ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

PUMA Evoknit Driver Pro – Sarung kaki kalis api

Views

Pengeluar barangan sukan terkemuka dari Jerman, Puma memperkenalkan inovasi baharu mereka dalam sukan permotoran dengan melancarkan sarung kaki kalis api PUMA Evoknit Driver Pro. Ia turut menggondol anugerah IF Design Award 2017 dan telah digunakan oleh Sebastian Vettel yang kali pertama memakainya semasa memenangi perlumbaan amal.

Sebenarnya ini adalah kali pertama dalam sejarah sukan permotoran di mana kasut lumba menyerupai stokin. Sebelum ini pelumba F1 menggunakan kasut yang menggunakan bahan kulit. Ia dikatakan lebih mencengkam dan selesa dari kasut F1 biasa kerana ia hampir menyerupai bentuk kaki dan pelumba perlu lebih dekat dengan jentera lumba mereka.

PUMA Evoknit Driver Pro juga lebih ringan dan dikait dalam satu bahagian menggunakan bahan Nomex. Ia juga sesuai perlumbaan di litar yang bersuhu tinggi mencecah 40 darjah Celsius atau lebih tinggi seperti di Malaysia dan Singapura yang mana pemandu perlu kasut yang boleh bernafas dan yang paling penting kalis api.

KLIK UNTUK BESARKAN

F1-Shoe-Award_H1 F1-Shoe-Award_G1-750x417

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply