Semakin menarik rekaan kereta dari negara Tembok Besar, China. Ini merupakan rekaan SUV FAW T012 yang telah dihantar untuk dipatenkan. Model ini bakal dipamerkan di Shanghai Auto Show pada bulan April 2013. Dahulu mereka suka diketawakan kerana suka menciplak rekaan kereta jenama terkemuka sehingga berlaku kecelaruan identiti dan juga ada di antara mereka disaman kerana mencuri harta intelek. Kini rekaan model sebahagian besar daripada mereka semakin matang dan menarik. Tak mustahil China pula bakal menggugat Jepun dan Korea sebagai kuasa automotif Asia satu hari nanti. Apa pendapat anda?
sumber : auto.sohu.com
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
Tags:Automotive
dah xmnarik la blog ni skrang…kalu x stiap hr x pnah mis..:(..crita kurang..background blog pn xmnarik..dlu lg mnarik..Maaf ye..tguran ikhlas
xde hal bro, skrg ni terus terang cakap info insider slow semenjak proton kena ambil alih… saya pun tak tau apa hala tuju proton sekarang, dulu tau gak model apa dalam perancangan… background ni sy ambil sebab simple dan rasanya lebih mudah dibaca… mungkin la layout dia kurang menarik, sebab ni free template… tak dlepas nak upgrade ke domain & hosting lagi
yep.. insiderslow lepas drb takeover. Banyak insider gak dah kene ubah bahagian . Saya pun mcm bro campro gak.. clueless dengan aper halatuju proton sekarang. Rase strees pun ada. org patut dah ada hint2 ala2 exora sebelum debut dah. ini senyap jer..
proton seolah2 hilang arah tuju lepas DSSZ keluar, saya dengar ramai engineer berhenti… bukan setakat engineer, kat dept. lain pun ada gak yg dah berhijrah ke tempat lain
mcm mazda punya rekaan jer kereta nie…. Proton tak senyap…. ada jer project nie berjalan mcm biasa.. 2013 semuanya bermula.. cuma bila dah swasta sepenuhnya biasalah takut kene warning letter….. yang di gembar gemburkan preve hatchback jalan macam biasa jer
Mmm… tu la pasal. Kalau la proton kekalkn jawatan pengarah urusan, x le jadi begini. Nk harapkan Dato’ Kamil bagi statement, payah ler dgn DRB lagi nak selia. Sekurang2nya pengarah urusan nie akan bagi hint dlm mana2 statementnya pada public. Dan ‘penyiasat2 amatur’ plak dah tentu akan cuba korek2 citer tu kn?.
Pasal model nie plak, suka design blakang tu. cuma depan dah mcm KIA Rondo plak. 🙂
cheers!
nak tengok gak exo r, saga r, emas…apa dah jd sgn semua tu? preve hatch pun takde berita atau kena tggu lps pilihanraya baru rancak semula?
p3-22a dan gsc still on track, tp progress sangat slow… yang lain2 tu belum nampak jalan lagi buat masa ni.. masalahnya drb senyap gitu, takde langsung buat apa2 pengumuman pasal halatuju proton lepas diorg ambil alih.. dah makin besar pegangan saham diorg dalam proton skrg
mungkin tunggu keputusan pilihanraya
mungkin proton dah nak masuk ke dalam timeline modenas…makin slow,modenas makin lama makin kebelakang..
drb nampak mcm xde pengalaman dalam pembuatan model dan penghasilan kereta ataupun motorsikal…sbb tu drb ambik langkah selamat dgn hanya pasang atau tampal logo sahaja..janji untung.kesian proton dan modenas.
bro..mmg dah tak nyengat sbb kurang berita spyshot proton..papepon teruskan posting..sy akan setia tiap2 hari bukak..walopon hampa takde spyshot..heheh..
bro, kat FD nh mg dah official kalau ad info proton, GERENTI org bukak punyer. Youngman pun leh gak la.. Sebab kat sini banyak perbincangan, isus2 dan juga maklumat Eksklusif untuk Proton. Kalau lain2 PT , areanakereta dan lain2 leh cover..
yup..saya folow dari awal blog ni bro campro bukak..sekali blog PRODAS dan lain2..tp blog lain dah lama tak berupdate..hope campromania terus femes..dulu folo gosip persona r..sekarang dah pakai pon..tapi tetap berminat nak tengok model2 proton yang lain..suka dengan perkembangan model2 baru proton..jangan kebelakang lagi..
takpa… kami yg setia ni akan tetap sapot FD… kalau ada apa2 info akan kami tlg maklumkan gak…
pasal design SUV FAW ni… nmpk mcm bakal mengundang lawsuit lagi ni… kejap pandang ada ala Kia sket… ntah lah… company sana lagi cerdik bab cetak rompak ni…
kalu perasan, mmg design/styling APX/MSX melangkaui zamannya.
ni yg aku ske psl proton 🙂
org china xkenal apa itu lawsuit. the law suits them..hahaha
maybe derang senyap pasal sebok nak ubah proton jadi lebih baik kot. saper saper yang selama nih duk jadi bayang bayang tuh..start rasa panas pongong la tuh kot.
pasal layout page nih…mencepatkan loading pasal dah kurang serabutnyer…like..
Memang benar…sejak pelancaran Preve, Proton hanya senyap membisu kepada public. Mungkin hanya mereka di dalam sahaja yg tahu akan hal sebenar. Nampaknya polisi “tutup pintu” masih menjadi pegangan pemilik proton skrg walaupun kini syarikat2 automotif dunia semakin rancak memperkenalkan pelbagai model mereka yg akan dijual pada tahun hadapan.
pasal design ni biasa je. saya suka bbrp design dari sykt china. tp yg ni biasa2 je. apapun nampak macam diaorang tengah mengejar kebangkitan Korea. maybe negara lain perlu 25-30 tahun utk dikenali dan diterima dunia tapi rasa China maybe akan mengambil masa yang lebih singkat. maybe 5 tahun akan datang
2 pemain di China dah mula lantik designer popular sbg ketua rekabentuk sykt masing2. BAIC Motor (sebelum ni JV ngan merc benz) lantik Leonardo Fioravanti, yang pernah rekabentuk Ferrari sbg Ketua Pegawai Rekabentuk baru. GWM (Great Wall Motor) lak lantik Andras Deufal, ex designer Merc Benz sbg Pengarah Rekabentuk
contoh Beijing Auto Shenbao D280 guna platform SAAB 950. bg saya design both exterior interior nampak mewah. cuma yg kurang maybe jenama dan kepuasan pemanduan. http://www.carnewschina.com/2012/08/21/production-of-the-beijing-auto-shenbao-d280-will-start-on-september-30/