Tinggal dua hari sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi Saga generasi baharu yang bakal berlangsung di Setia City Convention Center, Shah Alam dan Proton mengejutkan netizen dengan menayangkan ‘teaser’ model tersebut di laman sosial. Walaupun hanya berdurasi 15 saat, kita dapat melihat bentuk luaran penuh Saga baharu yang melakukan aksi pemanduan di dalam sebuah hangar pesawat. Kelihatan tiga buah Saga sebagai pelakon utama dalam video tersebut dan juga sebuah jet peribadi sebagai ‘pak pacak’. Untuk menonton video penuh kita tunggu petang hari Rabu ini ye!
Kalau perodua bezza buat aksi macam ni…, melayang tak tentu arah
Ada bernai ke bXXXa nak buat macm ni? Apa kta model TRD ke?
Belakang dia cantik. Depan dia agak kureng sikit.
Apapun tahniah pada Proton atas pengeluaran model baru.
respect betul proton, walaupun pasaran kecik, tp tetap keluar banyak model baru.
Ia akan menjadi kereta yang lebih baik kalau ukuran bumbung nya tidak begitu lopsided. Nak tangani masalah headroom boleh buat cara lain – repackage seating postuer arrangement. Contohnya reposition seat ke bawak sikit or susun semula seating space.
Kan aku dah cakap aritu. Kena pandai repackage ruang. Buat kereta besar ni tahun 1970-an 1980-an punya cerita. Kalau setiap tahun makin besar makin besar, nt takkan sebesar jalan raya jadi nya kereta.
Besar tak penting. LUAS penting.
And lagi satu, mmg saga 2016 ni bukan nya all new. Its more to LCI. Frame body masih sama, structural design plus minus lebih kurang. Ada satu maker buat mcmni, dan mereka adalah PORSCHE.
Sebaiknya bodykit Saga 2016 optional kepada semua varian dan bukannya varian premium sahaja.. Ada segelintir pembeli varian premium tidak mahukan bodykit dan ada sebahagian pembeli varian standard mahukan bodykit.. Jadi sebaiknya jika semua varian diberi pilihan sama ada mahukan penambahan bodykit ataupun tidak..
budget terhad, duit banyak pergi dekat rnd enjin gdi.. apa pun, jika new Saga ni dapat jualan 5k unit sebulan, pada sy itu satu kejayaan besar bg Proton, ditambah dgn persaingan dr Bezza dan Axia..