ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rekaan konsep Proton GSC @ P2-30A hasil karya fenoria.com!

Views

gsc concept fenoria - front

Ini adalah rekaan konsep Proton GSC @ P2-30A hasil karya rakan kita fenoria.com. Sebenarnya ini adalah permintaan peribadi saya kepada fenoria.com untuk membuat rekaan konsep Proton GSC @ P2-30A berdasarkan spyshots yang ada. Saya begitu teruja dan kagum melihat hasilnya yang sememangnya cukup menarik dan mungkin jika inilah Proton GSC @ P2-30A yang sebenar, pastinya model tersebut bakal mendapat sambutan hangat!

gsc concept fenoria - rear

Rekaan hadapannya amat sporty dengan bumper hadapan yang nampak garang dan dinamik. Belakangnya juga cukup menarik dengan lampu belakang ala boomerang yang menggunakan CCFL dan nampak seolah2 model ini seperti model hibrid atau kereta elektrik. Saya yakin anda semua turut kagum dengan hasil karya fenoria.com. Untuk melihat hasil karyanya yang lain layari laman web www.fenoria.com

* Terima kasih bro fenoria.com kerana telah merealisasikan hasrat saya dan rakan-rakan di funtasticko.net . Semoga berjaya bro!  🙂

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

18 Comments

Leave a Reply