Naza Kia Malaysia Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Kia Motors di Malaysia, telah membuka Pusat 3S yang tebaharu di Butterworth. Dengan berkeluasan 10,000 kaki persegi, Kia Butterworth Sdn Bhd adalah Pusat 3S yang boleh mempamerkan lima buah kereta di bilik pameran dan mempunyai enam ruang servis yang mampu mengendalikan sehingga 24 buah kereta sehari.
Ia terletak di Jalan Bagan Jermal, Taman Bintang, Butterworth dan mempunyai sasaran jualan bulanan sebanyak 20 unit dengan pelaburan sebanyak RM1.5 juta yang merangkumi jualan, servis, alat ganti dan lounge untuk pelanggan. Dengan adanya Pusat 3S terbaharu di Butterworth ini ia bakal memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan KIA yang berada di kawasan sekitar dan mengukuhkan lagi rangkaian jenama tersebut di Wilayah Utara.
KLIK UNTUK BESARKAN
good..!