ARKIB

KATEGORI

Buletin

Satria Neo S2000 sekadar di tempat ke-4 Rali APRC di Queensland

Views

Pasukan Proton Motorsport yang mempertaruhkan jentera Satria Neo S2000 sekadar di tempat ke-4 Rali APRC di Queensland. Jentera yang dipandu oleh Allister McRae ini menyelit antara Mitsubishi Evo & Subaru Impreza. Satu lagi jentera tak berjaya menamatkan perlumbaan kerana masalah teknikal.

Keputusan Penuh Rali APRC di Queensland :

Veh Crew Vehicle Cat/ Total O/All O/All
No Class Time Pos Margin
5 HIGGINS ‐ THOMAS Mitsubishi Lancer Evo X 3 02:22:14.2 1 00:00.0
3 GILL ‐ MACNEALL Mitsubishi Lancer Evo X 3 02:22:30.0 2 00:15.8
1 TAGUCHI ‐ STACEY Mitsubishi Lancer Evo X 3 02:23:23.8 3 01:09.6
4 MCRAE ‐ HAYES Proton Satria Neo S2000 2 02:27:59.6 4 05:45.4
6 SUNGKAR ‐ BECKWITH Mitsubishi Lancer Evo IX 3 02:28:17.8 5 06:03.6
12 AKSA ‐ MBOI Mitsubishi Lancer Evo IX 3 02:29:51.1 6 07:36.9
8 LEYRAUD ‐ PEDEN Subaru Impreza WRX STI 3 02:33:13.6 7 10:59.4
10 PALAU ‐ SONG Subaru Impreza WRX 3 02:36:14.4 8 14:00.2
15 SINGH ‐ PONNUSAMY Proton Satria Neo 9 02:46:54.7 9 24:40.5
11 FAN ‐ FANG Mitsubishi Lancer Evo X 3 02:48:28.4 10 26:14.2
16 BAMBA ‐ YASUI Proton Satria Neo 9 02:51:22.6 11 29:08.4
13 YUAN ‐ PAN Mitsubishi Lancer Evo X 3 03:01:29.7 12 39:15.5
14 VLAD ‐ NICOLI Ford Fiesta ST 8 03:13:11.7 13 50:57.5
17 RAJOO ‐ SINGH Proton Satrian Neo 6 03:24:50.8 14 01:02:36.6
7 QUINN ‐ WEBB Mitsubishi Lancer Evo IX 3 DNF
9 GREEN ‐ PEDERSEN Mitsubishi Lancer RS Evo IX 3 DNF
2 ATKINSON ‐ PREVOT Proton Satria Neo S2000 2 DNF
18 MASUMURA ‐ NAKAGAWA Mitsubishi Lancer Evo X 3 DNF

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

18 Comments


  • Sebenarnya Proton lebih laju dari evo tu..buktinya macrae dan atkinson mendhului dengan perbezaan yg jauh berbanding rival yg lain… tapi masaalah electrical tak habis2 dgn proton… naik fedap dah aku… dari sejak mula dibangunkan satria s2000 tu dulu sampai sekarnag.. isu kena air engine stall / elektrikal problem tak abis2… tapi pelik depa tak pernah selesaikan masaalah tu walaupun berkali kali berlaku sejak dulu.. heran gak.


  • spa tau specs evo dalam rally tu? gaurav gill ada sebut bahawa kereta depa 300 kg lebih berat dari satria neo. btw kalo skoda dan peugeot ada dalam rally nih.. makan asap la neo sbb berat lebih kurang sama antara kereta2 tu… tu sbb kita tengok apabila proton neo kat IRC kena tinggal sangat jauh. bahkan basso dan anderson pun ada sebut masaalah utama neo 2000 adalah engine kurang power berbanding rivalnya peogeot dan skoda. dahlah kurang power. sensitif pulak.. kena air sikit pun dah nak meragam.. oh


    • Evo kena pakai turbo restrictor 34mm kalau tak silap. (Maksudnya lubang hidung tak boleh buka besar sangat)..

      Cuba lihat dalam IRC, Mitsubishi Evo memang tak boleh makan dengan Skoda dan Peugeot. Jika ada 30 kereta S2000, no 31 baru jumpa Evo. Apa yang kita lihat sekarang, Neo S2000 ni masih lembab jika dibandingkan dengan prestasi biasa kereta kelas S2000.

      Saya agak tak berpuas hati dengan Neo S2000 ni. Enjin dah upgrade kepada 300HP++, gearbox Xtrax, Suspension dah upgrade sama macam Fiesta WRC. Namun Skoda masih lagi 280HP dengan gearbox Sadev zaman kuno tu tapi jauh lebih pantas daripada Neo…

      Masalah Neo mesti elektrikal, alternator. dan yang paling baru ‘hidung’ tersumbat dengan daun..(memang bengang tengok kereta Mcrae kat Johor bulan lepas). Nasib menang podium 1-3..Terbayar juga kepayahan datang ke Johor nak tengok APRC..huh


  • Hmm..masalah yang sama melanda Neo S2000 tahun lepas di Queensland kalau tak silap. Neo masih menggunakan sistem GEMS kan?

    Jika dilihat, 3 buah Satria Neo (Bamba, Karamjit dan Guna) boleh bertahan walaupun meredah lopak air yang sama dengan Neo S2000 ni. Tiada masalah elektrikal dan mampu menamatkan saingan.

    Mungkin isu ini mempunyai hikmah tersendiri. Kita dapat lihat Neo Campro 1.6 mempunyai lebih ketahanan berbanding 1.8 Renault/Waja based yang ada pada S2000. Ternyata enjin Campro bukan enjin picisan seperti yang selalu dikritik orang ramai.

    Sudah sampai masanya Proton bekalkan enjin 1.6 CFE untuk Neo dan memasuki range WRC (yang kini menggunakan enjin 1.6 Turbo).

    Satria Neo S2000 – chassis dan bagus, masih tidak berpuas hati dengan enjin.


  • Tahniah sbb dpt no. 4.. Kire hebat la tu utk kereta tmpatan.. Biase la tu….

    4funtastiko, bile nk upgrade kpd .com? Dh jenuh tgn ni menaip .wordpress,.. Huhu =)


  • ya betul tu fridzmax. masaalah proton adalah engine.. huhu.. saya cakap camtu kat facebook satria neo.. tapi admin cakap.. takdak apa2 masaalah dgn engine.. hehe. hp lebih kurang sama tapi power pickup rendah untuk lonjakk kereta tu agak kurang berbanding dgn rival s2000 yg lain.


  • haha. reply mutakhir dari admin satria neo s2000 fan page.

    OFFICIAL PROTON SATRIA NEO SUPER 2000 : The team are definitely working hard to solve the challenges we’re facing with the water splashes. Its just the nature of the high powered naturally aspirated engine in the S2000 cars where a ram effect intake is necessary to get competitive in terms of power. In Europe, there are none or little water crossings to worry about.
    ============

    Masaalahnya masa IRC dulu pun pernah berlaku gak.. selain dari elektrical problem tak selsai lagi. hihi.


  • Ahah,

    Paultan.org keluar cerita mengenai Karamjit di Rally QLD. Saya dapati sebahagian daripada pembaca amat terkejut dengan kisah Karamjit yang hanya menggunakan Satria Neo enjine standard 1.6 Campro.

    Baru korang tau enjin campro ni hebat tak hebat..

    Ada juga yang mengkritik kenapa Karamjit tidak menyertai pasukan Proton dengan Neo S2000. Dan saya menganggap ini sebagai komen tertinggal kapal terbang. hahaha

Leave a Reply