ARKIB

KATEGORI

Buletin

ROADSHOW ETCM DI PUSAT MEMBELI-BELAH KEGEMARAN ANDA!

Views

KUALA LUMPUR (12 Julai 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) akan menganjurkan roadshow di Pusat Membeli-belah 1 Utama dari 11 Julai 2012 hingga 16 Julai 2012!

Semua dijemput untuk singgah di roadshow untuk menerokai, pandu uji dan mengalami personaliti tersendiri setiap model Nissan yang dipamerkan. Bersedia untuk mengalami ‘Kuasa V6’ dengan Nissan TEANA 2.5L; kecekapan bahan api dari Xtronic Continuously Variable Transmission (X-CVT) Nissan SYLPHY baharu serta GRAND LIVINA AUTECH yang baharu diperkenalkan.

Anda juga boleh relaks dan beristirehat di sudut layanan mesra baharu Nissan. Setiap orang yang menyertai sesi pandu uji juga berhak untuk mengambil bahagian dalam peraduan ‘Test Drive and Continue To Win’ dan berpeluang untuk memenangi sebuah iPAD baru 16GB Wifi.

Roadshow kali ini akan menampilkan semua model Nissan yang popular seperti TEANA, SYLPHY, GRAND LIVINA AUTECH, LIVINA X-GEAR dan Nissan LEAF, sebuah kenderaan elektrik 100% yang pertama dihasilkan secara massa di dunia. Pada 16 Julai 2012, roadshow tersebut akan diubah menjadi pameran Nissan LEAF demi memperkenalkan duta-dutanya sempena Program Perintis Nissan LEAF.

ETCM akan terus menawarkan pengalaman Nissan yang lebih menyeluruh kepada semua melalui roadshownya di seluruh negara. Roadshow Nissan akan berlangsung di pusat-pusat membeli-belah berhampiran anda:-

TarikhLokasi
11 Julai hingga 16 Julai1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, Selangor
26 Julai hingga 29 JulaiQueensbay Mall, Pulau Pinang
3 Ogos hingga 5 OgosMahkota Parade, Melaka
10 Ogos hingga 12 OgosSunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor
12 September hingga 16 September1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, Selangor
25 September hingga 30 SeptemberAEON Tebrau City, Johor Bahru, Johor
5 Oktober hingga 7 OktoberAlor Setar Mall, Alor Setar, Kedah
7 November hingga 11 November1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, Selangor
16 November hingga 18 NovemberThe Spring Mall, Kuching, Sarawak
23 November hingga 25 NovemberEast Coast Mall, Kuantan, Pahang
30 November hingga 2 Disember1 Borneo, Kota Kinabalu, Sabah
26 Disember hingga 1 Januari1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, Selangor

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nissan.com.my

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply