yg byk aliran trafiknya. parklah kat mana2, jln kaki. haha
Why PROTON?
Sebagai jurutera struktur, aku tgk satu faktor iaitu RESS pun dah ada rasa confident pada model-model terkini proton iaitu Preve dan Suprima. Mungkin orang biasa beranggapan model terkini proton mahal, tapi mereka tak pertimbang SAFETY features yg ada. Besi RESS tu sendiri memberi kekuatan kerangka/chassis yg kuat yg tak ada pada model-model lain.
Harini ada berita bakal pengantin remuk dlm kereta P2.. Hmm.. Patut kereta yg tak dapat 3 star ANCAP ke atas ni tidak dibenarkan berada atas jalanrya.
Harga dah berpatutan, tapi kalo boleh murah lagi mcm manifesto pilihanraya lagi bagus. Safety dah tiptop, harap after sales pun tip top lah.
Mungkin 5 tahun lg dah jadi 2nd hand car, suprima ni antara model yg boleh dicadangkan utk sape2 yg tak mampu pakai brand new car.
Harap DRB dan proton dapat keluarkan limited edition & hi spec PREVE yg ada semua ciri2 safety mcm suprima. Dari segi spacious dan boot space, balik kg dll, preve lg bagus.
Zero Cool :
setuju sangat..harap proton keluarkan Preve SE..features sama macam SS..tambah 3K ok la kot..
assalam semua, sbg sorang peminat automotif, secara jujurnya saya dpt buat 1 konklusi tntang proton lepas baca byk review tntang kereta2 proton dr blog2 automotif dlm n luar negara,ada 3 bnda yg proton patut tau based on pembacaan saya di blog2 tu:
1) dr segi ride and handling, proton ada dlm kelasnya tsendiri, n some say even better dr jenama2 jepun n korea..boleh dikatakan 99% review tntang kereta2 proton mengatakan kereta2 proton ni cukup stabil n selesa dipandu, dan proton sangat memanfaatkan teknologi lotus..this is something really good
2) dr segi styling and appearance, neutral, hanya biasa2 saja n no wow factor, ada sesetengah kata tak ikut trend, but some others say that design2 proton jenis yg tak lapuk dek zaman..nampaknya strategi design language proton “timeless design” mmg menjadi
3) dr segi fitting n finishing, ni yg jd masalah, kebanyakannya tak capai tahap yg memuaskan n banyak complaining nampak murah , ada part tak masuk betul etc etc..but dr pengalamn saya sndiri yg pernah masuk n tengok sendiri dashboard hampir semua kereta buatan proton, mmg ada sesetengahnya yg bermasalah n in terms of interior design pun agak kurang menyengat but cukup senang digunakan
as my 2cents conclusion, proton should focus more on interior n finishing skrg..ye,mmg ada pendapat mengatakn proton jauh ketinggalan, 10-15 tahun di blkg brand jepun mahupun korea, but as a technician from 1 of proton’s vendor, i dare say proton skrg dah tak merangkak, tp proton sedang berlari mengejar jepun n korea, byk development proton skrg ni yg sangat memenatkan, n believe me, dah hampir 10 kali proton upgrade gsc prototype, same goes to suprima s ni, dlm masa 16 bulan selepas pelancaran preve, suprima s mmg ditarget utk mengalahkan preve dr segala aspek, tu yg dikatakn “built-in value”, dan utk gsc pula, tunggu dan lihat, tak sia2 proton struggle dlm dunia automotif ni..suprima s dah selesai n jadi model proton terhebat dan tercanggih to-date, utk future models akan lebih menarik in terms of styling,technical,n gadgets..just the interior yg jd sikit masalah skrg..and as a malaysian, i’m really proud that we have our pure national car manufacturer
rifle :
cerita la sket pasal GSC ni 🙂
Terbaek.. Best!
@photic,
Memang gigih mencari fc Mini Cooper. Dan tiada pun dalam komen saya samada memburukkan atau memuji Proton SS. Ia cuma figure bagi menerangkan combined cycle fuel consumption.
Figure combined cycle lebih realistik berbanding dgn fc yg biasa kita lihat.
Hendak jimat, carilah kereta hybrid, atau enjin kecil macam 1.2 atau 1.0..
Kalau kata Vios jimat, Vios J manual mungkin jimat banyak sbb harganya pun lebih murah daripada Proton SS. Kalau Vios TRD, ada extra RM13k:
Katakan kita ambil 11.0L/100km utk drive Proton SS ni selama setahun (20,000km). Modal bahanapi (RM1.9/L) selama setahun RM4180. Kalau 3 tahun jadi RM12540.00 utk minyak (kalau minyak tak naiklaa)..
Jadi,
Vios TRD +RM13000.00
Proton SS +RM12540.00 = modal minyak 3 tahun…
Mana yg jimat sekarang?
p/s: Kalau tak betul saya minta maaf. Saya main taip je ni. Huhu
takin:
utk masa skrg spec2 gsc still dlm development, maybe ada upgrade lg, gear manual n cvt..benda2 lain lbh kurang ngan suprima s ni..nak kata suprima s versi kecik pun boleh kot..haha
rifle :
menarik jugak tu kalau GSC ni SS versi kecik..launch Q1 tahun depan kan ? design lak ? hihi
Mmm… setuju. iklan suprima nie hampeh sket. Mcm sekadar ada jer. Like 80’s. Dah mcm iklan Wira dolu-dolu. Mcm xde skrip, cacamerba n terlalu banyak benda nk tunjuk kat scene tu. Sarat n serabut ar aka x kreatif. Sinematografi x menarik dan camera movement n lights x harmoni. Less camera trick n special effect. X fokus kat sudut2 menarik Suprima nie. Music score yg sgt x sesuai, seperti target utk uncle2 n untie2 yg brjiwa remaja jer:( Adoi… model kereta dah menarik, tapi iklan…huhu. iklan nie la sebagai duta visual. Element penting gak utk marketing:( KRU masih cetek lagi dlm video pengarahan iklan. Nk sampaikan mesej dlm durasi yg terhad bukan cam tu ar caranya. Sy rasa iklan Europstar RCR (gen2) lebih meninggalkan kesan yg mendalam walau berdurasi pendek;
http://www.youtube.com/watch?v=ZJEa5t0m-sU
my 2 cents.
cheers!
Salam semua,
Syabas PROTON dgn pelancaran SUprima..S wpun aku sgt xberkenan dgn nama diberi.. aku haru terima hakikat marketing dn head2 Proton sgt suka dgn nama ini.. harga boleh tahan.. remapped ECU@TCU hrp betul2 kasi ‘ringan’ maneuvering.. cuma bilakah enjin spesis maCAMPRO ni boleh disenyapkan sikit.. SAGA BLM sgt memekakak either inside or outside cabin,… huhuhu…
Aikk.. kaler benang stitching pun korang belek habis2.. heheh sgt particular lah Malaysian ni.. padanle tandas awam kite sgt ‘berseh’ hahaha..krn mata org Malaysia sgt ‘HALUS’…. aku puas hati seat SS ni.,. br nmpak kemas dan mewahnya.. cuma cmm biasalah exterior front grill tu.. aku rase mcm di turunkan sket ‘mulut’ nye separas dgn chrome bar proton tu maybe nmpk lbh fit dgn sifat hatchback.. dn beza dr Preve..’mulut’ terlopong sgt hehhe..
Aku lum tgk depan mata lg.. baru je nk tgk gamba2 kt blog PT tu.. tp BOSAN MELUAT xhabis2 posting balaci dlm tu asyik ckp PROTON played by politician, protected by gov laa.. keta T dugong nk jual lg murah gov.xkasi lah.. smpai ble diorng nk fitnah PROTON stiap kali lihat logo PROTON?? x ilmiah lgsung discussion.. zero appreciation, mcm PROTON bina keta pakai polystyrene.. minda mereka DIJAJAH!!
sadly Malaysian…. ask Korean to educate them…
Hurm… just back for commenting about bashers from PT… aku menyampah sungguh dgn kongkang2 yang menyalak kt belah sana. Kt sini lg bagus… support site org kampung.. (sesenang mehlaa lepak Malabar).. aku tadi petang baru aje test drive SS.. so far ok. tp ada yg komen SS nyer accel lg sedap dr preve. tp masa aku test tadi agak kecewa sikit. sbb response from 0 to 60 a bit slow. then when in shift mode RPM xdpt nk fully quench smp 6000 dia dh masuk gear not like preve after remapped. mayb SS akan diremap balik.. in terms of interior, aku puas hati dgn hasil but a bit dissapointed with dashboard assembly.. still ada noise above the meter panel just like our preve. hurm… fitting xberape kemas. dh pernah hntr ke SC pasal dashboard namun xdpt diseselaikan… (kene buat sndri jugak baru puas ati).. tapi SS dalam gambar dan dpn mata totalllyyyy different. SS ni tak photogenic. Anyway the number 80k for that car mmg padan. kalau ada sesapa kata tak padan meh jumpe depan2 kite berdebat. (jumpe kt malabar).. hahaha… TVC totally teruk, masa launching tadi, im totally xsuka dgn COO nyer presentation. teringat masa zaman belajar dulu2… org lain wt assignment, org lain present… itulah hasilnyer… penuh dgn stupid jokes dan Errr errr errr… i do really love how DSSZ presenting like he knows the car inside out. Like Carlos Ghosn. anyway congratz PROTON, xsabar nk model SS n PREVE smp ke UK… aku nk tgk mangkuk hayun 3 org tu nk kutuk ape plak…
luper… ni video aku post masa test drive from PutraPutri Beserah – Semambu – Bypass – Terminal Sentral Kuantan – Semambu – Jalan Jabor Lama (Handling Test) – PutraPutri.
https://www.youtube.com/watch?v=JIWGm5ZMWbU
route – tg lumpur,
power – enough
response – instant ,,on par japanese 2 litre (slightly a sharper pedal shifting)
driving posture – ok (need a batter seat design though)
handling – good but marked by safe understeer if we go beyond the limit ( greasy effect of the new tire, or tire over inflated) maybe it more planted with time. or proper guage of the tire pressure maybe.. SO PROTON SALES REP. . PLESAE MAKE SURE A PROPER TIRE PRESSURE FOR A TEST CAR.
styling – rear , looks like its from the 90s. PROTON NEED A MAJOR REWORK FOR ITS NEXT FACELIFT ESPECIALLY AT THE REAR. its look like a bad taste.
i give it an A minus. (still in A range)
Baru tengok semalam. Overall memang padan dengan harga.
Pada aku Android HU memang satu kelebihan untuk model nie.
*Kat blog sebelah ramai budak sekolah yang comment. Keyboard warrior je lebih.
at least like this
http://indianautosblog.com/wp-content/uploads/2012/10/2014-SX4-hatchback.jpg
Apa kata proton lauch suprima J spec pulak. Spec kosong 2 airbag. Mesti murah giler2 haha.
rear s prima diffuser is too HUGE IT SHOULD BE ENOUGH JUST LIKE THE NEO R3. I DONT UNDERSTAND PROTON STYLIST????
ok ape nama ni..asyik2 nama mat saleh..kita terbiasa sgt dengan nama dlm english..sampai kita rasa bahasa melayu ni macam kurang sedap la..kurang bergaya la..kurang mewah la..tgk la nama-nama taman perumahan eksklusif..mesti nk letak nama english baru la nampak mewah..
aku minat lg preve..kalau ade preve facelift..design depan guna design depan suprima..blkg preve tu mungkin ubah skit kat lampu ke…preve flx..cuma pendapat 🙂
strategi proton buat facelift dan tambah value kat kereta macam dibuat pada proton saga amat berkesan..bukan saje bole menjimatkan kos malah boleh meningkat kan jualan
@awak, that rear suzuki model looks a lot like youngman suv.
Aku nk comment dari segi design and ergonomic skit. Design wise, depan and side da mantap tapi bila sampai kat belakang. Designer Proton macam da lost je. Kelam kabut tul design blakang tu. bontot da besar gila pastu letak lampu kecik + maybe nak show off technology lampu sekali kot (lampu strip line cam audi) + lampu brek satu lagi kat tgh tu. nampak kelam kabut. Bumper pun sma, boleh kasi kurang nampak ‘design’ lines tu and kasi nmpak smooth and sexy.
Interior and ergonomics plak. Korang x rasa ke design dashboard tu terlalu dull? Rupa flow da ada, tapi pemilihan colour, penyusunan button2, and last not least screen besar tu. size and function da cun, tp kan ketara benda tu placed somewhat rendah gak dari eye-level.unless la targer Protong tuk manusia2 duk seat blakang utk layan and control benda tu.
Jgn2 lepas ni Proton buang lagi dua pintu dari suprima ni and jadikn pengganti satria neo plak.
Sekian.
heard that police will take suprima as their patrol car.
takin:
pasal GSC tu, design wise sy tak tau, sbb vendor tmpat sy kerja tak bkaitan dgn exterior design, but engineer2 atasan dah tengok, katanye menarik n sporty..launching pulak Q1 or Q2, biasanye launching lambat dr target asal sbb tlalu byk ubahsuai n upgrade yg proton buat, mcm SS ni, sepatutnye bln 6 dah launch, tp sbb byk yg nak diubah lg, sampai lepas raya baru dpt launch, n don’t blame proton, sbb ni semua utk penambahbaikan n nak lawan pesaing2 luar, so tlalu byk spyshots, tlampau lambat launch, semua tu bkn nak buat publisiti, tp utk kejar brand2 lain..sbb tu sy bangga dgn proton, walaupun masih ketinggalan, n jujur, banding ngan jenama luar proton masih byk kekurangan sbb sy pun pernah tlibat dgn CKD honda,subaru,n mazda, so sy dah tengok apa beza cara kerja n material proton ngan brand2 jepun tu, n sy dpt tau dr situ la kenapa harga proton boleh bsaing, walaupun kereta segmen c, tp harga mcm segmen b brand luar, tp pcayalah, proton mmg struggle n try very hard utk jd hebat mcm brand lain..hope rakyat malaysia support la brand malaysia, mcm hyundai n kia dulu, walaupun dikecam hebat dr luar negara, tp rakyat korea still pilih utk beli hyundai n kia n now dah capai tahap global n trend setter..tak mustahil brand malaysia pun boleh jadi camtu..
off topik jap, ni gambar official sketch audi a8 fl, perasan tak tail-lights n bumper lebih kurang preve? he he
http://lh6.ggpht.com/-GBJXDZHeCLM/Ug-mBzprtOI/AAAAAAANuqo/pKPzZizGA8Y/s1600/2014-Audi-A8-sketches-4%25255B3%25255D.jpg
orang malaysia perlu sokong brand malaysia..sebagaimana orang korea dan jepun menyokong barangan mereka..siapa lagi nk tolong kecuali orang kite sendiri…kita membeli produk orang lain tetapi orang lain tidak membeli pun produk kita..pastu kite berbangga memiliki produk orang lain yg tidak la seberapa bagus pun
rifle, thats why preve design is somewhat perfect, but sprima is awful and i dont believe it comes from ital design colobration, ..maybe by LG or local , im frustrated. it should have that youngman suv design element.
if u look straight from behind, its boxy, lots og angular lines and too many lines. its not clean and as solid as gen2 or satria neo (timeless design)
SO HOW TO CORRECT THIS???
firdaus:
yup..sepatutnye camtu la..tp bkn senang nak ubah pemikiran manusia ni..tp kalau yg ada semangat patriotime tu mungkin la akan sokong brand malaysia walau teruk mcm mana pun kena maki dr brand n automotive people dr luar..tp kalau semua nak dipuji pun tak boleh jugak, nanti tak berkembang la teknologi n brand malaysia..
awak:
soal design tu benda yg subjektif, pd pandangan sesetengah org maybe benda tu cantik, n others pulak kata tak cantik..but my personal opinion, design proton yg sy suka gti, perdana v6, gen2 cps, n neo r3..SS ni pulak sy suka design rear dia, nampak sporty n setanding ford focus, cuma design konsep dr proton more boxy, n bg sy, front end yg perlu diubah supaya lebih sporty n biar lari jauh dr design preve..maybe more upright headlamps n neo r3-lookalike bumper maybe..
ya betul, stuju design is somewhat subjective….
tapi kalo kita fikir betul2, setiap kereta tu dicipta utk satu tujuan yg sama, tetapi target market dia berlainan…. conth: Vios vs suprima, harga dekat2 tapi penggunaan dia ada sedikit kelainan…while vios is better for short distance/ town driving…suprima pulak best for long distance travelling/ balik kampung sbb besar, steady and handless well…..so, tepuk dada tanya selera…
Siapa lg yea yg seangktan dgn Ss ni..msud sy yg sama segmen dgn Ss ni?mohon pencerahan otai2…
SS Berkenan dihati.. pakai gen2 auto.. pickup x de.. pakai exora.. pickup gila2… bila pandu gen2 asyik berangan je kalaulah gen2 masuk enjib exora… hmmm… x delah buang masa u turn.. tunggu 90kmj baru pickup ada… (but not too bad) mungkin ini kalilah… he3…
Bro rifle….apa lagi yang menarik pasal GSC ni? Bentuk lebih kurang sama macam prototaip ke? Dashboard sama ke? Or semua dah totally different. Ada iras-iras BMW i3 tak?
Setuju dgn komen bro awak. Rear taillight design patutnye melintang, seiring dgn trend semasa. Bkn menegak. Proton perlu explain!!!
wave100r:
SS ni segmen c, seangkatan ngan civic, altis, cerato, elantra, etc etc..
cheung chun fun:
setakat yg sy tau, GSC ni mmg totally different dr prototype, n kalau tak silap design EMAS mmg dah tak boleh digunapakai sbb VW dah beli italdesign sblum proton trademark design EMAS, tp proton still boleh follow design cue EMAS, iras2 i3 tu no komen..sy tak pernah tengok, just dgr cerita dr engineer atasan
nk tunggu manual : skirtng…pastu baru nk beli..wow aku nk lawan honda ek9 b16 b…turbo vs b16b…sblum nie aku da pakai ek4…aku nk tampal kt cermin blakang esp,hess,hpf,6langsir bag udara…
bukan hess tp ress
Tadi sedikit rajin membaca komen di PT. Ramai juga yg praised SS. Ramai juga yg kritik, tapi kritikan mereka berasas. Yang kutuk sememangnya ramai dari dulu lagi.
Pada saya kehadiran SS ini diharapkan akan memberi tekanan kepada pengeluar lain dalam menawarkan kereta yang lebih lengkap dalam aspek safety. Terutamanya kepada UMW dan ETCM. Di kala jenama lain seperti Kia, Puegeot dan Ford mampu berbuat demikian. Kita boleh terima jika B segment mereka sama harga dengan C segment Proton. Tapi takkan tak boleh tawarkan safety feature yang sepadan dengan harga?
Yang penting, kerajaan kena enforce UNECE R94 & R95 yang sepatutnya start sejak Jun 2012. Kita undi wakil-wakil rakyat ni bukan utk suruh berpolitik sahaja. Wakil2 rakyat ini sepatutnya buat kerja/jalankan policy kerajaan.
Bulan oktober ni keluar lagi satu kereta yang xconform safety aspect. Sampai bilalah Malaysia ni macam ni..?
looking at this picture, http://s5.paultan.org/image/2013/08/proton-suprima-s-booklet-0007.jpg
by painting the faux diffuser with body color, the car looks more mature
@turbo bwh pokok
Err..tampal sekali wifi-enabled, no foods, no smoking…Sekarang banyak kereta macam bas express. Hehe.
Pasal nak rempit dgn b16a/b tu..susah rasanya. Kalau awak drive Preve R3 yang Tengku Djan bawak tu confirm boleh. Sbb lap record Preve R3 mendekati kawasan Civic Type R dan DC5. Enjin 1.6 tapi masuk area 2.0..
Pembetulan..
Lap record Preve R3 MTC mendekati kawasan Civic FD2 dan DC5 Type R. Enjin 1.6 tapi masuk area 1.8/2.0
@awak.
Macam saya post kat atas tu..saya lihat kereta kuning ni lebih menarik.
fridmax, we have the same view. because the black section just makes the car looks hanging high. painting it with body color will make it settle to the ground with a batter looks in proportion.
leaving those two square box black will make it sporty as if air exit like first neo r3.
i hope someone make a photoshop of it .
aku rasalah,tak perlu sgt sampai overrevving 6k rpm cfe nih, sobab mcm dh terlalu overrevngat,xcantik bg eden sobab max hp 5krpm, max torqueflat tamat 4k rpm.so pas max hp 5k, hp dia akan drop yg nyebabkan hp makin kurang.
waktu eden shifting 5500rpm, dia jatuh dlm lingkungan 4k rpm.maksud area max flat torque, tp klu rev sampai 6k rpm, mgkin next gear change rev jatuh lebih dr 4k, maksud torque dah loose time tuh.
kecuali r3 neo, hp n torque xjatuh sgt sampai 7k rpm, yang tuh bleh shifting sampai 7k rpm. tp paling cantik shift 5k rpm, xler rabak ngat enjin. nikan kete standard, biasa berdebush jatuh hp dia pas max hp.
itu kena gak amik kira cvt punya jangka hayat sobab xslh akulah, max rpm utk hp cvt 3 6k rpm, klu let loose sgt sampai 6k, kot2lah, abis warranti, kang kong gearbox, sodih nanti. manual xper.
hrp drb kuar manual, pastuh blehlah overrev tanpa bimbang gearbox, cume takut enjin molotup ajo, ha…ha…
pendapat akulah.
sory,pmbtulan,waktu shifting 5.5k rpm,next shift rpm jatuh 4.2++rpm. plg cntik 5k rpm, next shift jth dlm lingkungan 4k rpm. sory,xdpt ingat ngan tpt. tp shifj pd 5.5 rpm,rasa bog down ckit next upshift sobab torque dia dh down. itu yg eden raso,org lain,lain plak raso dia.
em,ada tanya,stakat 9.9 saat,xyah enjin tubo,myvi 1.5 manualpun dpt,na lg,lg murah n sporty lg.
eden xnafikan,itu btl,myvi 1.5 manual mmg laju, siap bleh torbang lg. flx se eden xbrani main ngan 1.5myvi manual. auto myvi 1.5,brani lg eden cr mkn,he..he..on topic.
bezo 1.6 tubo ss ni dgn myvi 1.5 manual,nk tau bezo,bwk 5org naik myvi 1.5 manual,ekau torai pecut 0-100,tgk lagu mana. pas2 ekau bwk 5 org yg samo dlm ss ni,ekau torai plak pecut 0-100,tgk lagu mana.
nanti ekau taulah bezo tubo kocik dgn xda tubo lgsung 🙂
semalam sy test drive kereta ni, erm…much better than preve la in terms of accel.. tp ada rasa ringan ckit bila lalu bumpy road high speed around 150-160km/h (test kat highway tp xbrapa nak rata jalannye).. ingat nak test skali lg la, nak confirm balik.. anyway, thumbs up to proton sbb hasilkan kereta yg canggih mcm ni..
inshaAllah, klo xde halangan suprima s ni bakal jadi kereta pertama sy =)
Aku tgu suprima ni ats highway…klu jumpa aku hambat dgn honda buruk aku b16 pekak xde turbo,skali lagi xde turbo tau…
b16a awak tu paling busuk pun 160hp (vtec kecil-kecilan)…. mana la daya suprimau tu nk lawan…
tapi bienambelaseay awak tu pun terkenal dgn tork yg agak rendah…
so, good luck la racing rolling start ngn suprimau tu…hehe..
Masih belum berkesempatan membelek SS ini di showroom tapi so far dah 2x terserempak dengan test drive unit SS ini on the road dan ku akui SS ini tampak amat handsome serta menawan kalbu
hensem memang hensem…tapi harga tak berapa hensem…betul dia punya spesifikasi dia terlebih dari harga dia..tapi kalau proton boleh tawar kurnag sikit kan bes..bukan suh kurang banyak pun..ni mesti target jualan oversea dia tak banyak sangat sbb tu kena abik modal kat malaysia gak…lepas ni kereta2 akan ada penurunan lagi…kalau betul2 nak turun ar…
ingatkan harga suprima s ni akan curi market vios..tapi nampaknya bersaing rapat dengan vios..wp keselamatan features akan kurang dalam vios..tapi sbb nama dia T kat depan…ramai orang malaysia ni akan pergi kat vios tu..betul kata tun,persepsi kereta proton orang susah nak beli sbb senang rosak itu dan ini perlu d perbaiki dulu baru orang nak beli kereta proton wp mahal skit..kereta lain pun banyak rosak tapi orang kita bila dah pakai bukan reti nak bising..yelah..malu kot nak cite…kereta mahal leh beli tapi bila rosak nak bising..
proton patut buat reward sekiranya dalam 6 bulan pertama tiada komplen kecacatan atau mana2 yag teruk kat kereta yang melebihi jangkaun ini,proton boleh bagi separug gaji pada pekerja mereka sbb tanda terima kasih..bukan sellau pun…boleh rasanya…pekerja akan lagi bersemangat..skurang2nya marketing team akan sangat bercahaya
Bro, kena perhalusi dulu kenapa harga dia agak tinggi berbanding Preve..
kalo nk cakap pasal problem enjin, proton dah solve kat Preve lagi dah…mula2 keluar dulu je ada problem enjin…2nd batch dah ok dah…my cousin punya Preve ok je…happy je dia skang…yela..dulu pakai Myvi je…skang agak riak sket dah bole belasah 220km/h kt hway..hehehe..
errmmm kalo nk banding dgn vios lagi la byk benda yg ada pada suprima ni xde pada vios…ok la…meh sini nk crita..ni sbb dulu tolong survey utk ma caousin yg finally beli preve tu la ni yer…item2 berikut ada pada Suprima tapi xde pada Vios E (yg harga paling dekat dgn Suprima ):
+1.6L Turbo engine
+Multilink Rear Suspension
+ Rear Disc Brake
+17″ Alloy Wheel
+ Bigger size/ cabin
+ WiFi Connectivity
+ Bluetooth Connectivity
+ DVD Player
+ 2 speakers at A-pillar
+ Electronic Stability Control (ESC)
+ Traction Control (TC)
+ Side airbags
+ Curtain airbags
+ Hill-hold Assist
+ Engine Push-start Button
+ Auto-cruise
+ Reverse Camera
+ Auto-wiper
+ Auto-headlamp
+ Front Active Head Rest
+ Front Parking Sensors
+ Front Fog Lamps
+ Leather Seats & upholstery
+ Leather-wrap Steering Wheel
+ Audio switch on Steering
+ Projector Headlamp with DRL
+ GPS Navigation System
+ Driver’s Seat Height Adjuster
+ Auto-fold Side Mirror
+ 60:40 Foldable Seat
+ Rear LED Light Guide
+ Tailgate Remote Release
sorry la i’m a technical person, i pay attention to details…hahaha…but u guys cn refer to the list as reference for consumer benefit ya….
kalo berminat nk mendalami apa benda tu in details, tanya la mr. google
opismate aku relaks je juai Vios (sblm dugong) beli Preve…org lain jek yg kecoh apsal juai Vios beli kereta Proton…owner xde hal pun..
gie7:
SS tak curi market vios sbb vios dlm segmen b, or senang kata market saga, SS pulak bsaing utk segmen c, market civic, altis, cerato etc..so harga SS ni cukup elok dah, sbb kereta segmen c tp bsaing utk harga segmen b..
Salam & good day all,
lega jumpa blog ni n agree sini lebih aman compared to PT… sana asal Proton je ken bantai…asal Proton je kena bantai..
Ok, saya ni automotive enthusiast, so banyak benda pasal keta ni saya amik tau…bole katakan almost all keta baru launch saya pg test drive….dari Kia Rio, sampai la BMW F30 328i….
n this is my 1st post here ya…
Komen pasal Proton SS ni, pasal ride n handling dulu… for its class (price range 70~80K) this is 1 of the best! tak percaya pegi la test drive keta2 lain dlm price range tu…kenapa i cakap 1 of the best? heehhee… sbb Swift Sport 1.6 tu lagi best daaaa…hehe
my advice, kalo ada budget pegi la tukar tayar dia tu… pakai tayar elok n mahal sket…gerenti improve a lot n worth the upgrade.
Ok, Suzuki Swift Sport 1.6L tu maybe lagi best layan koner kat Ulu Yam- Gohtong Raya or even around SIC… tp at 200 km/h on hiway, i bet Suprima S will handle better and more stable….yg ni base pada Preve CFE pun dah cukup… thumbs up for hi speed stability
@gie7
harga tak hensem sebab govt tax structure, bukan proton. BOM cost kereta proton + profit margin: itu harga yg proton mahu jual. tapi sebab ada excise duty (ini yg tinggi) + sales tax, maka harga dia jadi sebegitu.
fyi, kereta yang dipasang di asean pun sama, excise duty + sales tax (vios, 207, myvi, etc). no more import duty from the car being assembled in thai, indon. kecuali, car from europe, us, masih ada import duty. jepun saya tak pasti.
jadi, compare to vios dan suprima yang mempunyai vehicle tax structure yang sama, siapa yang lebih cekik darah?
kalau ada salah informasi, diminta perbetulkan.
Alangkah baiknya kalo boleh letak pricing dlm 72k ker..boleh br consider…anyway ada sapa dah test drive long distance
Lagi satu ada sapa boleh bg review vs inspira 2.0..long distance driving fatigue
Td dah test drive SS ni mang best laa banding ngn Kelisa aku hehe mana nak dapat spec full tp rege cmtu berbaloi2 best plak pakai paddle shift
ak da test ptg td.overall mmg terbaik.cuma HU unit tu kdg2 terlalu sensitif.mcm ak nk skroll ke bawah,tp die trs termasuk application kite sentuh tu.kdg2 kurg sensitif.ble ak msk navi,kne sentuh 2 3 kali br die respon.
dan ak nk bg cadangan.harp pihak staff proton yg ad kt cni bole sampaikn pd pengurusan.psl brochure proton ni.kalau boleh guna bahasa melayu.pasal pd ak,klu gne bahasa inggeris,xramai yg faham.tmbh2 org kg.yg g showroom ni pn kebanyakannye org biase2 je.so klu gne bahasa melayu,lg ramai yg faham n bole trs dpt selling point yg proton cetak pd brochure tu.
jadi exec sama transmission mcm bold la ya? turbo tanpa paddle shift?mohon penjelasan
@Fredo
kat sebelah sana diorng kena ‘badi’ penyakit xboleh tgk perkataan@logo brg Proton.. hehehe.. destructive comment dr org2 yg byk ckp tp xmembina..
aku dah pi tgk suprima nie dan komen saya adalah NOT BAD. interior in real life lagi OK dr gambar walaupun x sampai tahap kia forte/rio…spec OK..safety very good…rim cantik x susah basuh…tapi FC jer parah skit combine cycle 9.1/100km…aku mgkn akan test drive untuk check real FC based on aku punya driving style. neo aku 8.7L/100km combi…forte dalam 8.5L/100km (calculate sendiri punya bukan ikut meter)…proton oh proton…seteruk2 aku bash pun tapi deep down inside my heart mmg aku nak korang improve..
@Ztronik
NAmpak gayanya macam tula…asyik nak bash membuta tuli je…bila tanya dah pg tgk ke? dh test drive ke? takde pulak…main assume je hishhh..
@omanjedi
Proton mmng ketingggalan dari segi teknologi enjin…sbb tu fuel consumption dia tak hebat mana…biasa2 je…
tapi dari segi value for money, for rm80k punya keta, xde dah keta lain yg offer features macm Suprima ni…
contoh: 7″ LCD screen, DVD player, WiFi connectivity, 6 airbags, ESC, 17″ sport rim, paddle-shift, engine push-start button, leather seat etc.
Betapa terang DRL Proton Suprima S ni…
http://youtu.be/oo56NY1SUAo