ARKIB

KATEGORI

Buletin

Qoros tunjukkan model produksinya yang pertama, GQ3

Views

Qoros-GQ3-1[3]

Qoros merupakan jenama terbaru hasil kerjasama antara Chery Automobile Co. dari China dan firma pelaburan Israel, Israel Corp. pada lewat 2007 dan ini merupakan hasil pertama daripada pakatan strategik tersebut. Qoros GQ3 merupakan model sedan kompak yang bakal diperkenalkan secara rasmi di Geneva pada bulan Mac 2013.

Qoros GQ3 bakal berada dipasaran China pada separuh kedua tahun 2013 dan kereta pertamanya bakal tiba ke pasaran Eropah penghujung tahun yang sama. Model sedan bersaiz Ford Focus itu “direka untuk mencapai tahap tertinggi dalam ujian perlanggaran” dengan tambahan “ruang dalaman yang luas” dan keselesaan yang tertinggi selain ciri standard seperti sistem infotainmen yang mempunyai skrin berukuran 8 inci.

Setakat ini pembuat kereta dari China itu masih lagi berahsia mengenai ejin apakah yang bakal menjana model ini, namun dijangka enjin empat silinder petrol akan menjadi nadi utamanya sewaktu pelancaran rasminya nanti.

sumber : carscoop.blogspot.com

* confirm model ni kena boikot dengan negara-negara Islam yang anti Israel, hahaha…

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

iklan side bar salesman

IKLAN : Nak beli kereta? Cari jurujual berhampiran anda di sini!!!

IKLAN : Proton Inspira model 2010 untuk dijual, RM 68 000!!!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

26 Comments

Leave a Reply