ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rio Sedan baharu dilancarkan

Views

Naza Kia Malaysia, yang merupakan pengedar rasmi jenama KIA di Malaysia, telah melancarkan model terbaharu mereka Rio Sedan semalam. Sebelum ini, Rio Sedan telah membuat kemunculan lebih awal dipameran ASEAN Auto Show 2015, dan akan bersaing dalam kategori segmen-B. Ia disasarkan kepada golongan muda dan bergaya yang mencari kenderaan yang menepati citarasa gaya hidup mereka.

“Rio adalah model nombor satu Kia paling laris jualannya di dunia dan setakat ini telah terjual lebih 2,000,000 unit sejak diperkenalkan secara global dan bahkan juga di Malaysia. Ia menampilkan rekaan moden yang menyerlah, aspek keselamatan yang mengagumkan dan penggunaan ruang dalaman yang pintar. Selain itu, untuk tahun 2016, Naza Kia Malaysia telah menetapkan sasaran jualan keseluruhan 6,107 unit kenderaan,” kata Datuk Samson Anand George, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings.

Rio Sedan menawarkan gaya rekaan Eropah, ruang dalaman yang luas dan penggunaan bahan api yang cekap. Ruang dalamannya turut dilengkapi dengan stering teleskopik dengan butang kawalan audio, Bluetooth, sistem audio enam pembesar suara beserta tweeter selain unit pemain audio (Radio+CDP+MP3+RDS+AUX+USB) dengan storan berkapasiti 800 MB.

KIA RIO_qt rear-min

Ia turut dilengkapi rim aloi 15-inci dengan tayar ganti bersaiz penuh. Tempat duduk belakangnya yang boleh dilipat 60:40 mampu menjadikan ruang bagasi asal 389 liter bertambah 35 peratus. Rio Sedan dijana oleh enjin Gamma 1.4 MPI DOHC CVVT yang menjana 109 PS dan 137 Nm tork yang dipadankan dengan transmisi empat-kelajuan automatik. Stering kuasa Rio Sedan yang digerakkan oleh motor juga mampu menjimatkan bahan api sekitar tiga peratus.

Rio Sedan dilengkapi ciri-ciri keselmatan terbaik dalam kelasnya seperti empat brek cakera, ABS, sistem pemantauan tekanan tayar dan ESC. Ia turut dilengkapi dengan pengurusan kestabilan kenderaan (VSM) yang membantu pemandu mengawal kenderaan semasa di selekoh tajam selain bantuan kawalan mendaki (HAC) dan sensor parkir belakang.

Ciri-ciri lain yang turut ada pada model ini ialah enam beg udara, keluli kekuatan tinggi, ISOFIX, tingkap kuasa dan sistem kemasukan tanpa kunci. Rio Sedan dijual pada harga RM72,888 dan ditawarkan dengan pilihan warna menarik seperti Bright Silver, Signal Red, Deep Blue dan Clear White. Ia juga datang dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, tertakluk pada terma dan syarat.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

KIA RIO_side-min KIA RIO_qt rear-min KIA RIO_qt front-min

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply