ARKIB

KATEGORI

Buletin

R3 akan berada di Kuantan, Pahang minggu ini!

Views

1185330_567307343317824_2104607801_n

Berita baik buat orang-orang kampung saya di Kuantan, Pahang. Mulai hari ini, 5hb September 2013, R3 akan berada di sini sempena Proton Suprima S Fiesta dan PLANET GEMPAK bersama ASTRO! Berikut adalah jadual siri jelajah mereka di Kuantan:

5hb September 2013 – Kuantan Parade (10pg – 10mlm)
6hb September 2013 – Proton Edar Jln Beserah, Kuantan (9.00pg – 6.00ptg)
7hb – 8hb Sept 2013 – Astro Planet Gempak, Padang MPK4 Kuantan (Kemunting)

Dapatkan alat ganti dan aksesori R3 dengan diskaun sehingga 20% bagi barangan yang terpilih! Untuk maklumat lanjut, hubungi (Unit Pemasaran) :

1. Romzi (017-2047708)
2. Salleh (012-3386592)

Moh kita rodong-rodong ke sana! Kalau jumpa nanti boleh la sembang-sembang ye.. hehehe 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

11 Comments


  • salam.
    bagus juga geng R3 ni buat show cmni..kerana jenama R3 lagi popular dan kuat dari proton itu sendiri…dengan emblem R3,orang sanggup beli kereta proton wp kadang2 mahal skit n kadang2 lebih mahal dari jenama yang d tune dari pengeluar lain…

    maknanya rakyat malaysia boleh terima kemajuan,teknologi,pengetahuan dan kemahiran geng R3 ni dari geng Proton itu sendiri…mungkin tak salah kalau parent company belajar dari anak buah yang baru setahun jagung tapi MANTAP prestasinya dan juga junjungannya…

    RIm R3 punyalah mahal tapi ramai je tanya…takde pun yang kondem barang tak berkuaaliti atau yang persoalkan harga yang mahal sangat ke…sbb mereka percaya dengan jenama R3…keputusan mengekalkan divishen R3 adalah sangat TEPAT…

    pe pun,R3 kena lebih agresif memperkenalkan produk mereka..kalau boleh setiap pelancaran model baharu Proton, geng R3 pun ada kuarkan model mereka sendiri..tallaan dan spek mereka sendiri kerana R3 mempunyai pengikutnya yang tersendiri…DRB…ada berani tak?


  • setuju dgn pndpt gie7…Proton patut contohi pemasaran HONDA..sbg contoh pelancaran terbaru Accord 9th Gen…pelancaran bersekali dgn kit MODULU dan jd option utk pembeli samada nak aksesori tambahan ataupun tak…kan baik kalau Proton lancarkan model baru dan sertakan sekali aksesori tambahan dr R3…bg peminat R3 boleh terus pasang brg2 R3 kt kete dorang time beli kereta..xdela smpi tngg setahun lebih kit R3 x kluar2 lg mcm PREVE…janji dr JUN tahun lepas sampai sekarang pun tak keluar lagi…x tau la apasal lembab sangat pengurusan Proton nk buat keputusan..


  • errmmm…. dua2 komen kat atas tu tak salah…
    tapi kena faham dari sudut commercial lebih sket…..
    R3 memang dicipta utk berada satu level lebih tinggi menerusi branding dia..while PROTON is a mass product, semuanya dari kilang…so product refinement dia mmng ada kurang sket berbanding R3…
    R3 sblom ni mmng focus pada aftermarket punya produk…maknanya dia amik keta dari kilang and fine-tune it for better performance and looks….

    Pasal accessory utk PREVE, mmng dah ada jual jual under R3, pg la tgk kalo tak percaya..

    pasal PREVE R3 variant pulak, disebabkan deifinition of the R3 tu sendiri, Proton memerlukan engine yg lebih berkuasa to meet the R3 DNA…isu dia kat sini, investment utk engine baru adalah sgt besar…dgn bilangan jualan kereta R3 yg agak terhad, ia meyulitkan lagi keadaan dia mana kalo keta ni keluar pun…investment yg digunapakai kemungkinan besar tak dapat pulangan…ini salah satu daripada halangannya aje..lain2 banyak lagi kot…kita kat luar ni je nampak senang….

    kalo nk bandingkan dgn Honda..contohnya Civic Type R, keta ni dijual satu dunia, so xde isu nk daptkan volume to justify the big investment…


  • Honda accord versi Modulo boleh la launch sekali sebab hanya kosmetik sahaja spt splitter, grill, bumper. Begitu juga dengan Modulo untuk City, Jazz dan Civic. Semua tu kosmetik sahaja, pasang terus shj tanpa memerlukan Research.

    R3 Proton bukan sahaja kosmetik tapi termasuk extractor, tuning engine, piping, muffler, suspension, bushing, chasis dan lain-lain lagi. Ini semua memerlukan Research.


  • Pendapat sy..
    Berbalik pd tagline R3 itu sendiri Race Rally Research(*3 Process).. di situ kita tahu bahawa kit2 dari R3 tidak akan didatangkan bersama model2 baru Proton kerana R3 perlu lalui 3 3 Process tersebut.. kita kne tggu hasil kerja geng R3 baru diorg akan customkan kit2 tersebut..
    Klu nk juge model baru terus dtg dgn kit2 dr R3..bermakna Proton & R3 perlu ada projek JV utk stp model2 baru Proton..bermaksud ade usahasama dlm membangunkan new product Proton.. x gitu boh..


  • yup setuju perlu ada JV utk setiap model yang sedang dibangunkan. Maksudnya ketiga-tiga prosesR3(Race Rally Research) ini berlaku semasa model ini dibangunkan.


  • Kalau macam tu…mungkin perlu untuk kosmetik sahaja pada peringkat awal…jadi kita tak perlu tungu ahbeng punya idea yuk kereta baru proton…munkin boleh d panggil stage pertama…drive train pu boleh d bagi geng r3 dulu tuk d tune….

    Sbut pasal drive train tune ni nape r3 tak d beri peranan lagi besar tuk suprima s ni…mereka ada kemahiran…ada pengetahuan yang lagi advance dari jurutera drive train proton itu sendiri…


    • ehh…jgn macam tu bro…
      kena paham yg R3 ni geng racing…focus for aftermarket products…diorang xde limitations nk meet certain regulation (cth: emission level or noise level)… tapi Proton pulak lain, syarat nak keluar masspro kena ikut certain regulation tertentu…
      so, bila adalah sulit utk R3 punya product nk keluar time masspro ni terus dari kilang…takot tak lepas regulation tertentu yg ditetapkan…
      kalo nk bincang pasal benda ni mmng panjang lebar la…
      tp just nk share, even dgn memasang cam profil tinggi R3 pun dah kacau emission level sebenarnya…apatah lagi kalo masuk header and ekjos racing dia tu…

      I do not agree with ur statement yg kata R3 ada kemahiran lagi advance dari jurutera Proton itu sendiri…R3 cekap dlm apa yg dia buat..iaitu berlumba n build-up kereta lumba… tp jurutera Proton ada kelebihan n pengetahuan dia sendiri…cuma diorang byk terikat dgn rules n regulation je…if u know what i mean


  • mmg betol setiap keluaran R3 memerlukan research yang teliti sebelum dipasarkan…tp itu kalau utk keseluruhan kereta eg: Satria Neo R3…yang saya cuba maksudkan adalah kit2 assesori seperti bodykit/sport rims/spoiler n etc yg hanya melibatkan kosmetik…Honda accord yang baru launch ni pun ade option aksesori MODULO bagi tujuan kosmetik sahaja spt splitter, grill, bumper & spoiler…x semestinya utk pakai kosmetik MODULO pembeli kena beli model MODULO…bleh semak di sini http://paultan.org/2013/09/04/honda-accord-launched-in-malaysia/price-list-02/ … utk makluman hanya karpet R3 yang available utk model PREVE…bodykit dan sport rims belum ada di pasaran…kalau x percaya cuba tanya Unit Pemasaran R3…kami pengguna PREVE dh lama menunggu aksesori R3 terutamanya bodykit tp hampa sampai skrg belum dipasarkan…. nak tunggu sampai bila?


    • ooohhh…hahahaa….sorry bro, silap info..
      macam ni cerita sbnar dia, body kit tu dah ada… cuma tgh tunggu preparation for official launch…. diorang taknak curi ‘kehangatan’ pelancaran SUPRIMA-S tu..hehe…marketing strategy kot tu…
      R3 punya body kit selalunya lagi cantik la dari aftemarket punya yg ada dh pakai skarang ni… kita tunggu dn lihat

Leave a Reply