ARKIB

KATEGORI

Buletin

SDAC-Ford tawar promosi servis sempena Hari Raya

Views

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia kini menawarkan promosi servis di seluruh negara sempena sambutan Hari Raya. Mulai sekarang hingga 30 Jun 2018, kempen Servis Raya Ford melibatkan pemeriksaan percuma 27-mata oleh juruteknik bertauliah Ford. Diskaun sehingga 20 peratus ke atas minyak enjin dan alat-alat ganti terpilih juga akan diberikan.

Hanya peralatan tulen daripada pengeluar (OEM) akan digunakan sekali gus memberi jaminan dari segi kualiti dan keyakinan kepada pengguna. Pelanggan juga boleh menikmati penjimatan tambahan sehingga 10 peratus ke atas kos upah apabila mengambil pakej penukaran minyak pelincir, brek dan tali sawat pemasaan. Sepanjang tempoh promosi ini, pelanggan yang berbelanja lebih RM350 di dalam satu resit di mana-mana pengedar sah Ford akan menerima cenderahati percuma.

Semua pelanggan yang berkunjung ke pusat servis Ford bakal menerima sampul raya secara percuma sehingga stok masih ada. Pelanggan boleh membuat sesi temu janji servis menerusi laman web rasmi www.sdacford.com.my atau menghubungi pusat servis berhampiran untuk membuat temu janji dengan mengakses butang ‘locate a dealer’ di laman web.

Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, melalui servis Raya dan pakej penyelenggaraan, pelanggan boleh berasa yakin bahawa kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik untuk pulang ke kampung dengan selamat. Beliau turut mengucapkan ‘Selamat Berpuasa’ kepada seluruh umat Islam dan menasihatkan rakyat Malaysia agar sentiasa berwaspada di atas jalan raya selain mengamalkan tabiat pemanduan berhemah sepanjang masa, terutama ketika balik kampung untuk beraya.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply