ARKIB

KATEGORI

Buletin

Fakta ringkas Proton X50 2025: Tiga varian, ADAS Tahap 2, enjin i-GT 1.5 TD baharu

Berita Tempatan

Views

Proton baru-baru ini telah mempertontonkan X50 2025 (X50 FL) kepada pihak media sebagai pembuka tirai kepada pelancaran produk pertama syarikat itu untuk tahun ini.

Model SUV segmen-B ini bukan sahaja mengekalkan rekod jualan cemerlang melebihi 134,000 unit sejak dilancarkan pada Oktober 2020, malah terus unggul sebagai peneraju dalam kelasnya selama lima tahun berturut-turut.

Kini, X50 2025 tampil dengan reka bentuk serba baharu, teknologi yang lebih pintar, serta sistem bantuan pemanduan yang lebih canggih, sekali gus memperkukuh posisinya sebagai SUV pilihan utama rakyat Malaysia.

Tiga pilihan varian ditawarkan, iaitu Executive, Premium, dan Flagship. Sesi pra-pelancaran akan bermula tidak lama lagi, sekali gus memberi peluang kepada pelanggan untuk meninjau dan membuat tempahan awal sebelum pelancaran rasmi.

Wajah baharu, lebih bergaya dan dinamik

Dari segi luaran, X50 2025 hadir dengan wajah baharu yang lebih sporty dan premium. Reka bentuk baharu termasuk jeriji dan bampar hadapan yang direka semula, spoiler belakang sporty, empat saluran ekzos, serta rim aloi bertekstur baharu.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!

SUV ini turut ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu, Snow White, Passion Red, Jet Grey, Armour Silver, termasuk tambahan warna baharu iaitu Teal Bayou Green.

Bahagian dalaman pula menerima sentuhan kemewahan menerusi bahan sentuhan lembut, lampu suasana berirama 72 warna, serta konsol lantai terapung dengan tuil gear ala kenderaan premium, menjadikan kabin X50 lebih selesa dan memikat untuk pemanduan harian.

Rangkaian kuasa baharu – Prestasi dipertingkat, lebih cekap bahan api

X50 2025 dikuasakan oleh enjin i-GT 1.5TD turbo baharu yang dipadankan bersama transmisi 7-kelajuan DCT.

Rangkaian kuasa baharu ini mampu menghamburkan 133 kW dan 290 Nm daya kilas, membolehkan pecutan 0–100 km/j dalam hanya 7.6 saat, 0.3 saat lebih pantas berbanding versi terdahulu.

Tambahan pula, model ini mencatat peningkatan 4.7 peratus dalam kecekapan bahan api, menjadikannya lebih jimat dan mesra alam.

Teknologi pintar: Skrin lebih besar dan VR Bahasa Melayu

Antara tarikan utama X50 2025 ialah skrin inforia bersaiz besar 14.6 inci yang kini menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, serta pengecaman suara dalam Bahasa Melayu, yang julung kalinya diperkenalkan pada model Proton.

JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua

Ini menjadikan interaksi pemandu lebih mesra dan intuitif, selaras dengan komitmen Proton terhadap pendekatan tempatan yang relevan.

Selain itu, aplikasi Proton Link 2.0 menawarkan pelbagai kemudahan moden seperti penghidup enjin dan pendingin hawa secara kawalan jauh, penjadualan servis, serta kemas kini status kenderaan secara masa nyata menerusi telefon pintar.

Ciri keselamatan ADAS Tahap 2

Aspek keselamatan terus menjadi keutamaan menerusi sistem ADAS Tahap 2 yang dipertingkatkan, termasuk Sistem Radar Sisi Belakang (RSRS), Kamera 360° HD dengan paparan telus bawah 180°, serta Sistem Bantuan Parkir Automatik (APA) yang lebih pintar.

Disokong oleh penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP, X50 2025 menawarkan ketenangan fikiran kepada pemandu dan penumpang dalam setiap perjalanan.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Zhang Qiang, X50 2025 bukan sekadar model yang dinaik taraf, ia adalah evolusi teknologi, gaya dan prestasi yang disesuaikan dengan kehendak pasaran masa kini.

Tambah beliau, pihaknya yakin ia akan terus menambat hati pembeli dari pelbagai segmen, daripada keluarga muda, profesional bandar hingga pembeli kali pertama yang inginkan pengalaman pemanduan yang berhubung dan penuh keyakinan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply